Kotak plastik lutsinar untuk simpan stok barang dapur. Dah macam nak buka kedai kalau tengok stok k.fiezz kat rumah tu. hehe. K.fiezz memang ada stok barang-barang dapur sebab mr hubby memang jenis suka beli extra. Dia malas sat gi bila k.fiezz nak masak atau ada barang yang nak guna 'sayangg barang sekian sekian dah habis'. Hah, tu yang dia beli extra.

Cuma bila ruang dapur kecil, semua stok ni letak dalam kotak coklat bawah ni & sikit dalam almari. Tapi kotak ni ataupun dalam almari tu ada kelemahan sikit, lipas selalu masuk. Kalau ada packaging yang dah bukak, memang k.fiezz tak letak semula dalam kotak coklat atau almari. Confirm tak lama lepas tu lipas bermaharajalela masuk dalam packaging yang dah di buka tu.  Biasanya k.fiezz letak stok makanan yang tak buka lagi dalam kotak coklat atau almari. Hat dah buka separuh, k.fiezz simpan bakinya dalam peti ais. Tapi tu la semua letak dalam peti ais, dah naik penuh dalam tu. Peti ais pula kecil. Aihhh..Masalah di situ. Itu yang k.fiezz terfikir nak cari kotak plastik lutsinar untuk ganti kotak coklat ni. Mula cari kat Mr. DIY tak jumpa. 

KOTAK PLASTIK LUTSINAR

Baru ni kitaorang shopping sikit barang dapur kat Lotus, k.fiezz ternampak kotak plastik lutsinar ni. K.fiezz cakap kat mr hubby nak beli sebab nak letak stok barang dapur. Nak gantikan dengan kotak coklat ni.

Mr hubby cakap okey je. Masa beli kotak plastik lutsinar ni ada 1 warna & 1 saiz je. Dari segi warna k.fiezz suka sebab senang nak tengok barang apa yang ada dalam kotak ni. Saiz pula puas hati, semua stok barang dapur muat dalam ni. 

kotak plastik lutsinar

Sesi pindahkan stok dapur dari kotak coklat ke kotak plastik lutsinar...

kotak plastik lutsinar

Tadaaa..Penuh stok cuma kotak plastik lutsinar ni memanjang, makan ruang & bila lalu kat area ni kaki asyik terlanggar dengan kotak.. So mr hubby cadangkan pindah kotak ni letak bawah sinki..Kena air pun tak apa sebab bertutup elok. Paling penting lipas tak boleh menyelit masuk. Kadang pelik macamana lipas boleh masuk dalam plastik yang kita dah sepit/ikat elok. Entah celah mana dia masuk. Hah dah letak dalam ni, puas hati..Ko usya je lah dari luar yea lipas..haha..

NAK BELI LAGI KOTAK PLASTIK LUTSINAR


Lepas dah beli ni, mr hubby cakap nanti bila-bila beli lagi untuk bawa selimut, bantal bila travel / balik kampung. Senang masukkan je semua dalam kotak ni, hah..

K.fiezz setuju..Senang juga macam tu..

Harga?

RM39.90

9 Comments

  1. Bagus macam ni, kemas tapi masih tak lost track barang2 ada di dapur atau tak

    ReplyDelete
  2. Ada tengok juga hari tu... Tapi tak beli sebab belum gaji... Next lepas gaji la ingat nak g beli...

    ReplyDelete
  3. masa duduk rumah apt dulu ginilah keadaannya barang-barang dapur, sabun-sabun bagai. Dah masuk dalam transparent box ni stack up memasing kat bawah cabinet sinki. kemas sikit.

    ReplyDelete
  4. Senang bila dah ada kotak organizer mcm ni....
    Bukan masalah lipas je...kadang2 cicak, tikus...huish...
    Susah juga ada binatang lain dlm rumah ..hahaha

    ReplyDelete
  5. rumah cik nor pun ada..buat simpan pinggan mangkuk..recomended..:)

    ReplyDelete
  6. Bertutup memang lipas tidak boleh masuk. Gigitpun tidak boleh.

    ReplyDelete
  7. sy guna kotak ni utk simpan tudung bawal dan towel.. hehe.. senang nampak

    ReplyDelete
  8. Lagi kemas simpan barang dlaam kotak lutsinar ni berbanding simpan dalam kotak .. Tahan lama kalau guna kotak lutsinar ni, kotak pun tak ada la nak koyak² nanti

    ReplyDelete