Sambung entry jalan-jalan Hatyai, lepas makan tengahari driver bawa kitaorang ke Bee Garden dulu sebelum check in hotel. Joms kita ke Bee Garden Hatyai..Sis tak tahu driver bawa kitaorang ke sini, ingatkan lepas makan terus check in hotel, rupanya pit stop dulu kat sini..


BEE GARDEN HATYAI

Sampai je kat sini, masuk dalam kedai kitaorang terus di bawa ke 1 bilik untuk sesi penerangan berkaitan produk berasaskan madu. Bukan setakat dengar, pakej boleh cuba sekali madu yang dah disediakan (sample). Ada lah beberapa jenis madu juga kitaorang cuba. 

Staff kat sini terangkan fungsi & kelebihan setiap produk yang berasakan madu ada jual kat situ. Kalau berminat boleh beli sekali dapat harga diskaun.

Ada salah satu produk yang diterangkan menarik minat k.fiezz & mr hubby untuk beli sebab fungsi dia berkaitan kesuburan tapi harga dia mak aihhh mahainya..Dia ada saiz kecil, sederhana & besar. Hat kecil tu memang kecil betul & harga agak murah lah sikit. Cuma saiz kecil tu untuk seorang makan je. Nak makan kena dua-dua. Adeh. So kena beli saiz besar tapi udah harga dia pula agak mahal untuk kitaorang. Jadi terbantut untuk beli. Mula-mula duk fikir nak beli juga tapi udah bajet tak mencukupi, kita KIV je lah..Nanti try lah cari produk yang lebih kurang sama kat Malaysia ni..Kot ada yang lagi murah..

Lepas sesi penerangan, kitaorang jalan-jalan kat luar pula. Bahagian luar ada taman mini so boleh lah jalan-jalan kat situ. Banyak sudut instagrammable, jadi apa lagi posing time..Nak tengok lebah-lebah pun ada juga. Kat sini kalau tengah jalan-jalan, lebah datang menyinggah kat tangan jangan panik atau lari. Ada notis peringatan kat situ..

Kalau nak beli produk-produk berasaskan madu, keluar dari bilik penerangan pasal madu tu terus masuk ke kedai dia pula. Ada sample makanan kalau nak cuba sebelum beli...Kitaorang ada cuba sejenis asam berasaskan madu. Eh sedap weiii. Rugi sis tak beli. Mak mertua k.fiezz beli...

Jom jalan-jalan tengok sikit sekitar Bee Garden Hatyai...

Bee Garden Hatyai

Bahagian depan Bee Garden...

Bee Garden Hatyai

Ni sebelum masuk ke taman mini..ada seat, moh la setepek gambor dulu..hehe



Bee Garden Hatyai

Pak Long & Abang...

Bee Garden Hatyai

Ni masa sampai-sampai, terus dibawa masuk ke dalam bilik untuk sesi penerangan berkaitan madu...

Bee Garden Hatyai
Staff dia tengah terangkan pada kitaorang...

Bee Garden Hatyai

Sesi mencuba madu-madu..

Bee Garden Hatyai

Jom lah kita minum...

Bee Garden Hatyai

Cik Cham & Abang

Bee Garden Hatyai

Tu tempat lebah..tak berani pi dekat..tengok dari jauh je..hehe

Bee Garden Hatyai

Posing time..Abang, Cik Cham & Pak Long...

Bee Garden Hatyai

Peringatan kalau lebah singgah kat tangan jangan panik @ lari..

Bee Garden Hatyai

Lagi abang dengan Cik Cham & Pak Long..

Bee Garden Hatyai

Mak long & Pak long..Hat ni yang abang tak ada enterprame..hehe..

So lepas jalan-jalan kat sini, kitaorang ke hotel. Duk hotel mana tu?stay tune..hehe..Oo lupa pula masa lawatan kat sini kitaorang beli juga salah satu produk berasaskan madu yang staff tu duk terangkan..ada offer 4 botol berapa ratus bhat entah..Lupa..Tapi k.fiezz bayar semula kat biras RM68/sebotol...Tapi k.fiezz lupa lah fungsi produk yang kitaorang beli tu untuk apa..haha. Cuma ingat staff tu cakap kalau ulser guna produk tu cepat elok..Nanti lah k.fiezz letak gambar produk yang kitaorang beli tu...

14 Comments

  1. Lama dah tak ke Thai.... Tengok gambar-gambar ni rasa teruja la pulak nak ke sana sekarang...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila..negara jiran paling dekat & senang nak ke sana..

      Delete
  2. wah..jauh makan angin kali ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dh kebetulan ke utara,cik nor..terus lah sesat ke negara jiran kita ni...

      Delete
  3. Wahh seronoknya jalan2. Moga seketul Cuya pon dpt ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea sonok cuya..aamiin, cepat buat tabung nak cuti2 ke sana plak, cuya...

      Delete
  4. Replies
    1. x byk sgt sudut instagrammable sbb tmpt dia pun x besor sgt..tpi ni antara yg menarik...

      Delete
  5. Wah dah sampai hatyai . Banyak jugak tempat² viral ..tapi yang paling menarik tempat makan yg so sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai masuk ke sini cari tempat makan yg viral..ada lah juga pi ke 1-2 tempat yg viral..

      Delete
  6. Saya sukaaa sangat madu. Sejak pandemi, dah 3 tahun ini keluarga saya rutin minum madu setelah bangun tidur. At least mengurangi batuk.

    Mungkin kalau saya ke bee garden ini, jadi kalap juga nak beli madu2nya kak 😅😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul amalkan madu untuk kurangkan batuk..saya pun kalau batuk-batuk, cari madu je..

      hah kalau fanny penggemar madu, mmg byk borong kat sini..semua makanan/minuman dia berasaskan madu...

      Delete
  7. Wah ada asam madu.
    Boleh tahan harga madu asli sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada..dah try haritu, sedap..rugi sis tak beli..mak mertua je yang beli...harga2 madu kat sini terutama yg saya & husben nak try tu, mahal..

      Delete