Duk scroll tik tok, tersangkut blender jus buah mini ni. Udah lah k.fiezz ni sejenis cepat terpengaruh. Bila duk scroll, scroll Tik Tok asyik keluar je orang review blender jus buah mini ni, laju jari ni tekan masukkan dalam bakul. hehe. 

BLENDER JUS BUAH MINI

Sampai-sampai je terus rasmikan. Eh cuci dulu lepas tu baru lah guna tanpa was-was. Dalam kotak blender jus buah mini ni ada apa lagi? Check it out gambar yang bawah ni. Ada kabel, penutup, getah untuk letak kat blender. Getah ni mula-mula k.fiezz tak perasan.Patut lah bila kisar susu kurma, asyik meleleh je rupanya getah tak letak..hehe...  

K.fiezz masa beli blender jus buah mini ni memang dah aiming nak buat susu kurma. Kalau jus buah, tak berapa nak rajin tapi barang dah ada, nanti lah free-free k.fiezz cuba bebila ada beli buah..

blender jus buah mini

Ada kabel, penutup, blender & getah (tak ada dalam gambar sebab tak perasan)...


Ni video k.fiezz rasmikan blender jus buah mini..K.fiezz buat susu kurma masa bulan puasa...Konon nak buat hari-hari tapi lepas berbuka je, dah tersandar kekenyangan campur pula dah minum air..hehe..so k.fiezz buat susu kurma ni ikut kerajinan & bila rasa perut tu macam longgar sikit lepas dah berbuka..hehe..Perangai betul k.fiezz ni..

BEST TAK BLENDER JUS BUAH MINI?


Okey,best. Lagi senang blender ni dah sekali dengan penutup. Jadi lepas je kisar, tanggalkan tempat kisar tu & ganti dengan penutup. Tak payah salin dalam cawan atau bekas lain. Letak je penutup dah boleh terus minum...Senang sangat. Boleh tengok video k.fiezz atas ni kalau nak tahu macam mana cara dia. 

Berapa harga blender jus buah mini?

RM29.99 + delivery RM1.90 = RM31.89

K.fiezz beli ni di Tik Tok tau so harga kat platform shopping yang lain tak pasti. Kalau rasa mahal, boleh try survey dulu. 

MOGA MAKIN RAJIN BUAT JUS BUAH..hehe...

6 Comments

  1. SA ada simpan dalam cart..blom check out lagi...

    ReplyDelete
  2. Ibu MA pun pernah beli, kes terjebak jugak la

    ReplyDelete
  3. liez belum terjebak lagi beli benda ni.. ada gak rasa nak beli tapi duk berkenan benda lain dulu hehehe

    ReplyDelete
  4. boleh minum jus sihat2 fiez lepas ni. senang boleh terus guna bila tukar penutup

    ReplyDelete
  5. Senangkan ada blender untuk buat air sahaja. Takdelah campur guna blender cili.

    ReplyDelete