Baru-baru ni mak k.fiezz datang KL. Mak ada bawa sekali beberapa jenis rempah termasuk lah serbuk kerutuk adabi ni. K.fiezz ni jenis mak bagi, ambil je. Tak banyak cerita. Rasa macam tak pernah je masak kerutuk ni. Tak tahu lah rasa dia macamana. Tak apa, tak cuba tak tahu yea tak. Moh lah kita masak. 

Masa mak bagi rempah serbuk kerutuk adabi ni, mak dah beritahu masuk bahan sekian sekian bila nak masak. Tapi sejenis k.fiezz yang ingatan ikan dori ni. Pelupa. hehe. Whatsapp mak, tanya lagi sekali.

Dah dapat confirmation dari mak, moh lah masuk ke dapur fieza sani. Lama tak share resipi kat sini. 

KERUTUK AYAM

Bahan-bahan

  • 1 peket rempah serbuk kerutuk adabi
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 kotak santan (kecil)
  • Garam 
  • Serbuk Perasa Cendawan
Itu je bahan dia...Belakang peket serbuk kerutuk adabi ni ada dibagi juga arahan cara masak kerutuk ni tapi k.fiezz tak ikut. K.fiezz guna cara mak je..Jenis tak berapa rajin macam sis ni memang ambil resipi hat paling senang je..Penat balik kerja nak duk lama-lama kat dapur..hehe..#pemalasbenornya..

serbuk kerutuk adabi

CARA MASAK

  • Panaskan minyak. Lepas tu tumis dulu bawang merah kisarr. Biar kejap sampai naik bau.
  • Baru masukkan rempah serbuk kerutuk adabi. Sebelum tu bancuh dulu serbuk kerutuk adabi ni dengan air, baru masukkan dalam periuk/kuali.
  • Kacau-kacau, biarkan kejap, baru masukkan ayam. Kacau-kacau ayam bagi sekata dalam rempah kerutuk. Biarkan sampai ayam masak & mendidih. Nampak ayam dah masak, letakkan santan. 
  • Lepas tu biar kejap, baru masukkan garam & serbuk perasa. Try lah rasa ikut kesesuiaan lidah masing-masing, yea...
  • SIAP

Sedap tak?Okey, sedap. Licin..Mr hubby pun nampak macam suka je sebab ratah ayam tu sampai habis. Yeay..Lulus untuk masak lagi nanti..hehe..

K.fiezz letak gambar atas ni kat whatsapp status. Ayat k.fiezz "tak pasti rupa kerutuk memang macamni ke idak sebab 1st time masak". Lepas tu kawan pejabat k.fiezz komen, warna kena lebih gelap & berminyak..Lepas tu masa menumis bagi lagi lama sikit. Baik..ai ai chief..hehe...Officemate k.fiezz cakap kerutuk ni makanan belah Kelate & Terengganu. Kata kawan k.fiezz ni juga, kalau guna daging lagi sedap tapi pastikan daging di potong besar sikit..

Tak apa lain kali sis cuba lagi. Tadi mak tanya sedap ke idak. K.fiezz cakap dah licin..hehe..So maksudnya sedap le tu..

Mak k.fiezz cakap, lain kali dia bawa lagi rempah serbuk kerutuk adabi ni..Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan..hehe...

7 Comments

  1. Nampak simple je resipinya. Boleh dicuba ni.

    ReplyDelete
  2. Nak bikin, tapi bumbu kerutuk nya itu tak ada 😄. Harus beli sana kayaknya. Dari penampakan seperti masakan Kalio di Indonesia. Tapi saya tak yakin Krn tak pernah rasa kerutuk kan. Jadi memang lebih aman beli bumbunya di sana dulu, baru try bikin 😁. Beberapa kali beli bumbu dari Malaysia tiap liburan, dan rasanya selalu sedap kak. Saya suka beli untuk stok banyak di rumah tiap kali kesana 😄

    ReplyDelete
  3. ammi suka lauk kerutuk ni...pendek kata segala lauk yang rich in flavour ammi suka

    ReplyDelete
  4. Patutlah tak pernah dengar masakan Kerutuk..
    Masakan orang pantai timur ngupenyaa

    ReplyDelete
  5. Saya memang tak reti masak tapi ada perencah mudah macam ni teringin juga nak cuba

    ReplyDelete
  6. Kitorang di rumah tidak pernah masak kerutuk tapi tengok bahan tambahan sedikit sahaja.

    ReplyDelete