Sambung lagi story sis & family in law ke Hatyai Thailand bulan Julai lepas. Tak habis lagi cerita..hehe..So joms sambung. Lepas je check in, weolls yang perempuan ni ke Central Hatyai Festival sebab nak ke salah satu tempat yang viral dalam Tik Tok. Ramai cakap dah masuk ke Hatyai, wajib ke sini. Mana tempat tu?Tengok tajuk entry pun dah boleh agak kat mana..Saja nak buat suspens..hehe...

Jom kita ke Boots Hatyai yang ada dalam mall Central Hatyai Festival. Lokasi dari hotel penginapan kitaorang ke sini agak jauh juga. Sebelum tu adik ipar k.fiezz cakap, boleh jalan kaki sebab tengok macam dekat je dalam maps. Nasib baik lah kitaorang booked grab juga. Kalau jalan kaki memang boleh tahan jauh dia weiii.. Lalu pula jalan-jalan dia yang ada gelap/sunyi. Seramm.. Rasanya dah nak tutup mall, baru kitaorang sampai kalau jalan kaki juga..haha..

CENTRAL HATYAI FESTIVAL

Kitaorang sampai kat Central Hatyai Festival ni dalam 5-6 ptg lebih kurang. Mall ni tutup pukul 9mlm (kalau tak silap). Sampai-sampai je terus menuju ke tingkat bawah. Biras & adik ipar k.fiezz memang dah survey awal-awal tempat viral yang kitaorang nak terjah ni..So k.fiezz memang follow je diaorang.

boots hatyai,central hatyai festival

Dari arah depan...

Okey sampai dah boots Hatyai, yang jadi kegilaan orang Malaysia bila sampai ke Hatyai ni. Wajib terjah bila dah sampai sini. Ada apa kat sini?

boots hatyai,central hatyai festival

Dari arah depan. Tak sabar..Tengok dari luar macam watson/guardian pun ada cuma ni jenama boots Hatyai. Kat sini ada jual segala produk kecantikan/kesihatan. Tapi ramai orang kita datang sini cari barang kecantikan. Murah-murah katanya..Joms lah kita tengok murah ke? 

boots hatyai,central hatyai festival

Paling viral kat Tik Tok yang warna merah Ted Baker tu. Sebelum  k.fiezz ke sini, ada nampak juga lalu lalang kat fyp TT k.fiezz, set Ted Baker warna merah ni  3 item dalam 1 kotak. Wajib beli katanya kalau ke sini. Cuma masa kitaorang ke sini, Ted Baker yang ada 3 barang dalam 1 kotak dah habis. Tinggal single item & 5 item dalam 1 kotak. Hat 5 item tu idak lah murah juga so k.fiezz ambil perfume saiz kecil je..Ada 3 warna tapi paling wangi warna merah ni. Itu yang cepat habis warna merah ni.

boots hatyai,central hatyai festival

Lepas tu sangkut juga beli lipstick ni. Harga masih lagi dalam kategori mampu milik..

boots hatyai,central hatyai festival

Posing sikit..Bukan hari-hari ke sini..Kat tangan tu, k.fiezz pegang bakul menyopping kat sini...

boots hatyai,central hatyai festival

Jenama ni pun murah. K.fiezz ada ambil serum dia saiz kecil harga RM6 lebih kurang. Hat ni pun k.fiezz tak perasan masa pusing cuci mata. K.fiezz tengah beratur nak bayar, biras k.fiezz beritahu 'akak ada serum ni harga 6 hengget'. K.fiezz pun 'meh sini'..hehe..Dengar murah..Terus laju je ambil.. 

boots hatyai,central hatyai festival

Hasil rembatan..Tak banyak sangat..hehe..

boots hatyai,central hatyai festival

Dalam duk cuci mata, seorang satu paper bag..

FOOD COURT @ CENTRAL HATYAI FESTIVAL

Lepas selesai sesi shopping kat dalam boots Hatyai tu, kitaorang terjah food court berdepan je dari boots ni. Berderet stall jual makanan/minuman. Ada yang halal & ada yang tak halal. Check dulu sebelum beli..Ada satu stall kat sini, jual jajan yang berasaskan dari b*b*...Yang menjualnya pula bertudung. Kalau tengok sekali imbas tak perasan sebab kita tengok yang jual pakai tudung tapi bila pandang kat signboard dia baru nampak gambar & tulisan..K.fiezz pun tak perasan mula-mula, biras yang nampak lepas tu dia tunjuk kat kitaorang. Nasib baik lah memang tak plan pun nak beli jajan tu. K.fiezz nak ambil gambar tapi macam errrr tak apa lah..Jadi sebelum beli, tengok lah dulu ada tulis HALAL ke tidak kat stall,  yea...
 
boots hatyai,central hatyai festival

Ni antara makanan pencuci mulut yang ada kat sini..Warna-warni..Meriah..Hat fries viral tu pun kat sini juga. Masa k.fiezz & 2 orang biras duk pusing nampak dah stall Toro Fries ni tapi beratur panjang..Tak kuasa lah kitaorang nak beli. Sis ambil gambor je...


boots hatyai,central hatyai festival

Sebab dah lapar, kitaorang makan dulu kat sini. Merangkap makan malam..Tak ingat nama menu ni apa tapi sedappp weiii. Tengok warna macam tak menarik tapi rasa dia terbaik. Cukup rasa, pedas tapi tak terlalu pedas. Just nice gitu...Harga dalam 7-8 ringgit macam tu duit kita...Minuman  pula, k.fiezz pilih teh ais  sebab wajib bila dah sampai Thailand..hehe..

boots hatyai,central hatyai festival

Ni stall yang k.fiezz beli menu gambar atas...Lepas tu kitaorang beli juga kat sini untuk tapau hat kat hotel..Sebab masa tengah makan ni, family members kat hotel whatsapp suruh beli sekali makan malam. Diaorang malas nak keluar..Agak dah...

central hatyai festival

Weolls ber4 hang out kat sini..Lepas shopping, adik ipar bongsu sebelah k.fiezz tu ajak makan dulu kat sini...



boots hatyai,central hatyai festival

Dapat pun. Ni adik ipar bongsu k.fiezz yang dapat beli. Dia cakap masa dia lalu kat stall ni, tak ada orang. Laju  je lah dia beli..Harga, adik ipar k.fiezz cakap mahal juga. Jadi kongsi je lah yeak..hehe..

Sedap ke toro fries ni..Sedap ni subjektif..Untuk k.fiezz, boleh diterima tekak. Fries bila dah diletak pelbagai  jenis sos atas dia, automatik jadi sedap..Yea tak...hehe...Tekstur fries lembut cuma sebab dia panjang-panjang, so hati-hati masa nak ambil sebab takut patah. Bila patah, terjatuh udah rugi..Sebab sis pun terkena..hehe...Portion dia tak banyak sangat, boleh lah buat raso-raso sikit sorang untuk kitaorang ber4..

boots hatyai,central hatyai festival

Selesai sesi shopping & makan malam..Joms balik hotel. Ni kat depan mall Central Hatyai Festival..Kitaorang dah booked grab yang sama masa nak ke sini. Ceritanya masa kitaorang nak bayar sebelum tu, driver nya tak ada duit tukar ke atau dia memang tak  nak ambil. Dia cakap nanti masa balik, bayar sekali. Nak balik whatsapp je dia. Pandai dia cari customer, dia booked kitaorang juga..Tapi memang betul dia percaya kat kitaorang..Buatnya kitaorang naik grab lain ke kan. Udah rugi dia sebab duit tambang yang masa ke sini, dia tak nak ambil...Tapi kitaorang jujur, no worry. Kitaorang booked dengan grab yang sama. Lepas je selesai shopping, terus biras whatsapp dengan driver. Sebelum tu dah ambil nombor telefon dia..

boots hatyai,central hatyai festival

Sementara menunggu grab kitaorang sampai..Wefie jap..hehe...

So overall kat dalam mall ni lagi best kalau dapat ronda dari pagi sebab macam-macam ada. Kalau korang sampai je Hatyai, pi lah ke sini dulu. Kalau kata tunggu hari ke-2 atau lepas trip lain, takut dah kepenatan. Kitaorang pun nasib baik ambil keputusan yang tepat, sampai je Hatyai lepas check in terus ke sini dulu. Kalau tunggu esoknya lepas day trip pusing Hatyai baru nak ke sini, memang confirm tak masuk pun Central Hatyai Festival ni...Sebab masa lepas day trip hari ke-2, mak mertua & ahli keluarga yang lain dah tak larat nak berjalan-jalan lagipun masa agak suntuk sebab selesai trip dah malam. Esoknya hari ke-3 dah nak gerak balik ke Malaysia semula. Jadi memang kitaorang rasa keputusan ke Boots Hatyai ni hari pertama walaupun agak penat baru sampai tapi paling tepat..hehe..

Pastikan kalau korang pencinta barang kecantikan, wajib terjah Boots Hatyai ni tau. Harga barang-barang kat situ. Tengok lah ada yang murah, ada yang mahal..Ikut lah poket masing-masing..

Kat salah satu Lotus yang k.fiezz & adik ipar masuk area Hatyai, ada cawangan Boots Hatyai ni juga..Tak pasti Lotus area mana tapi driver cakap paling besar kat Hatyai...Kot lah kalau korang ada ter miss nak beli apa-apa tapi malas nak ke Central Hatyai Festival ni, boleh lah cari kat Boots Hatyai dalam salah satu Lotus Hatyai ni..K.fiezz pun ada masuk juga Boots Hatyai yang dalam Lotus tu..hehe. Tambah beli lagi 1 serum 6 hengget & perfume ted baker warna merah..Tambah lagi..hehe...

Selain tu nak food hunting dalam mall Central Hatyai Festival ni pun, banyak stall kat depan Boots Hatyai. Pilih je nak makan apa...

Sebab masa ni kitaorang yang perempuan je keluar hang out / shopping kat sini, sis panggil GIRL DAY OUT ..Yeayyy.. 

8 Comments

  1. Wah seronoknya dapat menyopingggg
    Kalau Cuya ni, semua benda nak beli! HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu la kalau poket tebal, seronok shopping..macam akak ni bajet2 sbb baru hari pertama..risau bhat habis...haha..

      Delete
  2. wahh bestnyer gi hatyai siam., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terapi minda orang kata bila pi bercuti..hehe...

      Delete
  3. saya baca habis sebab seronok nak tau kisah-kisah orang travel begini...saya belum ada kesempatan untuk travel jauh-jauh

    ReplyDelete
  4. puas ati keluar dgn geng2 sekapala boleh shopping puas2.. cute la rabit tu

    ReplyDelete
  5. Ya ampuuuuun, kalo dah bicara Thailand, ntah itu Bangkok, hatyai, Chiang Rai, Chiang Mai, semua kotanya bikin kalap belanjaaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣. Shopping trus kalo dah di sana kak.

    Saya cocok sangat dengan hair mask Thailand Lae sa luay, jadi tiap kesana pasti beli banyak. Sbnrnya di Indonesia udh masuk barangnya, tapi pasti lebih murah beli di sana kan 😄

    Belum lagi kuliner Thailand, memang lah sedap❤️❤️. Teringin nak kesana lagi.

    ReplyDelete
  6. Muka gembira semua dapat tangkap barang diingini. Lagilah baru lepas makan. Tidak nampak penatpun.

    ReplyDelete