Penangan EKSA baru ni kat pejabat, habis semua nak dibalut dengan wallpaper sebab ada balance lagi. K.fiezz balut kotak A4 yang jadi tempat simpanan kasut extra kat bawah meja. Ikut prosedur EKSA cuma 2 pasang kasut saja di benarkan untuk letak bawah meja so yang berpasang-pasang lagi, sis buh dalam kotak A4 ni. Sebelum ni k.fiezz tak terfikir pula nak balut. Ni baru terfikir balutkan je lah kotak ni bagi nampak elok sikit. Mulanya ingatkan tak apa kotak ni letak bawah meja masa sesi audit EKSA, rupanya tak boleh. Masa audit, kena letak kotak ni kat tempat lain. Laaa kisah..

Eh tapi biarkan lah di situ, balut je lah dengan wallpaper bagi nampak elok sikit. Nanti lepas dah habis audit EKSA, sis letak juga kotak ni bawah meja semula. 

BALUT KOTAK DENGAN WALLPAPER

Bila buat EKSA baru ni, ada kawan pejabat bawa wallpaper jadi kita gunakan lah sebaiknya. Jangan membazir gitu. hehe..

First k.fiezz balut kotak A4 yang jadi tempat penyimpanan kasut lebihan bawah meja. Patutnya 2 pasang kasut saja dibenarkan. Selebihnya kita buh lah dalam kotak ni. Idak lah nampak bersepah bawah meja. Lagi satu bila dah balut ni, cantiklah sikit rupa..


Ni hasilnya lepas balut dengan wallpaper. Tak berapa kemas sangat balutan dia..Tapi biorkan lah di situ. Janji cantik...


Ada lagi balance, bawa sikit balik rumah, balut kotak untuk letak stok plastik sampah kat rumah. Baru lah semangat sikit tiap kali nak ambil plastik sampah..hehe


Tadaaa..Siap..Cantik sikit rupa tempat letak plastik sampah ni...


Ada lagi balance, balut pasu bunga kat pantry ni pula. haha..Tak ada kerja sungguh lah...


Lepas sesi balut..Tak berapa kemas sangat sebab bentuk dia bulat agak jenuh juga nak membalut..

Bila benda dah ada depan mata, jangan membazir konsepnya..Kita buat apa yang patut macam ni untuk mencantikkan lagi barang tersebut. Contoh macam kotak tu boleh jadi tempat letak kasut, nampak lah elok sikit bila letak bawah meja..Orang pun tak boleh nak agak, ada apa dalam kotak tu..hehe

TAK KREATIF TAPI SUKA DEKO

K.fiezz ni tak lah kreatif sangat, tapi k.fiezz suka kemas dan bersih. Deko ni suka juga tapi tangan tak berseni. Buat juga lah kadang tu deko ikut citarasa sendiri tapi kat rumah je..Kat pejabat ke apa, memang tak lah sis nak bagi idea...Kang kena reject, sis is sentap..haha..So nak buat dekorasi ke apa, kat rumah je..Mr hubby komen lebih-lebih, sis merajuk je..haha..Tapi biasanya kat rumah k.fiezz pentingkan kemas, bersih & teratur. Deko-deko ni jarang buat sebab rumah kecil. Tunggu lah dah pindah rumah beli tahun depan, sis deko-deko..Tak sabar nak dekorasi rumah tahun depan..hehe...

SUKA DEKO TAPI TAK KREATIF...


5 Comments

  1. rajinnya. tapi memang senang guna wall paper ni. sebab dia ada self sticker. tak gaduh dgn gam dan selotape

    ReplyDelete
  2. leh geng la ngan MA ni.. suka bab balut2 ni
    nampak cantik & kemas je.. kannn

    ReplyDelete
  3. Saya pun hazab sikit bab kreativiti mendeko ni... Bilalah saya nak pandai agaknya hehe

    ReplyDelete
  4. Itulah kadang-kadang takut orang kritik tidak cantik.
    Apapun yang penting kemas.

    ReplyDelete
  5. Cantik kotak tue selepas dibalut . Nampak mahal .. Benda boleh jimatkan why not diy jerr . Yang penting rajin

    ReplyDelete