Lepas failed IVF kali ke-2 bulan Mei yang lepas, k.fiezz & mr hubby decide nak cuba ambil anak angkat tapi melalui JKM. Tak nak ambil yang dapat dari luar maksudnya orang offer sebab kebanyakan baby bukan warganegara. Kitaorang kalau boleh nak ambil anak angkat yang warganegara dan menggunakan saluran betul macam JKM ni. Tak nak ada isu berbangkit di masa akan datang. Plus k.fiezz fikir guna JKM ni segala dokumentasi akan diuruskan oleh pihak JKM lebih proper. Tak perlu kitaorang nak turun naik pejabat ke apa. Pada fikiran k.fiezz macam tu lah kan. Tapi macam meleset je sangkaan kitaorang..Boleh lah baca lebih lanjut entry ni. 

PROSES AMBIL ANAK ANGKAT JKM

Sebenarnya tahun 2019 k.fiezz pernah isi borang permohonan ambil anak angkat di website JKM tapi lepas tu senyap. K.fiezz & mr hubby pun malas lah nak follow up ke apa. Tunggu je lah proses dia selanjutnya. Lepas tu kitaorang buat IVF pula. Tapi bila je k.fiezz failed kali ke-2 IVF, mr hubby suruh isi borang permohonan ambil anak angkat kat JKM. 

Lepas dah siap isi masa nak cetak borang untuk simpanan sendiri, baru lah ada keluar rekod  k.fiezz & mr hubby pernah mohon ambil anak angkat tahun 2019. Laaaa sis pun lupa. Tapi sebab dah isi kali ke-2 proceed je lah. Sambil tu k.fiezz ada tanya juga dengan kawan pejabat yang pernah kerja kat JKM negeri Terengganu beberapa tahun lepas. Saja tanya dia proses ambil anak angkat dari JKM ni macamana. Dia terangkan lah prosesnya serba sikit yang dia ingat sebab dah lama..Dia pun lupa...

Selepas dah hantar borang permohonan secara online, kawan k.fiezz suruh telefon juga pejabat JKM supaya nampak kesungguhan k.fiezz & mr hubby. Mula-mula k.fiezz call JKM Putrajaya tapi tak berjawab weiii..Try call JKM Kuala Lumpur sebab sis & mr hubby duk kat sini secara logik mesti permohonan online tu akan di hantar ke JKM KL. Masa call tu staff JKM beritahu tak ada rekod pun yang kitaorang pernah mohon secara online. Laaaa serius lah..Ater yang isi dalam website JKM tu apo bondo..

Lepas dah diberitahu permohonan online tak diterima..Kitaorang isi borang hardcopy, orang JKM bagi borang hardcopy melalui whatsapp & sekali dengan permohonan ada lampiran untuk buat check up kesihatan kat mana-mana klinik swasta atau kerajaan. Dah siap semua baru hantar ke JKM..

1hb Jun 2023, hari anniversary kitaorang hantar borang permohonan ambil anak angkat ke JKM Kuala Lumpur dengan harapan yang besar lepas gagal IVF...

Alamat JKM - 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

ARAS BAWAH, MENARA TEO CHEW

NO 1 JALAN LUMUT, PEKELILING

50400 KUALA LUMPUR

DIPANGGIL INTERVIEW OLEH JKM

Selepas 2 bulan, dapat panggilan dari JKM untuk dipanggil interview pula. Kawan pejabat k.fiezz cakap, bila dah dipanggil interview ni kira dah lepas lah tapisan pertama selepas yang kita hantar borang. Masa interview ni biasanya pegawai JKM akan selidik serba sikit latar belakang kita suami isteri. Nak tengok kesesuaian antara bakal ibu bapa dengan baby

Isnin baru ni, k.fiezz & mr hubby ke JKM KL lagi sekali untuk hadir ke sesi temuduga ni pula. 

fiezasani

Sesi interview pukul 11 pagi lebih kurang. Dekat sejam juga sesi interview kitaorang dengan pegawai JKM yang handle kes. 

Sebelum interview ni agak berbunga juga lah hati kitaorang ni tapi lepas je habis sesi, terus down merudum. Awal-awal  masa pembukaan interview pegawai JKM dah maklumkan kalau kitaorang ada dapat offer orang nak bagi baby, terima je sebab giliran menunggu kat JKM ni lamaaaa..Dia bagi contoh, baby yang ada 5 orang tapi permohonan lebih 1000 orang. Hmmm...

Lepas tu k.fiezz cerita pernah dapat offer orang nak bagi baby tapi kena bayar RM3,000 cuma masa nak ambil tu duit tak berapa nak ada..

Pegawai JKM cakap offer bawah RM5000 ni kira dalam kategori masih berpatutan sebab ramai je parents yang mohon anak angkat kat JKM ada dapat offer dari luar kena bayar antara 3-5 ribu..hmmm...Dah failed kitaorang kat situ sebab nampak macam berkira pula. Mr hubby marah kat k.fiezz sebab kalau nak jaga anak angkat ni pun banyak pakai duit..jadi kat situ dah nampak macam berkira bila RM3 ribu pun tak mampu..hmmm..salah cakap lagi..Sebelum tu pun k.fiezz ada tersalah cakap juga...

Hmmm entah lah..malas nak fikir...Keluar dari JKM, udah sis & mr hubby bergaduh. Pegawai JKM tanya nak baby warganegara je ke sebab dalam borang kitaorang pilih warganegara & baby lelaki. Kalau bukan warganegara tak nak ke? K.fiezz cakap lah kalau boleh nak melayu sebab kitaorang pun melayu. Tak ada pula k.fiezz sebut nak baby comel, hidung mancung ke apa..Ni pun mr hubby marah juga kat k.fiezz sebab sis tekankan nak juga baby melayu. Ater udah kitaorang melayu, takkan nak baby yang bukan melayu. Kalau kata negara seberang pun, k.fiezz cakap boleh dipertimbangkan sebab kita dengan orang seberang lebih kurang rupa..Mr hubby cakap kat pegawai JKM tu, tak kisah sebab peringkat usia kitaorang ni nak memilih tak boleh...K.fiezz setujukan je lah..Malas nak bergaduh..Itu pun keluar-keluar dari situ bergaduh juga.. Sis sentap sebab semua  jawapan yang bagi kat pegawai JKM tak kena dengan mr hubby..Hmmm..so malas nak fikir..

Sebelum interview ni kawan pejabat k.fiezz dah beritahu, nanti jangan mengada cakap kriteria baby nak sekian sekian (contoh putih, comel , gebu-gebas dan lain-lain). K.fiezz beritahu lah kat mr hubby. So bila interview sis pula tekankan nak baby melayu..Kena marah dengan mr hubby..huhu..Bukan sis specific cakap nak putih ke apa...Nak melayu, punn kena marah juga..Tapi biorkan lah disitu..Malas nak fikir...

Masa sesi interview ni pegawai JKM akan tanya semua pasal latar belakang kita termasuk lah gaji, perbelanjaan, hutang bulanan yang kita bayar & lain-lain yang berkaitan untuk tengok kemampuan kita sebagai bakal penjaga baby. Dari interview ni pihak JKM akan nilaikan kita sebagai bakal penjaga baby..

Tapi macam k.fiezz beritahu awal entry ni, pegawai JKM dah cakap kalau kitaorang ada terima offer dari luar untuk ambil anak angkat lepas ni terima je sebab lagi cepat berbanding tunggu penggiliran JKM. Dia cakap juga kalau ada kenal sesiapa yang kerja kat hospital cuba lah risik-risik kot ada baby yang maknya tak nak jaga atas faktor tak sah taraf dan bukan warganegara..Kitaorang tanya balik pegawai JKM tu, dia ada ke contact..hehe..Yelah dah suruh kitaorang cari sendiri kan. Tapi pegawai tu cakap dia tak boleh bagi sebab tak adil dengan pemohon yang lain..ermmm...

Pegawai JKM tu beritahu kitaorang kalau ambil anak angkat yang bukan melalui JKM, apa dokumen-dokumen yang perlu ada. Contoh macam surat penyerahan baby dari mak kandung kepada sis & mr hubby sebagai ibu bapa angkat, surat penerimaan baby pula (surat ni kena ambil dari JPN). Lepas dah isi , pi ke JKM untuk isi borang pengangkatan pula (surat dari JKM ni sah untuk buat apa-apa yang berkaitan dengan baby contoh untuk pendaftaran di JPN, ke hospital, daftar sekolah dan lain-lain). 

Kitaorang tanya pada pegawai JKM ni, berapa lama proses nak dapat warganegara untuk baby yang bukan warganegara? Jawapan pegawai JKM tu, lebih kurang 10 tahun..hmm..So sepanjang tempoh tu, apa-apa yang berkaitan perubatan ke apa, akan di caj harga ikut bukan warganegara..

Kitaorang mohon ambil anak angkat melalui JKM sebab nak baby yang warganegara tapi kata pegawai JKM kat situ ramai baby yang bukan warganegara...

Ooo lupa pula kat JKM, anak angkat ni dipanggil anak pelihara..So kalau korang google cari borang untuk daftar ambil anak angkat di JKM ni, cari anak pelihara...Tapi sebaiknya isi borang secara hardcopy je lagi senang. Cuba call JKM kat area korang tinggal & dapatkan borang biasa. Kalau isi yang dalam website tu macam tak ada fungsi je  (boleh baca cerita k.fiezz yang atas ni).

Jadi rumusan interview kitaorang untuk ambil anak angkat di JKM ni tak memberangsangkan. K.fiezz berpegang pada konsep

"Anak angkat ke, anak sendiri ke semua rezeki dari Allah...DIA lebih tahu yang mana terbaik untuk kita. Jadi kita berserah saja padaNYA"...


20 Comments

  1. kna byar jgk ke ambik anak angkat dari JKM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak..maksud pegawai JKM ni kalau kitaorang dpt offer untuk ambil anak angkat dari luar (contoh org offer, terima je tapi kes yang macam ni ada bayaran sikit), so tu yang maksud pegawai JKM byrn 3-5 ribu ni dalam kategori biasa je..nak dapatkan baby dari JKM, tak yah bayaran pun cuma kena beratur tunggu giliran...

      Delete
  2. SA doakan semoga dipermudahkan urusan Fiez nak dapatkan anak angkat..memang lama nak tunggu turn kalau melalui JKM, Abang sepupu pun bayar RM5000 untuk dapatkan anak angkat, borang- borang tu semua memang ada dan siap ada surat perjanjian dengan ibu baby tersebut..antaranya yg SA dengar masa dia citer hari tu..perjanjian yang ibu baby tu x leh tuntut dah anak tu lebih kurang mcm tu la.. surat perjanjian tu SA x pasti under JKM ke apa..slowly ok dan doa banyak..insyaallah kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA..surat perjanjian tu untuk elakkan mak kandung baby mintak semula anak dia..bila interview dah tak berapa nak memberangsangkan macam ni malas nak letak harapan tinggi. Pegang pada konsep, kalau ada rezeki, ada lah nanti...

      Delete
  3. Kalau saya pun agaknya banyak tersasul cakap, sebab kita memang suka bercakap jadi kadang gagal control butir kata. Takpe Fieza, Fieza dah cuba buat yang terbaik.

    Pasal risik orang hospital tu betul, cuma risiko tu tetap ada. Ada yang dah setuju nak beri anak, tiba masanya tak jadi pulak. Sedihlah kan, dah get ready semua. Pendek kata, memang bukan proses yang mudah nak dapatkan anak angkat.

    Semoga Allah kurniakan Fieza semangat yang kuat dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kaseh..insyaallah saya pegang pada konsep kalau dah rezeki tak ke mana..kita dah usaha selebihnya berserah...

      betul tu ujie byk kes macam tu..bila mak kandung tak jadi bagi baby dia bila dah lahir..aihhh tu yang kadang tu malas nak ambil risiko terima offer dari luar..ingatkan guna saluran JKM ni untuk lebih selamat...tapi pegawai JKM yang bagi nasihat macam saya cerita kat atas ni..terus semangat down merudum...

      Delete
  4. Semoga usaha sis dan suami untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan oleh Allah, مِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

    Saya rasa musykil sikit bab pegawai JKM tu nasihatkan untuk accept je offer luar dengan bayaran untuk ambik baby angkat. Risau benda tu illegal i.e. sindiket penjualan bayi. Maaf kalau tersalah cakap sebab kurang pengetahuan proses ambik anak angkat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..Aamiin..Tq Sis..Kat luar ni, saya tak pasti lah illegal ke apa.cuma pegawai JKM tu ajar apa dokumen2 yang diperlukan kalau dapat offer anak angkat dari luar..

      Tapi biasanya sebelum terima apa-apa offer, saya & husband check dulu..Kitaorang tak ada terus melulu terus terima...Risau kan..Sekarang macam-macam kes...

      Delete
  5. Semoga lancar semuanya buat k.fiezz

    ReplyDelete
  6. Berat juga ujian untuk dapat anak nie dan bila ada anak pun masih berat ujian...cuma saya setuju ayat yang las tu...semuanya rezeki dari Allah

    ReplyDelete
  7. Lepas baca entri ni baru tahu rupanya susah juga proses pengambilan anak angkat ni . Kena tunggu bertahun² rupanya . Ingatkan bila dah isi borang permohonan tu lena tunggu beberapa bulan jer . Rupanya lama juga kan .. Semoga dipermudahkan segala urrusan kak fieza dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea kena tunggu giliran yana..klu nasib baik, dapat cepat..kalau tak, tnggu lah sampai giliran sampai...

      Delete
  8. banyak pulak halnya ye...semoga dipermudahkan segala urusan Fieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah byk pulak halnya..ingtkan senang kita guna saluran yg betul macamni..tapi bila pegawainya sendiri bgi advise camni..ermmm, mampu sabar je lah...

      Delete
  9. Ternyata sangat panjang prosesnya ya kak 🤗. Tetap semangat kak fieza ☺️🤗.. kalau dah rezeki, pasti dapatlah tu.

    Saya doakan dilancarkan semua urusan related ini. Saya jadi tahu step2 tentang pengangkatan anak di Malaysia. Ternyata susah juga kalo baby bukan warganegara yaa, lama juga prosesnya sampai 10 THN utk menjadi WN. Biaya pun jadi mengikut utk fee bukan warga negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk fanny..iya agak makan masa juga untuk proses pengangkatan ni..tapi kita cuba lah ikut saluran yg betul supaya nak elakkan masalah di kemudian hari...

      Delete
  10. Dengar jawapan pwgawai JKM macam tidak memberangsangkan.
    Rupanya ramai bayi bukan warganegara. Ingatkan ramai bayi warga Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saya pun baru tahu juga kat JKM ramai baby bukan warganegara..jawapan dan nasihat yang diberi pun so so je..terus down...

      Delete