Cerita masa hari last di KKR Jumaat lepas, k.fiezz siapkan Nota Serah Tugas untuk PA yang akan bertukar tempat dengan k.fiezz. Format nota serah tugas udah tersalah pula. Aiihh dah nak balik baru bos & pegawai lain tegur. Sabor je lah. So tak apa lah minggu depan masa jamuan & sambutan untuk hari kebangsaan dekat ex bahagian k.fiezz ni, k.fiezz bawa Nota Serah Tugas yang baru. Tak ada lah salah apa pun cuma tertinggal 1 muka surat yang kena tandatangan. Masa buat ni k.fiezz dah perasan tapi ingatkan ni format baru sebab k.fiezz dapat softcopy ni pun dari ex pegawai yang baru bertukar bulan Februari lepas. Jadi ingatkan ni format baru lah. Sekali ada muka surat yang tertinggal rupanya. adeh..

NOTA SERAH TUGAS

Ada apa dalam nota serah tugas ni. Semua senarai tugas yang k.fiezz buat di Cawangan ni. Dalam ni ada kedudukan tugas terkini, pegawai rujukan untuk setiap tugasan tersebut, no fail & tindakan susulan (sekiranya ada). 

nota serah tugas setiausaha pejabat

Sejujurnya sebelum keluar, k.fiezz dah siapkan semua tugasan. Alhamdulillah. hehe. K.fiezz ni jenis tak suka orang take over kerja yang k.fiezz dah buat. Jadi cara k.fiezz, siapkan semua kerja. Tak ada nak tinggal separuh-separuh. Senang untuk  PA yang ambil alih akan mula kerja dari tarikh yang dia bertugas kat sini. So dia pun tak pening & k.fiezz pun tak serabut nak explain. Sis dah lah jenis tak pandai nak explain detail. Itu yang senang selesaikan semua tugasan sebelum k.fiezz keluar secara rasmi dari Cawangan ni.

K.fiezz masuk kat Jabatan sekarang ni pun, PA dia dah siapkan nota serah tugas juga. Jadi senang untuk rujukan k.fiezz.

Dari Nota Serah Tugas ni, kitaorang boleh tahu skop kerja masing-masing kat Jabatan terkini. Idak lah blur nak kena buat apa. Tu lah fungsi Nota Serah Tugas ni juga selain dari beritahu apa kerja-kerja yang masih tertangguh (sekiranya ada)..

10 Comments

  1. Beneer kak fiz . Saya pun dulu saat masih kerja, kalo ada rotasi tugas, pasti buat serah terima tugas kerja macam tu kepada pengganti. Jadi tahu apa saja yg kita tinggalkan , scope of work dan lainnya.

    Dan memang, sebaiknya, selesaikan semua tugas dahulu, supaya yg gantikan kita tak bingung. Kitapun berharap tugas baru kita di tempat baru seperti itu juga kan. Tak ada Pendingan lama yg kita tak paham 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea betul Fanny..sama2 memudahkan kerja..jadi kita faham job skop kerja kat tempat baru masing-masing..

      Delete
  2. Replies
    1. tima kaseh Cik Nor..alhamdulillah mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita...

      Delete
  3. Replies
    1. Yea gini lah dlm sektor kerajaan..bila kita keluar dari satu-satu bhg, wajib kena sediakan Nota Serah Tugas ni..supaya pengganti kita faham job skop kerja yg kita buat kat bhg tersebut..selain dri dia boleh tgk jugak kalau ada kerja-kerja tertangguh yg perlu follow up...

      Delete
  4. Bagus memudahkan kerja orang juga yang ganti.

    ReplyDelete
  5. Ada nota serah tugas ni jadi mudah kan nak sambung dan lepas kan kerja kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Diah..kita mudahkan kerja dia...dan dia pun mudahkan kerja kita sbb masing-masing ada Nota Serah Tugas ni...

      Delete