Minggu lepas k.fiezz & family mertua berbuka puasa di Berjaya Times Square, pakej sekali staycation di apartment Times Square. Wah kemain staycation kat Times Square, mesti mahal kan?Nak kata mahal tu tak pasti lah tapi rate apartment yang kitaorang dapat masa duk kat sini RM299 (kalau tak silap), booked melalui Agoda. Part ni adik ipar yang uruskan. Mula-mula booked 1 malam je. Adik ipar & mr hubby discuss nak tengok dulu apartment dia okey ke idak sebab bila baca review macam kurang memberangsangkan tapi lepas dah check in & tengok keadaan apartment tak lah teruk benor, so adik ipar & mr hubby decide tambah lagi satu malam. Untuk tambahan ni terus direct deal dengan owner. Mula-mula owner letak harga RM400 tapi lepas bincang punya bincang, dapat RM350.00 (kalau tak silap juga), sebab k.fiezz dengar gitu-gitu je proses tawar-menawar ni..

STAYCATION DI APARTMENT TIMES SQUARE

Apartment Times Square yang kitaorang sewa ni ada 2 bilik. Sorry tak ada gambor tau sebab biasa lah sis ni sejenis pemalu sikit nak ambil gambor bila dah ramai (walaupun family mertua je, tetap sis pemalu.hehe)..K.fiezz cerita je lah yea apartment yang kitaorang menginap selama 2 malam kat Times Square ni. 

Macamana ke rupa apartment Times Square yang jadi tempat penginapan kitaorang selama 2 malam ni?

So let's k.fiezz share. Masuk je dari pintu utama, lalu bahagian dapur yang ada sinki, kabinet dapur (lengkap dengan kelengkapan macam cawan, piring/pinggan, sudu, garfu), microwave, mini peti ais. Lepas tu baru ke ruang tamu pula yang ada perabot (sofa, tv, meja makan, meja komputer). Next  bilik pula. Ada 2 bilik, satu katil king size & extra tilam, bilik air (yang ni ada bath tub). Satu lagi bilik dua katil single & sharing bilik air. Kat ruang tamu ada extra katil singleOverall okey apartment dia. Tak lah seteruk macam baca dalam review kat Agoda cuma  salah satu bilik air, pengaliran air dia tak cantik. Bertakung kat lantai & sinki. Adeh..Failed sikit kat situ. Bilik air satu lagi tak ada masalah.

Hah, lebih kurang macam tu lah gambaran aparment times square yang kitaorang menginap minggu lepas. Sorry tak ada gambor..hehe...

BERBUKA PUASA KAT DALAM TIMES SQUARE


Dah duduk kat sini, kitaorang ambil sekali buffet berbuka puasa di Berjaya Cafe, Berjaya Times Square. Rate RM12X / seorang.. Cafe ni kat tingkat 14. 

Untuk buffet ramadhan ni sampai 9.30mlm. Berkonsepkan citarasa bandar, pelbagai jenis menu berat, pencuci mulut, air, buah-buahan & kuih-muih. Masuk je kat situ, macam-macam jenis menu sepanjang laluan dari pintu masuk sampai ke dewan makan. Rambang mata sis nak ambil yang mana. Banyak sangat. Kitaorang duduk kat sini dari pukul 7mlm sampai 9.30mlm. haha. Surau ada disediakan, so lepas solat boleh sambung lagi makan. Sambil makan ada orang menyanyi juga tapi dalam 2-3 buah lagu je lepas tu diaorang tukar ke dewan sebelah pula. Gilir-gilir gitu..

Menu yang ada, tak silap k.fiezz - kambing golek, kari kepala ikan, masakan berlauk, nasi putih, nasi hujan panas, makanan barat, beraneka pencuci mulut, kuih-muih, buah-buahan, air panas, air sejuk..


buffet ramadan times square

Tunjuk gigi masing-masing..hehe..

buffet ramadan times square

Ni menu pilihan k.fiezz. Perut sis jenis kecil jadi memang ambil portion sikit. Sis kalau bawa ke makan jenis buffet macam ni rugi sebab makan tak banyak..


apartment times square

Ni sebelum berbuka, baru lepas check in. Wefie sikit dalam bilik..K.fiezz & mr hubby duk sebilik dengan mak mertua & adik ipar.  K.fiezz, mak mertua & adik ipar tidur atas katil, mr hubby tidur kat tilam extra. Kitaorang dah siap bawa toto, risau tak cukup katil. Dah sampai sini, lega tengok ada tilam extra & katil besor...


So hari kedua, kitaorang ke jalan TAR untuk cuci mata & berbuka puasa kat apartment je. Buka puasa, kitaorang beli KFC & makanan lain (semua beli dalam Times Square) lepas tu berbuka kat apartment. Tak lalu nak berbuka kat luar sebab masing-masing dah kepenatan berjalan ke Jalan TAR..Masa kitaorang ke situ, dengan panas lit lit nya, lepas tu penat turun naik MRT & LRT..Jadi kita berbuka simple-simple je. 

Sahur makan apa pula?Hari pertama, kitaorang beli makanan siap pek (nasi goreng kampung) kat 7-Eleven. Beli siap-siap malam sebelum, masa sahur panaskan je. Hari ke-dua pula kitaorang sahur Shwarma viral B.Bintang. Hat ni k.fiezz, adik ipar 2 orang & anak buah gigih jalan kaki dari hotel ke Shwarma Damascus B.Bintang lepas berbuka. Dah balik semula ke aparment tak ada selera nak makan sebab kepenatan jadi simpan makan masa sahur. Lepas beli shwarma ni, rasa nak patah kaki lepas dah sampai aparment semula. haha. 

So overall staycation kat Times Square ni okey dan berjalan lancar.. Sesekali kita staycation area KL pun layan juga..hehe


LAYAN STAYCATION DI BULAN PUASA...


6 Comments

  1. amboi..bestnya buka puasa kat hotel..:)

    ReplyDelete
  2. wah syiokkkk staycation berbuka dan bersahur sekali eh??? bestt!!!

    ReplyDelete
  3. wow... bestnya kak fiezz.. lepak2 dengan keluarga mentua.. selamat berpuasa kak fiezz sekeluarga

    ReplyDelete
  4. sesekali duduk beramai-ramai, terawih beramai-ramai..syok juga. dah lama dah tak duduk tidur himpit2 dengan keluarga in laws

    ReplyDelete
  5. Kejap pula buffet Ramadhan sampai pukul 9:30 malam. Selalu ingat sampai pukul 10 lebih.
    Rajin keluarga mertua Fiza pergi menginap. Seronok tengah bandar. Ada dahulu staycation dekat dengan Pavilion dengan KLCC. Memang penat jalan.

    ReplyDelete
  6. tempat mama dating dulu rindu pula nak kesana

    ReplyDelete