Entry ni khas untuk kaum wanita sahaja yea. Lelaki scroll laju-laju. atau klik X kat belah atas tu. hehe..Serius ni tau..Ni berkaitan cara penjagaan kesihatan miss V untuk wanita, lelaki tak ada kaitan so tak payah baca. hehe. Macam sebelum ni k.fiezz pernah up entry berkaitan masalah keputihan yang dialami, k.fiezz amalkan yogurt asli tanpa sebarang perasa sebab pernah ternampak di Tik Tok berkaitan ni. Sejak dah tahu pasal yogurt asli boleh mengatasi masalah kegatalan ni, k.fiezz memang cuba jadikan amalan makan yogurt asli. Kenapa kena yogurt asli, boleh baca > YOGURT PERASA ASLI >.

Walaupun bukan lah hari-hari k.fiezz makan yogurt ni tapi sis cuba jadikan amalan. Cuma masalahnya k.fiezz biasa beli yogurt asli ni kat SpeedMart. Kat situ selalu stok yang ada yogurt asli saiz besor. Ater jenuh nak perabiskan weiii..Kalau boleh nak cari yang saiz kecil. Boleh beli beberapa bekas & buat stok kat rumah..Jadi setiap kali makan, habiskan satu..Tak ada lah kena simpan ke apa..1 bekas tu boleh habiskan. Kalau hat besor ni, kena ambil sikit-sikit sebab tak lalu lah sis nak perabiskan sekali gus. Cuma masalahnya k.fiezz tak pasti yogurt ni tahan berapa lama lepas dah buka. Kadang tu k.fiezz nak makan, sis rasa sikit dulu. Kalau tak ada rasa macam pelik-pelik, k.fiezz makan...

TAMBAH BUAH DALAM YOGURT PERASA ALI

Macam yang semua tahu rasa yogurt asli ni kan masam. Memang tak lalu lah nak makan. Jadi k.fiezz ikut seperti yang disarankan, tambah buah-buahan segar. Nak tambah kekacang pun boleh juga. Ikut lah selera masing-masing.

K.fiezz tambah buah-buahan. Gigih beli strawberry tapi masam daaaa..Udah jenuh nak makan yogurt masam + strawberry masam. haha. Tapi makan  juga lah sebab tak nak membazir. Mahai tau strawberry

Nasib baik mr hubby ada beli buah kiwi pula lepas tu. K.fiezz letak buah kiwi. Baru sedap sikit nak makan. hehe..

yogurt asli,

Letak buah kiwi, baru sedap sikit makan yogurt perasa asli ni...

yogurt asli,

Mula-mula makan dengan strawberry. Mak aihhh  masammm...Jenuh nak perabiskan..hehe

SABUN PENCUCI UNTUK MISS V

Selain dari amalkan yogurt perasa asli untuk atasi masalah keputihan, k.fiezz cuba juga sabun miss v yang berfungsi untuk lebih bersih, wangi & ketat..hehe..

Antara fungsi sabun miss v dari ekstrak sireh asli & juga manjakani serta chamomile ni..

> Menghilangkan kegatalan
> Mengetatkan miss v
> Mewangikan dan menyegarkan
> Menghapuskan bakteria
> Memberi rasa sejuk dan dingin

Kelebihan bahan dalam sabun miss v ni?


> Daun sireh : Dipercayai dapat membunuh bakteria, parasit & mikroorganisma yang menjadi penyebab keputihan.

> Manjakani : Bagus untuk kesihatan wanita bagi mengetatkan vagina dan mengelakkan keputihan.

> Chamomile : Bagi rasa menenangkan yang akan bebaskan dari rasa gatal, sensasi terbakar & pembengkakkan di bahagian miss V.

sabun miss v

TESTIMONI GUNAKAN SABUN MISS V

Setakat ni k.fiezz guna, memang rasa best bila cuci kawasan tut dengan sabun ni. Lepas bilas dengan air, rasa berangin sekejap kat kawasan tut..haha..Rasa segar gitu...

Bau sabun wangi, sis suka..Hat satu lagi tu, tak pasti lah yea sebab baru je guna. haha...

Cuma satu lagi untuk kita kaum wanita ni, nak mengelakkan keputihan dari muncul kurangkan makan/minum yang manis-manis. Sesekali tu tak ada masalah tapi jangan jadikan rutin. Sebab gula punca keputihan. 

Amboi kemain nasihat orang tapi diri sendiri pun dah hari-hari asyik minum manis je time lunch. hehe..Kena beringat-ingat ni..#siscuba..hehe..Maklumlah kita kaum perempuan ni dari dalam sampai ke  luar kena jaga. Bukan sebab untuk pasangan je tapi diri sendiri juga. Keyakinan diri sendiri. Tu yang penting, betul tak..

7 Comments

  1. Memang yoghurt asli tuh masaaam sangat. Kadang tak selera nak makan hahahahah. Tapi itulah yg bagus, yg asli tanpa gula. Kebanyakan yoghurt dah dikasih perisa macam2, kasih gula, jadi tak sesuai lagi fungsinya.

    Saya agak susah kalo yoghurt, Krn tak seberapa suka juga kak. Sebagai gantinya saya minum rutin kombucha. Itu pun pilih seller yg bagus dan rekomen.

    Selain itu kalo sabun Miss V saya juga pakai, tapi tak setiap hari. Tak bagus kalo menurut obgyn saya. Seminggu 2x dah cukup.

    Tapi tambah dengan senam kegel. Itu saya praktekan setiap hari, Krn tak makan waktu lama. Asalkan rutin saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea betul fanny, masam sangat yogurt asli ni..saya pun amalkan kadang2 je..kalau nak sedap letak buah segar baru lah laju makan yogurt ni..hehe..

      sabun miss v, yea betul tu tak boleh guna hari2..biasa sis guna selang beberapa hari...

      Delete
  2. saya lelaki tetap mahu baca juga untuk share info dengan isteri hehehe

    ReplyDelete
  3. ammi selalu letak yogurt dalam shake ammi. sedap

    ReplyDelete
  4. Haritu Cuya first time beli yogurt asli greek.. pergh masam gilaa
    Abg Cuya yg suka makan sebb dia kata org Arab suka yogurt cmni, sebb dulu abg belajar kt Jordan tu yg dia pandai makan

    ReplyDelete
  5. Haha lawak baca kena habiskan yogurt dalam bekas besar.

    ReplyDelete