Semalam sis minta mr hubby belikan yogurt perasa asli dari Panda Mart. Kisahnya nak beli yogurt ni sebab k.fiezz mengalami masalah gatal-gatal kat kawasan *tut* dah beberapa hari. Aihhh geram pula sis..Rasanya mungkin sebab k.fiezz tak pantang makanan/minuman manis sekarang ni. Semua ku bedal, jebat..haha. Gula kan salah satu punca keputihan. K.fiezz pun perasan sekarang banyak masalah keputihan berbanding dulu masa sis control pengambilan gula. Jadi untuk atasi masalah keputihan yang dah menyebabkan kegatalan pula kat kawasan ehem ehem, meh lah cari yogurt perisa asli..

Kenapa nak beli yogurt perisa asli ni pula?Yogurt yang ada macam-macam perasa tak boleh ke?Yogurt perisa asli tak mengandungi sebarang gula atau perasa tambahan yang jadi punca masalah keputihan.

Sebab k.fiezz ingat-ingat lupa macam pernah tertengok atau terbaca yang yogurt ni boleh atasi masalah kegatalan di kawasan ehem ehem kita tu. Tapi kena amalkan yogurt yang perasa asli tau bukan yang ada perasa buah-buahan sebab kita nak elakkan gula/pemanis yang jadi salah satu punca keputihan. 

K.fiezz agak je punca kawasan ehem ehem ni gatal sebab dari pengambilan makanan/minuman manis yang tak control. Lepas failed IVF kali ke-2 pertengahan tahun ni, k.fiezz bedal je semua. Dah berapa bulan k.fiezz main makan/minum je manis-manis so baru lah rasa kesan dia sekarang. 

yogurt asli, masalah keputihan

Kuning tu jenama Fernleaf, beli kat panda mart tapi dapat-dapat dah expired. So beli baru jenama Lactel tu dari Grab. Nasib baik expired date dia lamberttt lagi..

ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN YOGURT ASLI


Duk fikir macamana nak hilangkan kegatalan yang sis alami ni. Baru teringat rasa pernah tertengok atau terbaca yang yogurt perasa asli boleh menjadi salah satu alternatif untuk atasi masalah kegatalan pada kawasan ehem ehem ni secara semulajadi. Sebab kandungan dalam yogurt yang mengandungi bakteria baik yang boleh melawan bakteria jahat yang menjadi punca kegatalan pada kawasan ehem ehem kita.

So semalam order kat Panda Mart. Sampai-sampai, k.fiezz letak dulu dalam peti ais sebab tengah masak. Dah setel semua, baru teringat nak makan yogurt

Habit k.fiezz sebelum buka je apa-apa packaging/seal pada makanan/minuman, sis akan tengok expired dulu bila. Sekali bila tengok atas penutup yogurt, tarikh expired 28 Ogos 2023. Eh..Sekarang bulan September. Udah sis pi tengok pula kat kalendar nak double confirm. Sah panda mart jual yogurt yang dah expired weiiii. Sabor je lah. Terus cakap & bagi yogurt expired kat mr hubby untuk complaint kat Panda Mart. 

Ater yang sis nak atasi masalah kegatalan ehem ehem ni macamana. Buka grab, k.fiezz order yang lain. Nasib baik order yang kat Grab, elok lagi. Tarikh expired pun lambattt lagi. Lepas dah siap makan tengahari, baru makan yogurt. 

Rasa dia, sabor je lah..Masammmm..haha..Tapi untuk kesihatan ehem ehem, sis telan juga tau..Kalau nak sedap, boleh je kita tambah buah-buahan segar. Pernah tertengok kat TT pasal yogurt perasa asli ni elok tau untuk kita kaum wanita..Jom k.fiezz share sikit ilmu yang ternampak kat TT.. 

Kebaikan Yogurt Perasa Asli Untuk Wanita

  • Bagus untuk kurangkan keputihan
  • Elakkan bauan kurang enak dari miss v (bau ikan masin dan seangkatan..hehe)
  • Mencegah jangkitan pada miss v
  • Boleh jadikan kulit  cantik kalau rajin amalkan
  • Memutihkan gigi
  • Hilangkan kelemumur

So ni antara kebaikan yogurt perisa asli. Boleh lah cuba amalkan kalau nak rasa semua kebaikan yogurt macam kat atas ni tapi untuk yang ada masalah keputihan, sangat-sangat digalakkan untuk makan yogurt  ni. Bagi wanita hamil yang ada masalah keputihan, boleh amalkan yogurt perasa asli ni. Rasa dia memang tak sedap tapi macam k.fiezz beritahu kat atas tadi, korang boleh lah letak buah-buahan segar macam epal, strawberry atau apa-apa buah yang korang suka masa makan yogurt ni. 

K.fiezz baru makan sekali semalam,  boleh rasa macam kurang sikit rasa gatal kat kawasan ehem ehem tu. Kalau idak merenyam..opsss..Orang lelaki tak payah baca lah yea entry ni. Scroll laju-laju..

BFF DENGAN YOGURT PERASA ASLI LAH LEPAS NI...

4 Comments

  1. Benaaar kak, yoghurt yg plain ini baguuus buat obati keputihan. Dulu dokter obgyn saya pun menganjurkan yg sama

    Kebanyakan Krn stress dan makanan tak dijaga yg jadi punca keputihan.

    Kalo tak suka yoghurt pilih makanan/minuman yg banyak kandungan probiotik. Selain yoghurt, saya pun suka kombucha. Dan lebih sering minum ini. Kombucha juga bagus Krn banyak probiotiknya yg juga pengaruh untuk keputihan. Bahkan bisa utk maintain kesehatan secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  2. Saya makan yogurt asli untuk sakit perut/perut sebu.

    ReplyDelete
  3. Nak bagi efek cepat, beli krim sapu dekat farmasi. Tapi memang betul, kena pantang benda2 manis dan bykkan minum air masak. Macam saya pulak tak boleh telan yogurt asli ni hehe, jadi saya beli supplement prebiotic & probiotic dekat farmasi utk fight masalah keputihan lagi2 kalau on antibiotic treatment.

    ReplyDelete