Alhamdulillah..tuntutan rawatan IVF yang k.fiezz buat tahun lepas dah diluluskan bulan Januari tahun ni. Lega..Jumlah tuntutan yang diluluskan oleh KKM seperti di bawah (rujuk gambar). Ikutkan masa k.fiezz hantar tuntutan rawatan IVF ni ke Bahagian Kewangan, jumlah yang k.fiezz nyatakan kurang dari diluluskan ni tapi lepas dah hantar ke Bhg. Kewangan, diaorang minta lebih detail list tuntutan ubatan yang k.fiezz ambil sepanjang rawatan. Bila dah dikira semula, jumlah dia jadi lebih lagi..Adeh..Failed matematik tau sis ni..haha. K.fiezz hantar je lah senarai yang diminta ke Bahagian Kewangan & k.fiezz beritahu juga pada staff in charge, tak dapat jumlah yang dalam tuntutan. Jadi lebih pula & Kewangan cakap, tak apa hantar je sebab nanti diaorang akan hantar tuntutan rawatan IVF yang k.fiezz minta tu ke Kem. Kesihatan Malaysia (KKM). KKM ni yang akan luluskan berapa jumlah sebenar. 

DILULUSKAN SELEPAS 3 BULAN

Yea, proses kelulusan mengambil masa lebih kurang 3 bulan. K.fiezz hantar tuntutan rawatan IVF ni pada bulan Oktober 2022 & dapat memo kelulusan dari Bahagian Kewangan, Kementerian k.fiezz ni bulan Januari 2023. Dalam awal bulan Februari, duit dah masuk ke dalam akaun. Alhamdulillah..

Tapi sebelum dapat duit ni, ada pertanyaan dari pihak Bahagian Kewangan sebab jumlah asal dalam tuntutan kurang dari yang diluluskan jadi kena isi semula mukasurat yang ada jumlah tuntutan &  Bahagian Kewangan minta tulis angka yang diluluskan oleh KKM kemudian hantar semula ke Ketua Jabatan k.fiezz untuk tandatangan lagi sekali..Pffft....Buat je lah, nak dapat duit kan..Walaupun dah diluluskan tetap ada pertanyaan dari bahagian kewangan. Macam ke tolak duit dorang..Sabor je lah..Setel part ni..

Dah setel part kena resubmit semula borang tuntutan tapi duit tak juga masuk dalam akaun. K.fiezz fikir tak biar je lah. Tak urgent pun nak guna. Tapi selang beberapa hari dapat lagi call dari Bahagian Kewangan Kementerian k.fiezz ni, kali ni kena tanya salah satu resit/bil yang k.fiezz hantar bukan kategori resit/bil katanya..Laaa korang dah kenapa yeak Kewangan?Memang itu lah resit/bil dapat dari hospital..Ingat sis print ke..Adeh..Staff Kewangan tu tanya ada tak bil/resit lain?Memang tak ada lah..Itu je bil/resit yang dibagi..Aihhh...Bil/resit yang jadi masalah kat Kewangan tu untuk pembelian ubat berharga RM32.55. Staff tu cakap kalau tak ada resit lain, unit bayaran nak tolak..K.fiezz dah malas nak layan karenah Kewangan, k.fiezz cakap 'tak apa tolak lah..memang tak ada resit lain. itu je resit yang saya dapat'..Aihhh..Bengang pula sis..KKM dah luluskan senarai ubat & jumlah yang dapat, korang pula nak tolak..Ada je point nak menolak..

Dalam awal Februari 2023 baru lah tuntutan rawatan IVF sis ni masuk dalam akaun..Aihhh,geram je dengan Kewangan sis..sebelum nak dapat tu, banyak betul dia punya pertanyaan padahal KKM dah lulus jumlah tu..Diaorang pula nak tolak suka-suki tapi lantakkan lah di situ..Korang menyusahkan urusan orang lain, moga berbalik semula pada korang..sis ni hantar tuntutan betul tau. Apa yang sis hantar, itulah yang sis dapat dari hospital.. Tak ada nak menipu ke apa...pftttt....

tuntutan rawatan ivf

Jadi ni lah jumlah tuntutan rawatan IVF yang k.fiezz dapat, tolak RM32.55 yang Kewangan susah hati sangat macam k.fiezz cerita kat atas ni, RM5306.70 yang dibayar oleh Kementerian k.fiezz..Tuntutan rawatan IVF ni untuk kos ubat saja yea. Kos makmal tak termasuk. Dalam pekeliling memang dah dinyatakan rawatan IVF tak boleh tapi untuk kos ubatan, boleh tuntut..Sebagai kakitangan government, sis claim je yang mana boleh. 

Tapi apapun lega, dapat jumlah yang hampir macam k.fiezz claim..Legaa...Walaupun ada karenah sikit dari bahagian kewangan Kementerian sis kerja ni..

So bila next nak transfer 1 je lagi embabies k.fiezz & mr hubby tu..Insyaallah dalam proses..Rasanya sis dah ready untuk transfer kali ke-2 ni..Moga berjaya kali ni..Aamiin...

Esok nak jumpa dengan Dr gynae semula lepas 5 bulan berhenti kejap rawatan..

Nak baca entry berkaitan < Berapa Kos IVF? >

4 Comments

  1. Semoga dipermudahkn semua urusan fieza untuk IVF. Kami pun dalam proses IVF jugak sekarang. insyaAllah akan share di Blog kelak

    ReplyDelete
  2. Saya macam musykil siapa yang bayar sebenarnya? KKM atau Kewangan? Susah ada pihak ke-3.
    Moga hikmahnya kali ke-2 berjaya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat juga junlah tuntutan kak fiez walaupun ambil masa yang lama

    ReplyDelete
  4. Oh jadi IVF program di sana bisa ditanggung oleh govt ya kak? Atau hanya untuk staff yang bekerja dalam pemerintahan? Tapi tetep saja oke.. walk hanya obat2an. Karena di sini samasekali tak ditanggung. IVF harus bayar sendiri. Dan memang mahal sangat

    ReplyDelete