Buka Rupanya Kedai Liza Ikan Bakar Kinrara Ni. Ingatkan Tak Beroperasi
Kedai Liza Ikan Bakar Kinrara ni dekat je dengan rumah k.fiezz. Sebelum ni banyak kali lalu kat depan kedai ni tapi tak pernah nampak buka. Sampai k.fiezz & mr hubby pernah lah kutuk kedai ni. 'Bila masa lah bukanya, tiap kali lalu asyik tutup je'. benornya bukan apa kat area rumah kitaorang tu tak banyak kedai makan tau. Bila nampak ada kedai makan melayu ni, ada lah pilihan tempat makan lain selain dari mamak. hehe. Cuma itu lah banyak kali lalu kat sini tak pernah nampak buka. Itu yang jadi musykil masih meniaga lagi ke tidak owner kedai ni..
EH BUKA RUPANYA...
Nak jadi cerita ada sekali tu masa on the way balik ke rumah, lalu kat depan kedai ni. Hari kerja tapi kitaorang cuti masa tu. Ada appointment hospital rasanya. Masa lalu depan kedai Liza Ikan Bakar Kinrara ni, baru lah pertama kali kitaorang lalu & nampak kedai dia buka. Dah nampak buka tu, kitaorang singgah makan tengahari sebab masa tu memang tak makan dari pagi. Biasa lah appointment hospital, tak sampai petang, tak sah. Kita ni dengan tak makannya. Memang perut dah berbunyi-bunyi..
Udah nama kedai pun ada ikan bakar, harus lah menu utama ikan bakar. Pilihan ikan bakar ada beberapa jenis. Tak silap k.fiezz yang ada ikan pari, kembong & 2-3 jenis lagi (tak ingat), lepas tu ayam bakar pun ada & lauk-pauk kampung yang beraneka jenis. Ulam-ulaman.
Pilhan lauk-lauk pun boleh tahan juga banyaknya. Untuk ikan bakar wajib ada air asam. So air asam ada 2 jenis. Ada sambal belacan, tempoyak juga. Eh memang rambang pula mata nak ambil yang mana satu.
Bila dah rasa lauk dia kat sini memang kena dengan tekak. Cukup rasa. Air asam dia paling kitaorang suka. Sedap..Ikan bakar tu makan panas-panas lagi sedap..Sedap ni subjektif tau. Ikut tekak kitaorang, lulus piawaian. Tak pasti tekak orang lain. Nak tahu sila cuba sendiri..hehe...
6 Comments
rezeki lah tu blh mkn lauk bakar2 panas2 lagi..hehe
ReplyDeleteTerliur pula baca post ini
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeleteUishh sekejap betul waktu operasi dia eh, mesti sedap ni
ReplyDeleteWaktu operasi tidak panjang pula itu yang nampak tutup.
ReplyDeleteKerabu taugeh memang sedap kan.
ReplyDelete