Masa minggu ke-2 puasa haritu, k.fiezz & family in law staycation kat area Bukit Bintang. Jadi dah ada kat kawasan tu, adik ipar k.fiezz ajak ke shawarma bukit bintang yang viral kat sosial media ni. Ikutkan k.fiezz ni tak lah rajin sangat mencari benda-benda viral ni sebab biasanya bila benda viral kena beratur panjang bila dah sampai kat kedai. Sis pula bukan yang jenis rajin untuk beratur. Tapi ni dah adik ipar ajak, okey je lah. Sesekali mencari makanan viral ni apa salahnya kan. Nak ajak mr hubby, lagiiii lah lamberttt lagi nak tunggu kerajinan dia tu..haha..

SHWARMA BUKIT BINTANG

Dari hotel kat Times Square kitaorang berjalan mencari shawarma bukit bintang yang viral ni. Boleh tahan juga jarak dia weiii..Berpeluh tiak. Kebetulan masa kitaorang jalan kaki ke situ, tak ada angin langsung..Mencabar betul rasanya. Dekat 15-20 minit juga kitaorang berjalan baru sampai ke Damascus Bukit Bintang yang jual shawarma viral ni.

Masa sampai kat sini tengok barisan untuk order, boleh tahan panjang. Dah sampai tu, beratur juga. 

shawarma bukit bintang, damascus bukit bintang

Menu kat Damascus Bukit Bintang. Pilihlah nak yang mana. Nasi pun ada. K.fiezz pilih Shawarma ayam saiz besar sebab kongsi dengan mr hubby. Ada saiz regular & large

shawarma bukit bintang, damascus bukit bintang

Masa sampai-sampai tengok orang dah ramai macam ni, hah. Aihhh ikutkan kemalasan sis ni, memang tak rajin lah nak beratur tapi adik ipar bongsu k.fiezz beratur juga. Masa ni barisan tak lah panjang berjela sangat. Mungkin sebab masa kitaorang ke sini hari Ahad, esoknya hari bekerja.  Jadi orang dah tak ramai sangat macam hari Jumaat atau Sabtu.

shawarma bukit bintang, damascus bukit bintang

Walaupun masa ni kaki dah sakit sebab hampir 15-20 minit berjalan nak sampai ke Damascus Bukit Bintang ni tapi posing onzzz..hehe

SEDAP KE SHAWARMA BUKIT BINTANG

Sorry tak ada gambar shawarma sebab kitaorang makan masa sahur. Dah sampai hotel lepas balik dari Damascus Bukit Bintang ni, semua dah kepenatan. Eh sorang adik ipar k.fiezz dia makan tapi k.fiezz, mr hubby & adik-adik ipar yang lain makan masa sahur. K.fiezz ni bila dah penat, tak lalu nak makan. 

Udah makan masa sahur, tak berapa nak ada mood lah nak ambil gambor. Terus panaskan & ngap..Rasa shawarma viral ni, okey lah ikut tekak sis. Inti banyak & saiz dia tu tak lah besor sangat. Cukup lah makan berdua dengan mr hubby. 

K.fiezz baru lah tahu shawarma ni dia tak letak sos, yeak. haha. Sis macam pelik makan-makan je kenapa tak ada sos. Bila cakap kat member ofis k.fiezz, dia beritahu shawarma memang tak letak sos. haha. Mana lah sis tahu. Tak biasa makan shawarma.

Overall rasa dia okey secukup rasa, cukup inti dia. Saiz pun sederhana & bersesuaian dengan harga. Nak repeat lagi tak? Kalau mr hubby rajin, why not. hehe.

SESEKALI CUBA MAKANAN VIRAL...

7 Comments

  1. Nak beratur yang mencabar tu kan, aritu lalu pon ramai manusia

    ReplyDelete
  2. Saya sukaaa shawarma 😍. Ini tak ada di Penang kah kak 😄. Juli saya ke Penang, tapi rasanya tak bisa mampir ke KL. Pengen juga nak coba 😄.

    ReplyDelete
  3. Teringin hendak cuba tapi itulah belum lalu situ. Hehe buat rasa boleh tahu tekak makan atau tidak.

    ReplyDelete
  4. tu dia panjangnya beratur.. tentu sedap ni favourite anak mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah bilalah nak ke bukit bintang yek.. lama mama tak ke KL

      Delete