Semalam 4 September 2023, secara rasmi k.fiezz bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan KL/Putrajaya, lokasi pejabatnya di KL. Senang nak pergi kerja. Kat sini k.fiezz jaga Pengarah tapi buat masa ni post Pengarah baru je kosong sebab yang sebelum ni pencen bulan lepas. Jadi tak pasti siapa Pengarah baru. Buat masa ni k.fiezz dalam proses sesi suai kenal dulu dengan Jabatan ni. Aihh jenuh lah nak ingat nama-nama orang sebab kat sini ramai staff dekat 60 lebih. Udah lah sis ni ada masalah ingatan macam ikan dory (bak kata mr hubby). hehe..Tak apa slow & steady orang putih cakap. 

OKEY KE DEKAT SINI?

Sejujurnya k.fiezz baru je kat sini so masih dalam proses penyesuaian dengan suasana & cara kerja. Sebelum ni k.fiezz kat Kementerian Kerja Raya hampir 16 tahun, dah biasa dengan suasana KKR, cara kerja kat situ. Eh tetiba kena tukar kat Kementerian lain, memang ambil masa nak hadam suasana & cara kerja yang baru. 

Hari pertama semalam, rasa macam adeh tak bestnya nak pergi kerja. haha. Sampai je kat pejabat lagi lah tak rasa semangat nak kerja macam sebelum ni kat KKR. Kalau sebelum ni, tak sabar nak pi kerja tapi yang ni lambatnya nak cuti sabtu ahad..haha..Mungkin baru lagi. Memang ambil masa betul ni nak bagi proses penyesuaian diri..

Harapnya slowly k.fiezz boleh terima suasana baru ni. 

Semalam sampai rumah, mr hubby tanya macamana kat tempat baru ni. K.fiezz punya bebel panjang. haha. Lepas tu k.fiezz cakap tetiber  nak mengandung. Bila mengandung nanti bersalin dapat cuti 3 bulan. haha. Sampai macam tu lah sekali fikir. haha..Mr hubby memang sokong je. Dia cakap memang nak suruh sis mengandung pun. haha...Korang tolong doakan sekali yeak..Aamiin..hehe...

fiezasani

POSITIFKAN DIRI UNTUK TERIMA KENYATAAN DAH KENA TUKAR

Untuk mempositifkan diri sebab udah kena bertugas kat sini, k.fiezz fikir pejabat sekarang dekat dengan stesen LRT. Tak ada lah kena berjalan kaki jauh sangat macam KKR dulu. Yang ni keluar je dari stesen LRT, ada laluan pejalan kaki bersambung dengan jejantas terus turun depan bangunan yang k.fiezz bertugas sekarang. Lebih kurang 5 - 10 minit je jarak kena berjalan berbanding sebelum ni dari stesen LRT SOGO k.fiezz kena jalan kaki dekat 15-20 minit baru sampai pejabat di KKR.

Lepas tu kat tingkat bawah bangunan k.fiezz kerja sekarang ni ada cawangan Maybank. Kalau ada apa-apa urusan, senang lah turun je tingkat bawah. Gituuu..

Makan pula, setakat ni ada cafe kat bawah. Nampak banyak juga pilihan makanan dia. Cuma semalam k.fiezz turun lambat untuk lunch, banyak lauk dah habis. Aisehhh..Segan lah nak turun awal. Baru lagi kat sini kan. Kalau kat tempat lama dulu, 12.30 dah keluar beli lunch. hehe..

Eh lagi satu, kat sini tak ada sekatan internet. Best. hehe...Dulu kat tempat lama, semua tak boleh. Nak dengar radio online pun kena sekat. Errrr...Dengar radio je. Nak buka blog k.fiezz pun tak lepas tau.. Kalau kadang tu kita nak google apa-apa, nak cari tu boleh tapi bila klik kat link yang mana kita nak baca, tak boleh. Tepuk dahi...Segala lah semua kena sekat. Kat sini, wahhh seronok. Bebas klik-meng klik...haha...

So ni antara cara untuk k.fiezz positifkan diri menerima suasana & cara kerja kat tempat baru ni. Harapnya lama-lama k.fiezz boleh adapt dengan perubahan kat sini. 

4 Comments

  1. biasalah ditempat baru biasanya kita belum serasi sangat...harap cepat fieza jumpa kawan sekepala

    ReplyDelete
  2. Tahniah... semoga lebih cemerlang dan gemilang di tempat baru

    ReplyDelete
  3. 😄😄 memang ada positif negatif nya ya kak 😁.

    Best tuh tak ada selatan internet. Dulu saya kerja di HSBC pun sama. Di sekat apa2 link. Tak bisa buka 🤣. Kecuali untuk yang jabatannya memang sudah tinggi lah 😄. Tapi suami saya kerja di CIMB, tak ada sekatan. Beda bank, beda aturan.

    Di tempat sana pun begitu. Mungkin nanti setelah terbiasa dengan rentak kerjanya, kak fiez bakal nyaman lah ☺️👍

    ReplyDelete
  4. Harap-harap lagi seronok. Baru lagi. Berdebar juga tunggu bos baru.
    Amin. Saya doakan Puan Fieza dapat mengandung ketika bekerja di sini. Mana tahu sebab dekat tempat kerja dengan lrt, Allah permudahkan. Izin Allah perancanganNya yang rahsia.

    ReplyDelete