2 minggu lepas k.fiezz dapat email dari JPA. Ingatkan mula-mula email tu k.fiezz kena bertugas jadi PA ganti kat pejabat atasan. Sekali bila baca lebih detail, surat tukar sis untuk pusingan kerja JPA..Uwaaaa..JPA ni kejam tau..Kita dah selesa kat tempat sekarang, eh tetiber suruh keluar..Dengki..haha...

SURAT TUKAR DARI JPA - PUSINGAN KERJA

Benornya dah lama dengar pasal pusingan kerja JPA ni. Sebelum COVID lagi tapi lepas tu kita PKP 2 tahun, terus senyap pasal isu pertukaran ni. Legaaa buat sementara..

Dan sekarang lepas dah habis segala PKP, JPA meneruskan misi untuk menukarkan penjawat awam dah lama kat satu-satu Kementerian yang sama melebihi tempoh 7 tahun dan ke atas. Sis lah tu antara penjawat awam yang bertahan di Kementerian sama hampir 16 tahun..Oppss...hehe...

K.fiezz dari mula masuk kerja kerajaan sampai sekarang tak pernah keluar dari Kementerian Kerja Raya cuma bertukar Bahagian-bahagian saja. hehe. Kali ni sampai giliran nama naik untuk bertukar. 

Bulan lepas 2 orang PA dah dapat surat tukar untuk pusingan kerja JPA macam k.fiezz ni. 

Bulan ni, giliran k.fiezz pula kena keluar. Bertukar ke mana tu, k.fiezz?


pusingan kerja jpa

Hello Kementerian Komunikasi & Digital....

pusingan kerja jpa

Seperti surat kat atas tu, Isnin lepas (21hb) k.fiezz melaporkan diri. Mula-mula ke KKD Putrajaya ni dulu. Lepas tu k.fiezz kena lapor diri ke Jabatan baru yang bakal k.fiezz bertugas di kawasan Kuala Lumpur..Alhamdulillah dapat kat kawasan KL juga tapi sedih sebab kena keluar dari Kementerian sekarang...


fiezasani..

Dalam lif KKD di Putrajaya..Muka tu macam nak ke tak, nak ke tak nak..haha..Tapi kena nak juga lah sebab sebagai penjawat awam Saya Yang Menjalankan Amanah...

fiezasani

Lepas setel lapor diri di Ibu pejabat KKD di Putjrajaya, sis ke sini pula..
Hello Jabatan Penerangan WPKL & Putrajaya


TANGUH 2 MINGGU

K.fiezz mohon tangguh 2 minggu sebelum bertugas di pejabat baru. Nervous sis...Pertama kali ni keluar dari Kementerian Kerja Raya..Harap-harapnya kat pejabat baru nanti smooth je & sis boleh sesuaikan diri. Nak sesuaikan diri ni, rasanya memang ambil masa.  Cuma harapnya k.fiezz boleh adapt dengan perubahan di Jabatan baru & cara kerja yang berbeza. Walaupun kerajaan tapi setiap Jabatan/Kementerian ni cara kerja berbeza..Suasana tu pun confirm lain juga. Jadi harapnya yang baik-baik je kat Jabatan baru nanti..

Paling penting harapnya boleh serasi dengan bakal bos yang k.fiezz akan jaga...

DUP DAP DUP DAP...

10 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan kerja hakiki

    ReplyDelete
  2. Lama tu…hampir 16 thn di Kementerian sama.
    Selamat bertugas di tempat baru, suasana baru, pengalaman baru 💪🏼

    ReplyDelete
  3. 16 tahun di Kementerian yang sama tup2 kena tukar ke tempat baru. Kalau saya pun nervous, kena sesuaikan diri dgn boss baru, suasana & budaya kerja baru, kawan2 baru.
    Insha Allah sekejap je rasa nervous tu. Caiyok2x sis! 💪🏻

    ReplyDelete
  4. Oo..misi pusingan kerja tu ke. Alahaiii risau pula la kita. Sebelum inipun nama kita dah naik juga ni

    Btw gud luck kak fieza

    ReplyDelete
  5. Kementerian baharu ini lebih gah dan glamer sikit...sesuai juga dengan Fieza sebagai Blogger Digital

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas di tempat baharu. Banyak event tu nanti di Penerangan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah akak .. Dalam gembira memang sedih jugak kan . Bila dh lama bekerja & dh mula selesa tiba² nak kena tukar ..nak tak nak kena juga . Semoga kak fieza cepat sesuaikan diri dgn tempat kerja baru & cepat sesuaikan diri dgn boss dan kawan² baru . Enjoy your work & new enviroment

    ReplyDelete
  8. Semoga semuanyak baik-baik sahaja untuk akk, insyAllah

    ReplyDelete
  9. Nasib baik tukar di KL juga.

    ReplyDelete