Sis baru je bertukar ke Sunscreen Mama Choice pula, uolls..hehe. Gediks. Saja tukar ke mineral sunscreen ni sebab sesuai untuk ibu mengandung. Nama brand dia pun Mama's Choice.. Sis feeling konon mana lah tau kot nanti lekat, tak ada lah berisiko pakai chemical sunscreen. Hasil pencarian sis di Mr Google sunscreen untuk ibu mengandung, mineral sunscreen atau physical sunscreen ni yang dicadangkan sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan. Kenapa mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan?

Sebelum tu macamana k.fiezz tahu sunscreen mama choice ni dalam kategori mineral sunscreen. Sis mencari dalam Mr Google. Jumpa beberapa website menyenaraikan jenis mineral sunscreen yang ada di Malaysia ni. Jadi sis pun cari lah per satu dalam shopee untuk survey harga. Dalam banyak-banyak mineral sunscreen yang tersenarai, sunscreen mama choice ni dalam kategori harganya mesra poket walaupun agak mahal untuk 1 saiz yang tak besar sangat. Berkira juga mulanya nak beli sebab risau tak tahan lama. Nanti tengah bulan kena beli lagi. Tapi dah nama sis yang kedekut ni, sis kurangkan kuantiti penggunaan (haha), lagipun sis bukan bekerja yang terdedah sangat pada cahaya matahari..Itu yang sis berani kurangkan kuantiti sunscreen. Harapnya cukup lah untuk melindungi kulit k.fiezz dari sinaran UV bila berada di luar rumah..

FUNGSI MINERAL SUNSCREEN @ PHYSICAL SUNSCREEN

Berbalik kepada topik kenapa mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai untuk preggy & breastfeed mummy. Sebab kandungan utama dalam mineral sunscreen atau physical sunscreen ni adalah Zinc Oxide & Titanium Dioxide yang berfungsi  untuk wujudkan penghalang pada kulit. Senang faham, 2 bahan aktif dalam mineral sunscreen ni memantulkan semula sinar UV dari permukaan kulit bukan menyerap seperti chemical sunscreen. Bila tak menyerap masuk ke dalam kulit secara logiknya, lebih selamat sebab dia melindungi kulit di luar saja & tak masuk ke dalam badan. Jadi sebab ini mineral sunscreen sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusukan badan. 

Selain tu mineral sunscreen atau physical sunscreen ni sesuai juga untuk kulit kering & sensitif. Risiko untuk iritasi kesan pemakaian mineral sunscreen atau physical sunscreen ni pun lebih rendah. Tekstur dia pekat tapi ada kesan whitecast (putih). 

Kelebihan mineral sunscreen ni senang nak guna sebab tak perlu serap dalam kulit & terus bagi perlindungan segera. Untuk orang yang ada kulit sensitif pun sesuai guna mineral sunscreen @ physical sunscreen. Selain dari kulit sensitif tak boleh ke pakai mineral sunscreen @ physical sunscreen ni..Meh saja nak kongsi info yang k.fiezz ternampak di fyp Tik Tok ni..Mana tau ada yang nak beralih kepada mineral sunscreen @ physical sunscreen untuk jenis kulit selain dari sensitif.

JENIS MINERAL SUNSCREEN @ PHYSICAL SUNSCREEN UNTUK  JENIS KULIT

Bawah ni jenis mineral sunscreen atau physical sunscreen untuk kulit sensitif, kering, berminyak & berjerawat. Saja share kot ada yang mencari mineral sunscreen atau physical sunscreen mengikut jenis kulit.

KULIT KERING @ SENSITIF - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis krim.
KULIT BERMINYAK @ JERAWAT - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis gel.
KULIT SENSITIF - Pilih tekstur mineral sunscreen @ physical sunscreen jenis spray (lebih senang nak apply, bersih, praktikal & mudah untuk re-apply..

SUNSCREEN MAMA CHOICE 

Masuk semula kepada topik pasal sunscreen mama choice ni, K.fiezz dah rasmi guna awal bulan lepas. Untuk sunscreen jenama ni ada 1 saiz saja (30ml). Tempoh ketahanan setakat ni k.fiezz guna dari awal Julai sampai sekarang (awal Ogos) masih ada lagi isi dia. Tapi sis pakai berkira sebab harga dia agak mahal juga untuk k.fiezz. haha. Patutnya kena pakai 2 ruas jari tapi sis guna 1 jari je. hehe. Nak jimat...

K.fiezz beli 2 ketul, 1 guna kat rumah & 1 lagi guna kat pejabat lepas solat. So far dua-dua ni masih ada lagi. Jadi k.fiezz anggarkan 1 tiub ni (30ml) boleh guna 1-2 bulan untuk seorang. Ni anggaran k.fiezz je tau. Mungkin kalau yang jenis ikut aturan pemakaian yang sepatutnya boleh tahan 1 bulan, macam sis yang kedekut ni guna 1 ruas jari je tahan hampir 2 bulan..haha...

Nak tunggu betul-betul habis baru k.fiezz restock beli yang baru sebab nak tengok berapa lama sebetulnya boleh tahan 1 tiub ni. 

Advantage sunscreen mama choice ni dia sekali moisturizer & sunscreen. Jimat lagi duit di situ..hehe. Tak payah beli pelembap. Pakai ni pun cukup sebab 2 dalam 1..


sunscreen mama choice, mineral sunscreen,sunscreen untuk ibu mengandung

Kotak dia..Comel...

sunscreen mama choice, mineral sunscreen,sunscreen untuk ibu mengandung

Kandungan & fungsi sunscreen mama choice
> Rice extract (melembap dan membantu kulit nampak lebih berseri)
> Mineral Sunscreen (membantu melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB yang boleh menyebabkan kulit jadi  kusam)
> Hyaluronic Acid (tingkatkan kandungan air dalam kulit untuk mencegah penuaan)

Sesuai untuk ibu mengandung, menyusu badan & semua jenis kulit..

sunscreen mama choice, mineral sunscreen,sunscreen untuk ibu mengandung

Kandungan sunscreen mama choice


sunscreen mama choice, mineral sunscreen,sunscreen untuk ibu mengandung

Cara pakai Sunscreen Mama Choice

1. Letakkan sunscreen pada 2 ruas jari.
2. Pakai 15 minit sebelum memulakan aktiviti di luar.
3. Ratakan sunscreen pada keseluruhan muka. 
4. Re-apply setiap 4 jam.

No. 4 tu sis tak ikut. Sis guna > 1x pagi & petang lepas solat zohor > 1x. Tu je.. 

REVIEW SIS GUNA SUNSCREEN MAMA CHOICE

K.fiezz dah guna sunscreen mama choice ni lebih kurang sebulan lebih, setakat ni serasi & tak alami sebarang masalah pada kulit. Untuk kesan whitecast rasanya macam tak ada pun pada kulit k.fiezz. Cuma kena pastikan sapu rata pada keseluruhan muka sampai sunscreen mama choice betul-betul blend dengan kulit. 

Untuk sunscreen mama choice ni tekstur dia jenis krim dan sederhana pekat. 

Overall sis pakai okey & serasi dengan kulit. Alhamdulillah.. Maintain yang ni je lah sebab sekali pelembap & sunscreen. Kalau idak sis ni , sunscreen lain moisturizer lain. Udah lah sebelum ni pakai moisturizer jenis mahal..haha. Dah jumpa yang 2 dalam 1 macam ni, jimatttt..hehe..Maklumlah sekarang ni serba serbi barang mahal so cuba berjimat  yang mana perlu. Cantik pun nak juga so ada sunscreen mama choice ni senang sikit sebab 2 dalam 1...

Sesiapa yang tengah mencari sunscreen untuk ibu mengandung, boleh lah cuba sunscreen mama choice ni. Harga agak berpatutan & tahan lebih dari 1 bulan (bergantung kepada kekerapan penggunaan juga). Nak tahu sila lah cuba sendiri, yea..Sis anggarkan saja berdasar pengalaman sendiri. Itu pun berjimat pakai..haha..

5 Comments

  1. kotak dia cute pula corak macam tu

    ReplyDelete
  2. Agaknya itu yang mahal Mama Choice sebab ada pelembab.
    Baca penerangan Puan Fiezz rasa macam hendak cuba juga.

    ReplyDelete
  3. waaahh boleh try jugak nti. skrg duk guna safi gold hehe

    ReplyDelete
  4. menarik jugak sbb sunscreen yg sy pakai asik oos je tu yg rasa nk cr yg baru

    ReplyDelete
  5. Pemilihan Sunscreen yg tak tinggalkan white cast yg berlebihan pada skin itu lebih selesa ..kadang pakai sekejap dah nampk white cast ..bercapuk

    ReplyDelete