Kursus PA yang k.fiezz hadir bulan Mei lepas di Kementerian Kerja Raya. Baru nak story kat blog. Udah keluar dari KKR baru nak up story..hehe..Kursus ni khusus untuk semua PA-PA di KKR & JKR. 

Masa mula-mula nama k.fiezz tercicir dari kursus ni tau. Lepas tu bila check dengan PA HR yang anjurkan kursus ni, rupanya betul lah HR tertinggal nama sis. Sis mula-mula dah sentap tak mau attend sebab nama tak ada dalam senarai pun. haha. Biasa lah dah berumur ni cepat pula nak sentap-sentap..Lepas PA HR beritahu dengan urusetia baru lah nama k.fiezz di masukkan. Tercicir katanya..

KURSUS SETIAUSAHA PEJABAT CONFIDENCE BRINGS OUT BEAUTY 

Kursus ni  1 hari & buat kat Kementerian Kerja Raya je. Sesi pagi ada pembelajaran Postur & Gestur, lepas tu Analisis Peribadi & Demonstrasi Make-up. Sesi petang aktiviti fizikal, game time...


FiezaSani

PA-PA KKR & JKR bersama Penceramah - Pn Suria Soraya..Cantik orangnya, tinggi lampai & muka cantik..Suka tengok..Kalau tak silap k.fiezz Puan ni bertugas bawah MINDEF..Kalau tak silap lah..Lupa..Dah 4 bulan kursusnya baru nak up story kat blog...

FiezaSani

K.fiezz, Zana (PA SUB BDA) & Nisa (PA SUB BPP)..
Nisa ni dulu satu bahagian dengan kitaorang tapi dah tukar ke bahagian lain...Tapi bila ada event macam ni, kitaorang selesa bertiga...

FiezaSani

Nak lah jugakkk..hehe...

FiezaSani

Ni masa sesi pagi postur & gestur. Sesi perkenalan & tunjuk cara jalan masing-masing. Dari gaya jalan boleh tahu karakter kita ni macamana...

FiezaSani

Ni hasil kiraan hari jadi, k.fiezz dapat no.5 utk analisis peribadi..Untuk k.fiezz maksud no.5 ni macam talam 2 muka & tamak..Haha..

FiezaSani

Ni warna-warna untuk no.5. Dari yg paling wow sampai yang melemahkan energy kalau pakai warna-warna tersebut…

FiezaSani

Lepas tu sesi demonstrasi mekap..Sis suka topik yang ni…

FiezaSani

Ni masa sesi pagi…


FiezaSani

Sesi petang sebelum start game…Ni group k.fiezz…

FiezaSani

Start dah..3 org akan ditutup mata, salah seorangnya sis & 2 lagi akan bantu kitaorang  untuk bergerak…

FiezaSani

Game dia kena pastikan semasa berjalan kaki kena pijak atas kertas pink tu je dari hujung belah sana ke belah sinun…Tak boleh terkeluar. Kalau ter, kena mula semula dari awal..Group last selesaikan task kena denda..Alhamdulillah group kitaorg no.4 dari 5-6 group…

FiezaSani

Game ke-2, group kitaorg juara..Tak ingat game dia macamana..Dah 4 bulan baru kakak fiezz gediks nak update blog…

FiezaSani

Souvenir yang kitaorang dapat. Lanyard & wristle bag. Kursus ni bos kena sponsor PA, ada bayaran RM100 dikenakan…Gelabah sis nak cakap kat boss tau pasal yuran. Nervous jugak nak ke bos bayarkan.Alhamdulillah dia belanja..Tq boss. So kira souvenir ni dari bos…

Seronok bila joint kursus PA ni, banyak dapat belajar terutama yg game tu. Kena buat kerja secara berkumpulan untuk selesaikan task. Sama juga dalam kerjaya kita ni, kena belajar untuk bekerjasama dengan orang lain bila nak selesaikan tugasan sebab ada yang kita boleh buat sendiri & ada yang kita perlukan pertolongan rakan sekerja. Jadi moral of the story jangan sombong dan berat mulut bila perlukan pertolongan..

Lagi satu seronok joint kursus ni, dapat kenal dengan PA-PA dari bahagian lain juga. Kadang kita ni duk bawah 1 bumbung pun tak kenal semua. Bila attend kursus macamni lah baru nak kenal-kenal..

Dah keluar dari KKR, ni semua kenangan manis yang akan sis ingat sampai bila-bila. Terima kasih boss sudi bayarkan yuran kursus PA.  


4 Comments

  1. Seronok kalau ad kursus macam ni. Banyak benda boleh belajar

    ReplyDelete
  2. bestnya kursus mcm ni..blh tingkat keyakinan diri

    ReplyDelete
  3. Ish, sayaaa sukaaaa training dengan tema ini 😍😍😍. Belajar gesture , makeup, atau table manner, itu memang menariiik dipelajari. Karena berguna di saat harus berhadapan dengan banyak orang, supaya lebih confidence kan. Beruntung lah kakak bisa dapat training ini. ☺️👍

    ReplyDelete
  4. Bos baik hati belanja. Alhamdulillah tidak berkira.

    ReplyDelete