Tahniah kepada adik mr hubby a.k.a adik ipar k.fiezz yang tamat belajar secara PJJ & 27hb Julai yang lepas dah selesai majlis Konvokesyen UUM 2023 di Sintok, Kedah. Kalau baca entry sebelum, k.fiezz ada mention kitaorang ke utara untuk meraikan konvokesyen adik ipar ni di UUM.
TAMAT BELAJAR DI UUM
Penat lelah beberapa tahun belajar secara pendidikan jarak jauh bawah UUM, akhirnya berjaya juga habiskan belajar & dapatkan segulung ijazah. Moga masa depan yang lebih baik menanti & insyallah dapat jadi pegawai pula lepas ni. Ooo, adik ipar k.fiezz ni seorang anggota beruniform. Dalam proses mohon jawatan yang lebih tinggi berbekalkan segulung Ijazah ni. Moga berjaya sangkut mana-mana jawatan pegawai, Cham..
So kitaorang sekeluarga ke UUM untuk meraikan kejayaan adik ipar ni. Semua ada kecuali adik ipar no.3 tak dapat cuti, wakil isteri & anak dia yang datang.
Sis & mr hubby bersama adik ipar & isteri dia..Tahniah to both..
Memang yang belajar suami tapi isteri kat sebelah bagi sokongan tau..
Note - Sila abaikan baju sis & mr hubby yang duduk kat rumah je tu. haha..
Tengok dalam fb live masa penyampaian Ijazah..Laju-laju snap masa adik ipar naik atas pentas..Mak mertua k.fiezz nak rekod tapi tak berjaya..Tertekan apa entah..Dapat hujung je..
Lepas selesai majlis, jom bergambor..Kitaorang cari tempat yang tak ramai orang sebab dari pintu utama sampai lah kat sekitar Dewan, merata orang ambil gambor..Parking pun susah. Terjumpa port ni tengok tak ramai orang, boleh lah..Patutnya adik ipar yang no.3 bekas photoG, yang ambilkan gambar tapi dah dia tak dapat cuti, kita main snap je..
Ni masa k.fiezz & mr hubby on the way nak hantar adik ipar & wife dia ke Dewan untuk sesi penerimaan Ijazah. Adik ipar sesi petang. Kitaorang dah masuk kawasan UUM ni pukul 1.00 lebih macam tu tapi nak sampai ke Dewan tempat majlis berlangsung, hazab mengadap jammed dari pintu utama sampai lah ke Dewan..Udah lah jarak dari gate utama nak ke Dewan boleh tahan jauh...Bertabah je lah kitaorang..Sesambil duk dalam kereta sangkut dalam jammed, ambil lah gambor..Kat area sini ada jualan berlangsung tapi memang tak lah nak berhenti sebab parking penuh kiri kanan.
Dengan anak buah. Suruh dia feel pegang skrol Ijazah tu. Akan datang turn anak buah pula terima segulung Ijazah macam ni..Aamiin...
Selesai majlis konvokesyen adik ipar ni di UUM..Berjalan lancar. Sis 1st time attend majlis konvo ni, baru lah tahu macamana suasana dia. Meriah betul. Tue lah dulu belajar lagi 1 semester je nak habis, pi berhenti. Geleng kepala..Sendiri yang salah kan..Udah jangan di ungkit kisah lalu. Kita pandang ke hadapan & bersyukur dengan apa yang Allah bagi sekarang...
6 Comments
alhamdulillah tahniah..ye kan bukan senang nak buat pjj ni
ReplyDeletexde ijazah pun xper..dah aada kerja tetap. Cik Nor ada diploma melanguk kt rumah jer..haha
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan menggenggam ijazah :)
ReplyDeleteTahniah untuk adik ipar. Ada semangat untuk sambung belajar walaupun sudah kerja.
ReplyDeleteTahniah! Insyaallah Cuya pon bakal konvo hujung tahun ni
ReplyDeleteSelamat berkonvo ..sama dengan adik CCL . Cuma beza sehari je
ReplyDelete