Hujung bulan lepas, sis & family nun ke Utara untuk meraikan konvokesyen adik ipar di UUM Sintok,Kedah. Ni 1st time k.fiezz ke Sintok, Kedah. Mr hubby tak pasti lah pernah ke tidak sampai ke sini. Untuk k.fiezz, ni pertama kali sampai. Selama ni duk sebut je Sintok..Sintok..Rupanya mak aih jauhnya weiii..Dari KL gerak pukul 11pagi lebih kurang, lepas tu singgah 2-3 tempat dalam perjalanan nak ke Kedah tu, sampai pukul 9-10 mlm lebih kurang. Boleh tahan perjalanan dia..Jauh...Kat sini adik ipar dah booked homestay di Kodiang sebab biras k.fiezz beritahu homestay sekitar Sintok atau berdekatan UUM semua dah penuh sebab konvokesyen ni. Diaorang cari dapat lah kat Kodiang ni. Dari sini nak ke Sintok tak lah jauh sangat, dalam 30 minit lebih kurang. Rupanya UUM ni memang dah hujung utara betul. Baru lah tahu. 1st time sampai..hehe......
Pekan Kodiang..Kecil je..Suasana kampung..
Ni homestay kitaorang..Sebelah ni rumah owner dia. Orang melayu. Ramah owner dia..Masa kitaorang nak check out, dia bagi mangga & asam boi..Lepas check out ni, kitaorang masuk ke Hatyai..Hehe..Pasal Hatyai ni nanti sis story kat entry lain..
Dari bahagian depan homestay kitaorang, mengadap ni. Jalan ni nak ke Stesen KTM Kodiang. Dekat sangat. Jalan kaki pun boleh..Pagi hari ke-3, mama & biras k.fiezz jalan kaki kat area sini cari orang jual breakfast tapi tak ada...
Cuma kat depan ni waktu malam gelap & sunyi sangat tau. Adik ipar & mr hubby nak merokok, berteman sebab gelap betul depan ni..Seram..hehe..Ooo kat sini dalam rumah tak dibenarkan merokok. Kena merokok kat luar rumah..
So ni kat ruang tamu. Lengkap semua. TV pun ada tau. Tak masuk dalam frame gambor pula..hehe..
Tapi no worry lengkap semua ada....Wifi ada ke?Harus ada..No worry...Area ruang tamu ni ada aircond yea uolls.. Nak tidur bentang toto beramai-ramai kat sini pun boleh. Luas...
Kat ruang tamu ada cermin besor ni. Boleh lah nak mekap ke atau nak selfie ootd depan cermin sebelum keluar..hehe..
Bilik utama. Ada bilik air dalam ni tapi tak ada water heater tau. Cuma tandas dia jenis duduk. Mak mertua & mr hubby sepanjang kitaorang kat sini, diaorang guna tandas kat bilik ni sebab nak tandas duduk..
Pasal water heater pula, masa kitaorang ke sini memang cuaca panas pun so memang nak mandi air sejuk je...
Ruang makan 1..Kat luar tu ampaian kain..
Area sini pun ada 1 lagi cermin (sis lupa nak ambil gambor). K.fiezz mekap kat cermin area sini juga sebab dalam bilik tak ada meja mekap & cermin...
Bilik ke-2. Bilik k.fiezz & mr hubby. Mama tumpang tidur dalam bilik ni. Ambil tilam dari bilik ke-3 bawa masuk ke sini letak kat bawah. Dalam almari bilik ni ada extra bantal & selimut...
Bilik yang ada aircond - Master bedroom & bilik ke-2 ni saja.
Bilik ke-3..Katil single 2..Ada almari juga disediakan...
Guna kipas saja kat bilik ni...
Bilik ke-4..Pun guna kipas saja..
Bilik air kat bahagian luar yang kongsi untuk bilik ke-2 hingga ke-4..Sekali untuk mandi & membuang. Cuma tandas yang ni jenis cangkung.
Mesin basuh tu boleh guna tau walaupun semi-manual. Cuma untuk kering, kita kena letak sendiri kat bahagian pengering secara manual. Masa dia pusing untuk kering tu seram bunyi kalau kain letak banyak sangat..haha..Tapi okey je berfungsi..Kering lah kain kitaorang cuci..Tak payah cari kedai dobi...Cuma kena bawa sabun basuh kain je...
Ni kat dapur. Lengkap semua. Ada peti ais, dapur gas, kelengkapan dapur & penapis air..Cuma tu bukan jenama cuckoo @ coway tau tapi boleh je lah kan. Tak payah nak beli air mineral. Selalu kitaorang bila bercuti yang menginap kat homestay tak ada sediakan air tapis, jenuh beli stok air mineral. Nak guna air paip was-was sebab kita duk kat tempat orang so tak pasti air paip kat area situ okey ke idak untuk masak..
Ruang makan ke-2 & sebelah je dengan bilik ke-4..
Nama homestay di Kodiang Kedah yang jadi penginapan kitaorang tempohari..
Peraturan menginap kat sini..
Selepas seharian dalam kereta, baru sampai kat homestay. Wefie sikit..hehe...
Muka penat masing-masing..
Overall homestay di Kodiang yang kitaorang menginap ni selesa sangat. Rumah besar, datang ramai pun boleh sebab ada extra bantal, selimut. Lengkap dengan segala kelengkapan rumah. Cuma untuk makan, kalau yang rajin nak masak tu bawa lah barang memasak. Kalau nak beli makanan siap kat area sini tak ada orang jual. Kena ke pekan Kodiang baru ada orang jual tepi jalan & kedai makan.
Nak on the way masuk ke homestay ni sejuk mata memandang hijau kiri kanan..Rasa betul suasana kampung..
6 Comments
syok tu..leh rehat minda klu dok kg ni..:)
ReplyDeleteNampak luas dan selesa
ReplyDeleteGood review kak fiez. Saya kalau tandas cangkung sengsara sikit sebab sakit lutut hahah
ReplyDeletetgk gambar pun dh tau selesa... bersih jugak
ReplyDeleteSelesa tapi susah cari tempat makan.
ReplyDeleteDrive jauh² dapat homestay yg selesa macam nii tidur nyenyak jer kan ..CCL pernah ada pengalaman dpt homestay yg tak terjaga .. Homestay tue pun adk beradik yg sponser . Kecewa terus dpt homestay yg kotor
ReplyDelete