Siapa yang baca blog k.fiezz, tahu lah yang sis ni pengguna setia cleansing balm untuk cuci mekap. Sejak sis guna teknik double cleansing ni, jarang dah jerawat nak menyinggah kecuali time nak period. Stok cleansing balm ni k.fiezz biasa beli dari Shopee. Cleansing balm yang sebelum ni k.fiezz beli kat shopee bertahan hampir 6-7 bulan. Wahh serius lah tahan lama? Yea sebab sis beli yang size 100g. Setiap kali guna,ambil sikit je jadi memang boleh tahan lama. Macam k.fiezz guna seorang je tak berkongsi jadi cleansing balm memang boleh tahan lama. 

Entry berkaitan <AVOCADO CLEANSING BALM >

RESTOCK CLEANSING BALM

Hujung bulan lepas, cleansing balm k.fiezz dah habis. Jadi kena restock cleansing balm lain. Jenuh yea mencari kat shopee sebab semuanya dari China. Sis nak yang ready stock kat Malaysia tapi tak jumpa. Kebanyakan semua dari China. Alaaaa..Nak tak nak order juga lah sebab stok cleansing balm memang dah habis. Baru ni ada lah k.fiezz beli kat Tik Tok tapi saiz comel je. Saiz besar ada tapi mahal. K.fiezz nak cleansing balm yang murah-murah je, itu yang cari kat Shopee..hehe..Kalau hat comel tu untuk travel sesuai sebab senang nak bawa dalam beg.  

Scroll punya scroll kat Shopee, k.fiezz pilih avocado cleansing balm. Order 3 Julai & 12 Julai sampai..Selepas 3-4x duk out for delivery, cleansing balm sampai pun ke rumah. Geram je tengok masa out for delivery berhari-hari. Masa hari yang dijangka barang sampai selepas kali ke-4 out for delivery, k.fiezz dah cakap kalau tak sampai juga ni memang nak click Request Refund. Geram sangat kenapa kurier buat main-main out for delivery berhari-hari..

Ngam hari  yang sepatutnya sampai, avocado cleansing balm ni selamat sampai depan rumah. Legaaa..Fobia pula lepas ni nak order cleansing balm kat shopee tau..

cleansing balm, avocado cleansing balm

Terbaru Avocado Cleansing Balm...

cleansing balm, avocado cleansing balm

Bau dia tak ada lah kuat sangat, just nice gitu...

REVIEW AVOCADO CLEANSING BALM

Mekap senang keluar. Tak perlu nak tonyoh beria sangat pun. Lembut je gosok pada muka lepas tu bilas. Masa bilas, boleh nampak kotoran mekap keluar dengan jayanya & lepas cuci dengan air, boleh rasa kulit lembut dan lembap je.  

Korang kalau ada masalah kulit & jerawat selalu muncul kat muka, cuba lah teknik double cleansing ni. Cara Korea ni, tau. Ambil masa untuk nampak perubahan tapi boleh nampak kesan dia lepas kita dah praktikkan dalam jangka masa lama. 

Nak baca pasal teknik double cleansing, boleh google je..K.fiezz pun ada kongsi pasal teknik double cleansing balm ni kat blog. Boleh try cari..

Berapa harga avocado cleansing balm ni?
RM7.90/ satu

Berapa berat?
100g

Tempoh ketahanan?
3 bulan ke atas (bergantung kekerapan penggunaan)

LOVE CLEANSING BALM..

6 Comments

  1. Saya selalu double cleansing wajah sejak sebelum nikah kak. Tapi saya prefer pakaj milk cleanser + toner. Kebetulan ada brand lokal yg saya udah cocok sejak lama utk milk cleanser nya.

    Baru setelah itu pakai facial wash.

    Tapj saya pernah pakai cleansing balm. Iseng nak coba. Pilih brand Korea, COSRX. Krn skincare saya memang pakai brand mereka sejak lama.

    Ternyata cocok juga, dan memang cleansing balm ini mudah sangaaat membersihkan make up. Tak perlu susah diusap berkali2.

    Makanya saya lagi mikir untuk switch first cleanser dari milk lotion ke balm 😄

    ReplyDelete
  2. bagus ni..nk kna cari jgk ni..:)

    ReplyDelete
  3. Cuya pernah juga dengan double cleasing..tapi Cuya tak pernah try
    takut juga nak cuba, takut tak serasi..

    ReplyDelete
  4. Murah betul dan tahan lama.

    ReplyDelete
  5. Wah . Boleh cuba . Ccl pun cuka pakai cleansing balm ni untuk remove sisa makeup . Sambil tue boleh urut² kulit wajah

    ReplyDelete