Petua hilangkan uban rambut atau lambatkan sikit proses pengeluaran uban. Faktor penyebab uban ni muncul disebabkan dari faktor usia (macam sis..hehe), lepas tu banyak sangat duk buat rebonding la, relaxer la, curly la, warna so banyak bahan kimia dah letak kat rambut tu yang jadi punca uban cepat keluar. Selain dari jarang gunakan minyak rambut, faktor genetik pun iya juga dan cara pemakanan kita yang kurang fiber, sayur & kurang air. Pernah nampak tak budak remaja tapi rambut dah beruban. Mungkin antara di atas ni mempercepatkan proses pengeluaran uban untuk seseorang tak kira usia. 

Jadi ni petua hilangkan uban rambut atau lambatkan sikit proses uban tu muncul. K.fiezz ambil ni dari Tik Tok. Macam tertarik nak kongsi kat sini sebab nak simpan video tu dalam handphone dah penuh storage. Jadi k.fiezz letak kat sini untuk rujukan diri sendiri & juga korang yang nak mencuba. K.fiezz belum cuba lagi petua ni. Nanti free-, sis nak cuba juga buat..

Bahan-bahan yang diperlukan senang je nak cari. Jom tengok apa petua hilangkan uban rambut ni?

3 bahan yang diperlukan

  • 2 biji tomato dibuang kulit (ambil isi sahaja tumbuk/kisar halus). Lepas dah kisar, letak dalam tuala/kain & tapis ambil jus saja...
Petua hilangkan uban rambut

  • 1 sudu kecil serbuk kopi (dicadangkan guna jenama nescafe sebab warna dia cepat melekat pada rambut). tapi kalau tak ada, apa-apa jenama kopi pun boleh..
Petua hilangkan uban rambut

  • 1 sudu besar minyak zaitun (selain dari ni tak boleh tau. nak minyak zaitun juga sebab banyak khasiat untuk rambut)
Petua hilangkan uban rambut


Cara :-

Gaulkan ketiga-tiga bahan sekata & biarkan dalam sejam. Selepas itu baru sapu pada keseluruhan rambut termasuk pada rambut hitam dan beruban. Biarkan dalam 3 jam. Wajib biarkan 3 jam untuk bagi warna melekat elok pada rambut. Kalau kurang dari tu, rambut akan cepat bertukar ke warna putih semula. Selepas cukup 3 jam baru cuci rambut & boleh syampu seperti biasa. 

Berapa kerap boleh buat ni?
Ikut pada kerajiinan masing-masing. Setiap hari pun boleh. Seminggu 2x pun boleh tapi kalau nak dapat kesan dengan cepat, boleh cuba lah amalkan setiap minggu 2x. 

Rasanya k.fiezz mampu buat seminggu 1x je ni..hehe..Harap maklum, sis wanita berkerjaya..Sabtu & ahad je free. Lagipun rambut sis memang setiap sudut dah beruban pun..Ambil masa nak bagi recover juga tu. Jadi buat slow & steady..Berhasil ke tidak, tak cuba tak tahu..Nak tahu kena lah cuba..Yea tak..hehe..

Untuk korang yang mencari petua hilangkan uban rambut atau lambatkan proses pengeluaran, boleh lah amalkan tips ni. Bahan pun senang nak cari. Tomato & kopi tu memang sedia ada kat dapur. Cuma minyak zaitun kena beli (kalau tak ada stok kat rumah)..

SELAMAT MENCUBA...MOGA RAMBUT HITAM BERKILAT SEMULA...

7 Comments

  1. wahh, mudahnyaa nak hilangkan uban.

    ReplyDelete
  2. setakat ini rambut saya belum beruban...cuma sehelai dua sahaja

    ReplyDelete
  3. Teman saya saat usia masih belasan tahun, dah banyak beruban tp memang Krn faktor genetik. Tak bisa bilang apa2.

    Saya sendiri blm mulai beruban di usia 40++ nih, tapi mungkin sebentar lagi lah 🤣. So far saya hanya rutin oleskan minyak kemiri dan minyak urang aring, yg memang dipercaya utk menghitamkan rambut dari dulu. Apalagi banyak dijual. Tinggal oles saja sebelum keramas.

    ReplyDelete
  4. mama ni pun dah beruban2 dah.. tapi alahai mlasnya nak buat apa2.. hihi

    ReplyDelete
  5. Ada juga uban.
    3 bahan sahaja tapi itulah untuk membuat kena ada semangat.

    ReplyDelete