Terima Scammer Call Dari Pejabat Kurier
Tadi tetiba dapat 1 call dari pejabat kurier katanya. Sis layankan je. Saja nak tengok pasal apa pula lah si scammer ni nak menipu. Dah banyak baca pasal orang terima scammer call macam ni. Angkat je call, dia perkenalkan diri dari pejabat kurier. Dia tanya nama sis 'Fieza binti Sani' ke? Sis 'haah' kan je. Padahal kat situ pun memang dah salah.
First time ni dapat scammer call. Sebelum ni baca pengalaman orang lain je. Kali ni diri sendiri kena pula. Tapi dari mula dah agak memang scammer call ni cuma sis layan nak tahu apa isi dia nak menipu..
Si pemanggil ni cakap sis ada hantar dokumen kepada si polan (nama cina). Pelik dah di situ. Dalam masa terdekat ni mana ada sis hantar apa-apa dokumen ataupun barang pada sesiapa pun. Kata si pemanggil ni, sis kena buat surat sokongan untuk hantar dokumen tu. Sis macam 'eh sejak bila pula nak hantar dokumen kena ada surat sokongan bagai ni?'. Lepas tu dia cakap isi dokumen tu passport dengan kad pengenalan. Lagi lah tak logik. Kalau betul pun nak hantar kad pengenalan & passport, tak kan nak guna kurier. Sah-sah terus hantar dengan tangan ataupun sekarang ni whatsapp je...Itu pun hantar yang salinan. Idak lah nak bagi original. Entah apa-apa lah scammer ni nak menipu.
Sis terus tinggi suara cakap 'saya tak ada hantar apa-apa pun kat sesapa'. Lepas tu dia cakap 'habis tu siapa yang guna nama puan ni?'. Sis cakap 'entah mana lah tahu. kalau nak scam orang pi cari orang lain'. Dah jangan nak menipu kat saya'. Sis tinggi suara, dia pun tinggi suara balik. Eh ko ni dah kenapa..Udah lah nak menipu orang..
Terus sis letak telefon. Malas dah nak layan scammer tu. Kalau layan lagi, agaknya siap suruh buat surat sokongan & bayar duit. Orang nak cari duit kan..Macam-macam cara boleh..
Beritahu kat mr hubby pasal ni. Mr hubby cakap lain kali dapat call macam ni jangan layan lebih-lebih kalau dah tahu scammer call. Takut dia pukau melalui telefon. Lepas mr hubby cakap tu baru teringat 'haah betul juga'. Mana tau kot dalam telefon scammer ni boleh baca apa-apa & kita ter bagi maklumat akaun. Lagi bahaya..Alamakk, lain kali jangan layan dah yea sis..Ada je kan orang kena pukau melalui telefon. Uiii seram..Tak teringat pula pasal ni. Mr hubby cakap baru teringat pernah baca kes pukau melalui telefon..
Sis layan mula-mula sebab kepelikan dah kenapa kurier nak call. Lagi pelik katanya sis ada hantar dokumen pula. Hantar kat penerima yang tak kenal pula tu. Isi dokumen pun tak logik, passport & ic..Ko dah kenapa?Adeh..
So korang kalau terima scammer call macam ni, jangan layan okey. Kalau dah rasa pelik dengan panggilan tu terus letak je..
Makin berleluasa pula scammer call ni kan. Tak ada ke cara nak sekat..Aihhh...
MACAM-MACAM CARA ORANG SEKARANG NI NAK CARI DUIT..TIPU TIPU TIPU LAGI...
9 Comments
Betul, ada akak office saya kena pukau. Nasib anak dia berjaya sedarkan mak dia.
ReplyDeleteIye betul sis, kinah pun banyak kali terima panggilan dari scammer ni. Dapat detect je scammer terus letak phone sebab malas nak layan
ReplyDeletesy pun pernah jugak layan scammer... dr kem komunikasi multimedia katanya... dah la nama unit dia pelik.. dia mtk no ic sy bg je lah ni ic tipu.. pastu dia marah sy.. sy ckp betul la... dia kata sy tipu... sy pun ckp dia pun tipu lepas tu dia marah²... bunyi dialek mcm bangla... agak² la nk menipu.. dia tipu dia pulak nk marah kita
ReplyDeletebetul 3x..pernah dpt call mcm ni.. MA ckp la, saya ni keja dgn pejabat polis & saya tau benda ni salah. takkan la saya nak buat...dia pun tinggi suara jugak. last2 MA tinggi suara jugak terus letak. eh eh.. lama2 layan lagi hangin plak
ReplyDeletemcm2 cara scammer guna nak menipu kita..huhu
ReplyDeleteItulah takut angkat nombor tidak dikenali.
ReplyDeleteTipu tidak logik. Tahu tidak hantar dokumen.
Cuya pon biasa scammer call
ReplyDeleteKadang2 ad member guna apps utk prank.. tkde keje betul diorg ni
Taktik scammer ni macam² idea diorang plan nak memperbodohkan sesama manusia .
ReplyDeleteDi sini pun banyak kak. Tapi saya tak pernah mau angkat memang. Ada yg bilang suara kita nanti bisa dipakai untuk tipuan AI. Makanya kalo ada nomor tak dikenal, saya diamkan.
ReplyDeleteApalagi sejak pakai aplikasi get contact, langsung ketahuan siapa yg nelpon 🤣. Penipu atau tak. Sering sangat nama penipu masuk ke nomor saya. Saya pun biasa langsung report nomor2 begini