Percubaan IVF Kali Ke 2 - Frozen Embryo Transfer
Untuk yang baca blog k.fiezz ni, mungkin tahu rawatan IVF yang k.fiezz & mr hubby cuba buat dalam usaha dapatkan baby. Bulan Ogos/September tahun lepas, k.fiezz ada cerita pasal perjalanan rawatan IVF kali pertama kitaorang & hasilnya tak menjadi. Huhu.
Boleh baca sini, entry berkaitan < Mencuba Kaedah IVF Kali Pertama Untuk Hamil > .
K.fiezz & mr hubby ada 1 lagi frozen embrio. Awal bulan ni, k.fiezz & mr hubby teruskan percubaan rawatan IVF buat kali ke-2 dengan frozen embryo transfer (FET). Macam k.fiezz beritahu awal tadi, kitaorang masih ada baki satu saja lagi frozen embryo (dibekukan). Atas faktor usia k.fiezz, tak tunggu lama kitaorang terus proceed dengan frozen embryo transfer (FET) kali ke-2..
So menjadi ke tidak percubaan kali ke-2 ni..
PROSES FROZEN EMBRYO TRANSFER (FET)
5hb Mei 2023, k.fiezz & mr hubby ke PPUKM lagi sekali untuk proses frozen embryo transfer (FET) yang berbaki lagi satu saja lagi.
Sebelum frozen embryo transfer ni, Dr akan scan dulu rahim & tengok ketebalan dinding rahim sesuai ke tidak untuk buat embryo transfer. Masa scan ni, alhamdulillah ketebalan dinding rahim k.fiezz memang sesuai 12mm, mengikut kata Dr, ketebalan yang sesuai untuk penempelan embrio atas 10mm. Bila scan, ketebalan rahim k.fiezz sesuai Dr setuju untuk teruskan frozen embryo transfer (FET).
Sehari sebelum, Profesor yang handle kes k.fiezz maklumkan pukul 10pg esok (5.5.2023) kena berada kat hospital.
Esoknya, dalam 9.30pagi k.fiezz & mr hubby dah sampai kat hospital. K.fiezz masuk dulu & mr hubby cari parking. Lepas buat pendaftaran, tunggu giliran. Sambil tu kena tahan kencing. Tak boleh kencing sampai sejam selepas transfer. Ni untuk memudahkan masa proses frozen embryo transfer. Doktor boleh nampak dengan jelas keadaan dalam rahim kita sebelum nak masukkan embrio.
K.fiezz memang dah sedia maklum pasal ni. so masa sampai tu terus pi kencing dulu. Dah siap kencing baru gi daftar. hehe. Ngelat. Tapi k.fiezz tak risau sebabnya sis ni sejenis senang nak kencing jadi dalam masa menunggu giliran sebelum kena panggil tu, memang dah penuh air kencing balik dalam pundi kencing sis ni..haha..
PROSES MENUNGGU 2 MINGGU (2 WW)
SELESAI 2 MINGGU MENUNGGU
NAK ULANG LAGI TAK IVF
Jadi bila buat rawatan IVF ni, bak kata seorang pegawai tempat k.fiezz kerja ni sebab dia pernah buat IVF juga. Bila kita dah melabur belasan atau puluhan ribu untuk buat rawatan IVF, jangan harapkan hasil dia seperti yang kita nak. Anggap kos untuk IVF ni duit tepian kita guna yang hasilnya 50-50...
Untuk yang bakal mencuba kaedah IVF, SELAMAT BERJAYA..Kuat okay dari segi mental,fizikal dan kewangan (paling utama)..hehe...
K.fiezz & mr hubby buat masa ni nak healing dulu. K.fiezz nak rehatkan kejap diri dari fikir pasal baby, pregnant buat masa ni. Nak pulihkan semula badan, emosi. Ikutkan k.fiezz dah putus asa nak cuba pregnant, rasa harapan tu macam tipis sebab faktor usia. Entah lah..Bagi k.fiezz dapatkan semula semangat macam sebelum ni untuk terus mencuba sampai berjaya (Insyaallah)...Aamiin..
8 Comments
Hugssss...
ReplyDelete:(
Allahuakbar.. Ana yg baca dari awal sampai habes ni pun menitik air mata.. Pernah dgr jugak ttg IVF ni betapa perlunya kekuatan mental,fizikal,kewangan & lain-lain.. Moga akak diberi kekuatan, ketabahan & rezeki yang baik utk masa depan :)
ReplyDeletejangan putus asa fieza..ikhtiar selagi boleh..kakak Cik Nor 9thn kawen baru dapat zuriat..insyaAllah..perancangan Allah itu yang terbaik utk kita
ReplyDeleteMasya Allah kuatnya sis! Sekurang2nya sis dan suami dah ikhtiar sehabis baik, rezeki tu datang dari Allah. Semoga rezeki zuriat tu akan datang jugak dekat sis & suami, ameen YRA...
ReplyDeleteSebelum dapat anak sulung, saya pernah buat rawatan kesuburan jugak tapi setakat ambik pil je, tak sampai buat IVF lagi. 2x buat, 2x gugur. Lepas tu pasrah je, cuba sibukkan diri sambung Master sebab taknak fikirkan sangat pasal zuriat. Alhamdulillah masa sambung belajar tu tiba2 dapat tau pregnant anak sulung. Subhanallah cantik aturan Allah, kalau pregnant awal memang ke sudah takkan sambung belajar 🥰
Yakin Allah tu sebaik-baik perancang dan everything happens at the right time 🤗
Semoga ada rezeki kak
ReplyDeletesaya bersimpati dan mohon reda dengan ujian begini...ada hikmahnya...in sha Allah
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun. Moga Allah beri yang lebih baik.
ReplyDeleteApabila baca pengalaman Puan Fiezz, rasa lagi berat ujian daripada saya.
Allahuakbar... be strong, pedulikan org nak ckp apa pun. semua ni aturan & ketentuan dr Allah. Allah uji sbb Allah tau akak kuat utk hadapi semua ni..
ReplyDeletehugs dear...