Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ewah kemain ber peribahasa bagai. Ni entry k.fiezz pula bagi hadiah sebagai balasan untuk ucap terima kasih pada pegawai-pegawai & kawan pejabat yang bagi hadiah, belanja makan sebelum k.fiezz keluar dari pejabat sebelum ni. 

Hadiah-hadiah ni bukan maksud k.fiezz pilih kasih pula tau. Ada yang dapat, ada yang tak dapat. Semua pegawai-pegawai & kakitangan kat tempat lama sis sayang tau.  Jangan salah faham. Maklumlah bajet kurang memberangsangkan, jadi k.fiezz pilih bagi hadiah-hadiah ni pada pegawai-pegawai & kawan yang bagi hadiah pada k.fiezz. Ada seorang tak bagi hadiah tapi masa hari last k.fiezz kat pejabat lama, dia tolong tangkapkan gambar plus kitaorang dah lama bekerjasama jadi k.fiezz bagi juga kat dia sebagai kenangan. 

HADIAH BALASAN DARI SIS

K.fiezz bagi apa tu?Macamana k.fiezz tahu ada yang nak bagi hadiah ni?Okey jujurnya k .fiezz tak tahu pun tapi masa dah nak dekat tarikh kena keluar, ada yang dah bagi hadiah. So k.fiezz dah tahu lah siapa yang bagi..Jadi k.fiezz plan hadiah-hadiah untuk diaorang, bagi masa jamuan Bahagian 2 minggu kemudian..Kecuali yang bos punya k.fiezz memang dah order awal sebab memang dah niat nak bagi dia. Masa ni tak tahu pun yang bos akan bagi hadiah juga. Sebab hadiah dari bos, k.fiezz dapat masa jamuan cawangan. Jadi hadiah balasan untuk bos, k.fiezz bagi masa hari last kat KKR.

Apa hadiahnya tu?

pen

Untuk bos kesayangan. Sebab antara 7 bos yang pernah k.fiezz jaga sepanjang 16 tahun bertugas di KKR, dia yang paling best, so for you 'Best Boss Ever, Cik Mas'...


tumbler

Untuk kawan rapat merangkap kawan baik di pejabat...Hope you like it....

pen

Untuk 3 orang pegawai > Pn Haizan, Cik Yati & En.Amirul...Pen ada ukir nama...Pn Haizan belanja makan, En Amirul bagi hadiah & Cik Yati tolong tangkapkan gambar masa hari last dan paling lama bekerjasama dari 2017...

pen

Untuk 2 orang pegawai yang gred 48 > Pn. Hasifah & Cik Marian...Special ambil pen warna gold & ada ukir nama juga kat pen...

pen

Cuma nama diaorang tak berapa nak nampak. Eiii geram je seller ni. Ingatkan dia adjust lah tulisan nama tu ikut kesesuaian warna badan pen. Eh sekali tak..Sabar je lah...

So ni lah hadiah balasan yang tak seberapa dari k.fiezz untuk pegawai-pegawai & kawan yang bagi hadiah sebelum sis keluar hujung bulan Ogos yang lepas. Harap semua suka dengan hadiah-hadiah yang tak seberapa ni...

Untuk pegawai, k.fiezz bagi pen sebab diaorang kan banyak kena tandatangan/menulis @ menconteng..hehe..Untuk kawan k.fiezz tu, rasanya dia suka buat air panas..Jadi k.fiezz pilih tumbler..

8 Comments

  1. wah esklusif betul hadiahnya..:)

    ReplyDelete
  2. Mahal ni hadiahnya. Seronok ja kalau orang bagi hadiah siap ada nama terukir ni.

    ReplyDelete
  3. Mesti dieorg appreciate sangat2 hadiah yg sis bagi tu 😉

    ReplyDelete
  4. waaaahhhh hadiah customize mcm ni nampak eksklusif :)

    ReplyDelete
  5. ya allah baiknya fieza, siap di beri balasan lagi, tanda ingat mengingati kan

    ReplyDelete
  6. Bagus beri hadiah ikut keperluan. Hehe masa guna itu dorang akan ingat Puan Fiezz.

    ReplyDelete