Salam Aidilfitri korang...Ya Allah baru nak update k.fiezz oiii. Busy sungguh lah kan..hehe.. Malas nak cakap, busy apa pun tak tau..Raya tahun ni turn k.fiezz (Sg.Siput) dulu. hehe. Pagi raya, macam biasa lah sesi bersalam-salaman & makan-makan. Jom layan gambar-gambar je lah yeak..

SESI WAJIB DI PAGI RAYA - BERGAMBAR..

Pagi raya, macam biasa sesi bersalam-salaman dulu. Lepas tu bergambar & baru lah makan..hehe. 

Untuk sesi bergambar tahun ni, gigih sis bawa Gimbal yang mr hubby belikan sebelum COVID tapi k.fiezz jarang guna Gimbal tu sebab nak bawa casing dia besor. Konon k.fiezz beli lah selfie stick kat Tik Tok sebab terpengaruh punya pasal. Sekali belum rasmi guna, dah patah..haha. Tunjuk k.at mr hubby, suruh repair kan. Sekali mr hubby kata tak boleh nak repair. Kecuali kalau jumpa tempat pemegang stick tu yang terpelanting masa k.fiezz nak keluarkan handphone. Ceritanya masa lepas terpelanting tu, k.fiezz cari juga tapi tak jumpa...Entah celah mana dia terpelanting. Tak nampak. Terus buang lah ceritanya selfie stick tu. Malas nak fikir.

Tu yang mr hubby cakap, gimbal dia belikan beribu tu tak mau guna. hehe. Terus k.fiezz macam 'okey'..hehe..

Jadi bawa lah si gimbal tu balik kampung untuk mudahkan sesi bergambor. Udah semua nak masuk dalam gambar, siapa nak tangkapkan. Jadi itu lah gunanya si gimbal..hehe...Dah beli mahal-mahal, kena lah pakai supaya tak membazir tak digunakan. 

fiezasani

Di pagi raya..Tema tahun ni nude..Memang favourite colour k.fiezz yang ni..hehe...

fiezasani

Auchhh..Sesi bersalam & berciuman (khas untuk suami isteri saja yea..hehe)..


fiezasani

Mari lah bersalam-salaman dengan ahli keluarga pula..
Alamak hat mr hubby tu silap adjust pula. Tak nampak penuh...

fiezasani

Nak juga khennn..over..hehe...

fiezasani

Menu di pagi raya..

fiezasani

Dengan mak..Dua beranak ni memang suka benor lah bergambor ni, hah..Pantang hala kamera, onz saja...haha...

fiezasani

Baju raya k.fiezz dari tepi..haha..Baju ni lah yang k.fiezz beli kat Tik Tok tu..Ni beraya kat kampung opah k.fiezz pula di Manong, K.Kangsar..Time ni tengah panaih lit lit okey. Duk dalam rumah, mr hubby cakap dah macam kena salai..haha.. Menitik peluh..Tambah rumah opah k.fiezz atap zink pula & cuaca masa raya ni, tengah membahang panas...Masing-masing dah tak tahan..K.fiezz pun masa ni dalam baju, macam air terjun peluh keluar..haha...

fiezasani

Dengan Iman Hannan, anak kepada sepupu k.fiezz. Masa ni kitaorang tengah lepak bawah pokok sebab duk dalam rumah masing-masing kepanasan tak tahan...Elok pula sepupu k.fiezz ni baru sampai, tu yang try dukung Iman Hannan ni. Nak pula dia dengan k.fiezz. Rupanya dia nak dengan orang perempuan je. Lelaki dia tak mau..Kezahhhnya...Patut lah k.fiezz pegang, mau saja...

fiezasani

Ni masa raya ke-2. Tema campur..Kebetulan k.fiezz, mr hubby, adik & anak buah pakai biru. Mak & abah pakai baju warna hijau. Jadi biru + hijau tema di hari raya kedua...
Masa ni kitaorang tengah bersiap nak pi open house adik sepupu...Lepas tu k.fiezz & mr hubby terus nak ke Ipoh untuk raya kat sana pula...


fiezasani

Dah cakap kan dua beranak ni pantang di halakan kamera..Aje ngan suka je..hehe


fiezasani

Hah, kata nak pi open house adik sepupu k.fiezz. Mana gambor. Hmmm, ceritanya kitaorang sesat..haha. Nak patah balik dari tempat sesat tu ke rumah adik sepupu, makan masa 40 minit. Mr hubby dah bising. Udah bergaduh laki bini dalam kereta. Mr hubby marahkan k.fiezz sebab salah set maps...hmmm...Penyudahnya terus je lah ke Ipoh...
Sampai Ipoh, terus beraya ke rumah mak saudara mr hubby ni je. Budak kecik tu pula, rupanya masa ni dia dah start demam tapi k.fiezz & mr hubby tak tahu. Dari dalam kereta dia duk suruh berhenti kat stesen minyak, katanya nak kencing rupanya pakej muntah sekali.  Lepas tu kat rumah mak saudara mr hubby ni, lagi sekali dia muntah. Dah muntah tu  dia terus tidur sampai lah kitaorang balik. On the way nak ke rumah mama, lagi sekali dia muntah..Udah asyik muntah dah baper kali ni, sebelum balik rumah bawa dia ke klinik...

fiezasani

Sampai kat klinik ni, Dr check & kena cucuk se-das..Lepas tu Dr suruh pantau tengok lepas cucuk dia ada muntah-muntah lagi tak. Lepas turn dia, mr hubby pula check dengan Dr ni sebab dah start rasa badan tak sihat.

Lepas kitaorang keluar dari klinik ni, singgah jap kat SpeedMart yang 1 barisan dengan klinik. K.fiezz je masuk nak beli air 100 plus, Dr suruh bagi kat Iman air ni sikit-sikit sebab dia banyak kali muntah. Untuk top up balik tenaga. K.fiezz keluar dari speedmart, tengok kereta mr hubby tak ada. Tunggu lah kejap. Tak lama tu mr hubby datang semula. Rupanya masa tengah tunggu k.fiezz tu, si Iman ni udah nak terberak benor. Tu yang mr hubby patah semula kat Klinik ni suruh dia gi tandas kat situ. So k.fiezz masuk balik dalam klinik tengok Iman..Pintu tak tutup rapat. Sekali k.fiezz pandang kat lantai bilik air, seluar dia dah terkena najis..waaaa...apa ni apa ni..haha. Sis tak pernah yea alami situasi ni sebab belum ada anak sendiri lagi..haha...

K.fiezz keluar balik, ambil seluar Iman dalam kereta & masuk semula kat klinik. Pi kat tandas. Selesai je si Iman tu membuang air besor, k.fiezz suruh dia basuh seluar dia yang dah terkena najis itu..haha...Sis, memang tak lah nak cucinya. Iman try cuci seluar yang dah terkena najis tu tapi tak berjaya sebab nak jadi cerita pula air dalam tandas kat klinik tu, kecik...Jenuhhh..Penyudahnya k.fiezz suruh Iman masukkan seluar dia yang terkena najis itu dalam plastik & buang dalam tong sampah kat tandas klinik tu je. Bau dia..Adeh...Kembang kempis nahan hidung...haha..K.fiezz syak mungkin effect cucuk yang Dr bagi sebelum tu rasanya kot..

Minta maaf lah kat Dr & staff Klinik yang kitaorang pi tu sebab ada tinggalkan bauan kurang enak & buang seluar yang terkena najis kat situ..Sebab k.fiezz tak nampak kat mana ada tong sampah. Kalau ada tong sampah kat luar, memang k.fiezz dah buang yang kat tong sampah luar...By the way, umur Iman dah 11 tahun yea. Kang korang ingat sis dera budak pula sebab suruh dia cuci seluar yang dah terkena najis tu..hehe..

Ni memang pengalaman baru untuk k.fiezz yea sebab tak pernah alami memandangkan sis pun belum ada anak sendiri lagi. Jadi bila kena handle budak yang ter berak dalam seluar ni, sis macam blur kejap nak buat apa..Nak marah pun ada tau..haha...

RAYA KE-3, MR HUBBY DEMAM

Cerita raya k.fiezz & mr hubby raya pertama & kedua je lah lepas tu raya ke-3 mr hubby demam sampai seminggu lebih kurang. Lepas dah elok demam ni pula,badan mr hubby macam lemah & tak bermaya. Nak berjalan ke mana pun tak ada mood. Lagi satu risau pula menyebar virus kat orang lain. K.fiezz pula berjangkit dari mr hubby, raya ke-5. Nasib tak lama sangat demam macam mr hubby. Lepas dari k.fiezz demam, salah seorang adik ipar pun sama. Jadi raya ni memang kitaorang tak pi mana-mana pun sebab tak larat & takut menyebarkan virus. Sat gi orang marah...

Aihhh..Mr hubby pula sebab demam kejap elok kejap idak, sampai 2x ulang ke hospital sg.siput. Sekali ingat nak buat test darah tapi hospital tak nak buat sebab kitaorang ingatkan denggi & kedua bacaan oksigen mr hubby drop masa check kat rumah.  

Ke klinik pun 2x juga. Sekali kat Ipoh & sekali kat Sg Siput. Sabor je lah. Demam mr hubby siang elok, nak masuk Maghrib panas balik. Selain tu tengok simptom macam COVID pun ada tapi bila test negatif. Jadi banyak lepak kat rumah je. Nasib lah kitaorang pun mohon cuti lama, konon nak berjalan sekali masa raya, sekali demam..Apa pun tak boleh..Melepekkkk je lah duk kat rumah. Makan ubat, makan ubat & makan ubat sampai mulut pun pahit rasa ubat..Orang lain makan kuih raya, rendang..Kitaorang makan ubat..haha..

So itu je lah cerita raya k.fiezz & mr hubby tahun ni. Raya dua hari je, yang lain melayan demam berhari-hari (mr hubby)...

Okey apapun sempena hari raya ni, k.fiezz menyusun jari sepuluh andainya ada terkasar bahasa dalam entry kat blog sis ni. Kadang tak perasan, sedap je menaip tanpa sedar ada terguris hati dan perasaan orang lain. Jadi sekali lagi, sis insan biasa mohon ampun dan maaf pada semua pembaca blog sis yang rajin singgah ke sini..kosong-kosong hokay...hehe...

SELAMAT HARI RAYA, SEMUA....KITA RAYA SEBULAN..hehe..Tapi macam sekarang pun tetap sis duk terperap kat rumah juga..Hmmm, napa yea..Ada lerrr..Nanti sis update... ;)


6 Comments

  1. selamat hari raya fieza..jga kesihatan diharu raya ini..:)

    ReplyDelete
  2. Patut lama senyap tapi memang betul cuti lama
    Kasihan suami Puan Fiezz lama demam tidak elok. Dugaan.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya di sini...

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya iman.. tak sihat dia tu. selamat hariraya maaf zahit batin fiez.. baru nak ucap hihi

    ReplyDelete