Lama tak share pasal shopee ni sejak-sejak sis dah beralih arah shopping kat Tik Tok..hehe.. Kali ni k.fiezz nak kongsi sikit cara cancel order shopee. Baru-Baru ni mak minta k.fiezz belikan air gamat untuk opah k.fiezz yang baru lepas operate kaki. Cadangnya mak nak bagi opah minum air gamat ni untuk bagi cepat luka operate elok. Sebelum ni pernah beli air gamat kat Shopee untuk mak. Bila k.fiezz nak ulang beli kat kedai yang sama, dah habis stok lah pula. Jadi cari lah kedai lain yang ada jual air gamat ni. Cari punya cari, jumpa satu kedai (boleh rujuk nama kedai kat bawah) ni yang ada jual air gamat. K.fiezz beli botol kecil saiz 125ml, harga RM10.90. 

BUAT BAYARAN TAPI BARANG TAK BERGERAK

K.fiezz buat pembelian dan bayaran pada 2 Jun 2023 tapi 3hb Jun 2023 dapat chat dari seller, air gamat saiz kecil ni dah habis stok. Patut lah pelik, biasa bila buat bayaran kejap je dah ada update barang tengah packing. Ni senyap je sampai esok. Rupanya dah habis stok. Udah yang kecil habis, k.fiezz tanya lah yang besor ada lagi tak tapi seller tak jawab, weiii. Adeh ni nak meniaga ke idak..Hari Isnin k.fiezz chat lagi tanya order yang dah buat tu macamana. Kena cancel dulu ke sebab nak order yang baru punya untuk saiz besor. Pun tak jawab..Geram betul dapat seller macamni, tau. Nak meniaga ke idak ni. Tapi k.fiezz terus je cancel order air gamat saiz kecil ni. Nasib baik seller cepat approved & sekejap je duit dah masuk balik dalam shopee pay. Duit dah masuk, moh lah mencuba nasib beli lagi tapi saiz besor pula kali ni. 

CANCEL ORDER SHOPEE KALI KEDUA UNTUK BARANG YANG SAMA

K.fiezz re-order air gamat saiz besor dari kedai yang sama. 6hb Jun 2023 buat bayaran tapi sampai pagi 7hb Jun tak ada apa-apa update juga. Aihhhh...Kedai dah nak tutup ke ni...

Petang lepas tengok masih tak ada apa-apa update, k.fiezz chat dengan seller lagi sekali. 

Pagi 7hb baru lah seller jawab. Apa dia cakap? Boleh rujuk gambar perbualan kitaorang gambar bawah ni..

                                                      cancel order shopee


cancel order shopee


Lepas dah confirm air gamat tak ada stok juga yang saiz besor. Jom kita cancel order shopee ni untuk kali ke-2..hehe..K.fiezz siap pesan kat seller, tolong approve sebab salah dari pihak seller juga. Barang dah habis yang duk jual lagi dah kenapa..Kemaskini lah dalam akaun, barang dah habis stok...

Satu lagi bila chat dengan seller, kalau beritahu nak cancel order jangan taip cancel tu dengan ejaan betul sebab shopee ni sensitif sangat. Satu kesalahan besor kita sebut CANCEL tu, jadi letak lah simbol X macam k.fiezz buat atau taip salah ejaan perkataan cancel macam seller ni buat.

 

CARA CANCEL ORDER SHOPEE

cancel order shopee

1. Klik cancel order.


cancel order shopee

2. Pilih kenapa nak cancel order shopee ni
Untuk kali ke-2 ni k.fiezz pilih others/change mind. Masa yang kali pertama k.fiezz pilih tukar order (saiz)..

cancel order shopee

Sekejap je dapat notification cancel order shopee k.fiezz di luluskan dengan cepat oleh seller..
Nanti semak je dalam shopee pay duit refund. Dalam ni dia tulis 1  hari tapi kejap je. Tak sampai sejam, k.fiezz dah dapat duit refund semula. Tapi ni mungkin sebab kesilapan dari pihak seller & proses senang tak banyak dakwa dakwi..

MISI MENCARI LAGI AIR GAMAT

Jadi misi mencari air gamat diteruskan lagi tapi kali ni k.fiezz chat dulu seller ada stok ke idak. Penat asyik nak cancel order shopee je. Sat gi sis kena banned sebab macam scammer pula..

K.fiezz tak beli dah dengan kedai ni, cari kedai lain. takat ni nampak tak banyak kedai yang jual air gamat ni. Air gamat dah habis stok ke? 

Mak k.fiezz benornya nak air gamat dalam botol lama, tak mau yang botol baru. Dalam shoppe yang k.fiezz jumpa banyak dah tukar packaging baru. Aihhh jenuh..K.fiezz dah chat dengan 3 seller yang jual air gamat dalam packaging lama tapi setakat ni belum ada jawapan lagi. Tengok nanti macamana. Kalau tak ada juga, tak ada lah beli sebab mak k.fiezz nak botol lama..#cerewet mak sis ni tau..hehe..

Benornya mak k.fiezz ada beli air gamat dalam botol baru tapi mak cakap tak sedap. Tak ada rasa macam air gamat. Warna air gamat yang dalam botol baru pun jernih je. Kalau botol lama, air gamat dia warna kuning cair macamtu..Sebab ni yang mak k.fiezz nak air gamat dalam botol lama juga. 

Jadi harapnya antara 3 seller yang k.fiezz dah chat ni, ada response & masih ada stok air gamat dalam packaging botol lama..

update - Alhamdulillah ada 2 seller jawab chat k.fiezz di shopee & beritahu masih ada stok lagi air gamat dalam packaging lama. K.fiezz beli kat kedai yang first jawab chat..

AIR GAMAT..ooo AIR GAMAT...


2 Comments

  1. Pelik juga tidak boleh taip cancel. Padahal bukan suka-suka hendak batalkan.
    Apapun nasib baik dipermudahkan pulang duit dan jumpa juga stok dikehendaki.

    ReplyDelete
  2. seller tu x jawab soalan fiez ye.. slow la diorg. oo lepas ni kena ingat tulisan cancel tu sensitif.. tw fiez for sharing

    ReplyDelete