Penjimatan duit belanja makan hari Jumaat lepas di pejabat. Baru nak story kat blog. Busy betul nak buka laptop kat rumah. Bukan sibuk apa pun, sibuk tengok tv. hehe. Ceritanya hari Jumaat lepas, pagi k.fiezz bawa breakfast dari rumah. Homemade tau. Kegigihan masak breakfast. K.fiezz bila masak untuk breakfast, k.fiezz masak malam sebelum. Dalam pukul 10mlm macam tu k.fiezz masak lepas tu biarkan dalam kuali. Cuma tutup je tak nak bagi berkuap/basi. Pagi esok bangun awal sikit, panaskan je. Kalau banyak masa lagi, siap goreng telur lagi..haha. Ni kalau tak rushing

Biasanya k.fiezz buat breakfast ni hari yang mr hubby kerja dari rumah. Tapi ni tengok tahap kerajinan k.fiezz juga. Sebab kadang kepenatan juga nak masak makan malam, lepas tu nak sediakan sarapan pagi pula untuk esok. Aihhh penattt..Kalau tak penat sangat, k.fiezz masak.

JIMAT DUIT BELANJA

Biasalah dah masuk tengah bulan ni, kita berjimat cermat sikit dengan bawa bekal ke pejabat. 


kuew teow goreng

Homemade sarapan pagi - Kuew Tiow Goreng + Telur
Ni tak rushing, tu yang siap goreng telur lagi..hehe..

nasi goreng kampung

Tengahari - Bos k.fiezz belanja Nasi Goreng Kampung untuk semua staff.

Terima kasih bos. Moga dimurahkan rezeki lagi..Ceritanya bos k.fiezz belanja ni sebab pegawai-pegawai dia tak dapat keluar rehat masa hari Jumaat lepas. Ada kerja kena buat. Itu yang dia belanja makan tengahari ni..Pilihan nasi goreng ni k.fiezz yang pilih sebab bos bagi duit suruh k.fiezz beli. Blur kejap. Terus turun cari makanan apa yang sesuai. Mula nak beli nasi ayam kunyit kat food truck depan pejabat, eh sekali food truck tu tak buka pula hari Jumaat lepas. Terus k.fiezz & member ke cafe JKR, cari menu apa yang ada..Nak senang pilih Nasi Goreng Kampung je untuk semua..

Alhamdulillah ada pegawai cakap Nasi Goreng Kampung ni sedap. Legaaa..Risau tau nak pilih makanan untuk orang lain ni. Takut tak sedap & tak kena kat tekak..

tealive chocolate

Lepas makan, ada pegawai pula belanja TeaLive. Tengah k.fiezz lepak kat pantry, member datang tanya k.fiezz nak air apa sebab ada pegawai belanja. K.fiezz pilih hot chocolate sebab pejabat k.fiezz dah cukup sejuk, so minum air panas je lah. Pilih flavour chocolate sebab memang favourite k.fiezz...

Alhamdulillah jimat duit belanja..hehe..Moga dimurahkan lagi rezeki pada bos & pegawai yang belanja makan dan minum ni..

Mini love sikit..hehe...

5 Comments

  1. Hehe kira hari tersebut tidak keluar duit sendiri langsung untuk makanan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..murah rezeki org yang belanja tu..:)

    ReplyDelete
  3. Semoga dimurahkan rezeki si pembelanja tu . sedapnya nasi goreng kampung

    ReplyDelete