Tips Cili Kisar Tahan Lama
Meh nak kongsi dengan korang untuk cili kisar tahan lama. Siapa geng buat sendiri pes cili kering, sep sikit. Kita geng. Sebelum k.fiezz try & error buat tips ni, cili kering kisar k.fiezz tak tahan lama. Selalu jadi berkulat kat belah atas pes. Bila nak guna k.fiezz buang dulu bahagian atas yang dah berkulat tu. Kenapa guna juga kalau dah berkulat?Sebab k.fiezz tengok bahagian bawah elok lagi. Jadi ikut logik belah bawah elok lagi k.fiezz guna je. Alhamdulillah tak ada pula effect sakit perut ke apa.
TIPS CILI KISAR TAHAN LAMA
Sampai lah ada sekali tu k.fiezz cuba letak bawang putih bila nak buat pes cili kering. Saja try & error juga lah sebab ada terbaca yang bawang putih anti kulat. Lepas dah tahu pasal ni, k.fiezz cuba lah letak sekali bawang putih bila buat pes cili kering ni. Bila dah cuba, eh cili kisar k.fiezz tahan lama & tak ada dah masalah berkulat bila tak digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan hari-hari masak yang kena guna pes cili kering ni. Jadi kadang tu agak lama tak bersentuh. Bila tengok hasil try & error menjadi. Yeay suksess suksess..hehe.. Sejak tu nak buat cili kisar, k.fiezz akan letak bawang putih sekali.
Jom tengok cara penyediaan pes cili kering cara k.fiezz.
K.fiezz ada kongsi juga tips kat mak untuk buat cili kisar tahan lama letak bawang putih. Pes tahan lama tak ada berkulat tapi mak k.fiezz kurang percaya. Jadi bila mak datang rumah k.fiezz & kebetulan cili kisar dah habis, mak buat cili kisar cara mak. Letak minyak tapi tu lah cili kisar tak tahan lama..Tak apa lah masing-masing punya cara..K.fiezz pernah guna petua letak minyak masak bila nak buat pes cili kering ni tapi memang tak tahan lama sebab kulat naik kat permukaan pes cili.
Ni cuma tips je yang k.fiezz praktikkan & menjadi untuk k.fiezz. Tak pasti untuk orang lain. Nak tahu, boleh lah cuba sendiri...
Nanti k.fiezz update lagi gambar lepas 2 minggu, pes cili kering ni naik kulat ke tak...
Untuk yang nak mencuba tips cili kisar tahan lama ni, SELAMAT MENCUBA...
Update ~ Cili Kering Kisar selepas 2-3 minggu. Bawah tu ada tarikh k.fiezz snap gambar cili kisar terkini…
7 Comments
wah...boleh cuba petua ini...macam best jer...tapi saya dan famili jarang makan makanan yang pedas-pedas
ReplyDeletelah kne sejukkan die dlu ke..ha AD selalu stress sebab die berkulat atat tu..boleh cuba nih
ReplyDeleteCara kita lebih kurang sama la Fiez, cuma SA x letak bawang putih tapi letak minyak masak masa blend..insyaallah tahan lama
ReplyDeleteAkk tk try ke letak cili pes ni dalam freezer? Cuya biasa blend banyak2, lepastu sebahagian letak dalam bekas majerin yg kosong dan simpan dalam freezer.
ReplyDeletebila nak pakai, baru nyahbeku kejap dari freezer.... kalau letak dalam freezer lagi lama boleh pakai sebab dah beku kan..
Akk boleh la cubaa
Ok terima kasih. Selalu ingat letak minyak baru tahan lama. Selalu kisar sedikit cili.
ReplyDeleteTq share kak fieza
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips ni!
ReplyDelete