Stok Baju Terpakai Elok Lagi Tapi Jarang dan Ada Tak Pernah Pakai
Cuti baru-baru ni, k.fiezz 5s baju jalan-jalan yang melambak dalam almari. Hat mana selalu pakai, letak ikut kategori supaya senang nak ambil. Jenis t-shirt letak sekali, baju yang jenis iron susun sekali, lepas tu jenis cardigan & baru lah seluar.
Mana yang tak pernah pakai dan ada yang baru pakai sekali dua, lepas tu bersimpan cadangnya nak bagi kat orang. Hat baju tak pakai ni samaada besar, labuh kat k.fiezz ataupun sis tak berapa berkenan design dia. Kalau yang besar & labuh tu kebanyakan beli online, masa beli tak nak berpikir, baju dah sampai bila cuba tak berapa ngam dengan badan sis. Adeh..Ada tu fesyennya tak berapa menarik kat mata k.fiezz tapi gatal pi beli. Suka benor terpengaruh bila tengok orang buat live jual baju. Lepas tu bila beli tak berpakai. Ater nak buat apa dengan baju terpakai ni..Letak bersimpan dalam almari pun, lama-lama baju tu rosak sendiri. Sayang je. Membazir beli tapi rosak, lepas tu buang..Hah, tu lah kerja sis...
So k.fiezz fikir bagi lah baju terpakai yang elok lagi ni kat akak cleaner tempat keja k.fiezz. Akak tu badan dia lebih kurang k.fiezz je & rasanya dia muat pakai baju terpakai k.fiezz ni. Kalau dia tak muat pun, boleh bagi kawan-kawan..
7 Comments
sama ngan MA, x rajin ank jual preloved..mostly memang sedekah kan je... yg elok2 la, yg x elok x de la.
ReplyDeleteSaya rasa saya pun perlu juga buat aktiviti ni. Almari tu dah minta disusun balik mana yang pakai dengan mana yang tidak.
ReplyDeleteCuya rasa sebelum ni pon akk ada up entri pasal baju kan...hahahhaha
ReplyDeleteBanyaknya baju akak! Mesti suka skroll tiktok malam2 ni.
Akk jgn skroll tiktok malam2 kak, memang beracun! kikiki
Kak fiezaaaaa, kita samalaaah 😄. Saya pun tak nak repot pasang2 baju tak terpakai ke medsos atau jual ke market place macam Tokopedia, shoppe, Bukalapak dll . Hrs foto, pasang harga, dan paling repot packing dan kirim 🤣🤣
ReplyDeleteDah paling betul sedekahkan saja 😄.
Cepet bersih.
Skr ini saya lagi belajar minimalis. Termasuk isi lemari. Terkadang ingin sangaaat kayak orang jepang yg bajunya sedikit tapi bisa padu padan. Cuma saya tak bisa juga kalo seperti itu
Akhirnya saya putusin, tiap kali beli baju baru, misalnya 4 baju, artinya hrs ada 4 baju lama yang saya sedekahkan. Jadi lemari tak menumpuk. 😁.
cik nor msk group sedekat kat FB..kalau ada org nak diorang just bayr kos pos jer..:)
ReplyDeleteSayapun tidak sesuai beli baju sedia ada macam baju kurung memang tidak ikut saiz badan betul.
ReplyDeleteSamalah baik beri pada orang atau letak dalam tong baju terpakai yang disediakan.
CCL last buat 5s ni masa bulan puasa hari tue . Baju yang mana dah taknak pakai yang masih elok sedekah jer . Almari pun padat ..bila buat sesi clearance ni bernafas la sikir
ReplyDelete