Pembaca setia blog sis ni mungkin ada yang tahu tahun lepas, k.fiezz & mr hubby mencuba kaedah IVF kali pertama untuk hamil tapi tak berjaya. Sedihh.. Masa tu sedihnya tak tahu nak cakap macamana. Ambil masa nak healing diri sendiri. Bukan senang tau nak pulihkan diri sendiri sebab masa tu harapan tinggi untuk hamil tapi kecundang sekerat jalan sebab Allah belum izinkan lagi untuk pregnant. Jadi #pasrah & #redha je dengan ketentuan Allah. Kita hanya merancang tapi Allah juga yang sebaik-baik perancang.

Lepas failed IVF kali pertama tahun lepas, Doktor suggest pada k.fiezz untuk joint satu group IUI/ IVF di facebook untuk berkongsi perasaan atau baca kisah orang yang senasib macam k.fiezz, gagal IVF. Bila k.fiezz dah joint group IVF ni, bukan setakat baca luahan hati tapi macam-macam info & baca pengalaman  ahli-ahli dalam group yang sedang menjalani rawatan kesuburan samaada melalui kaedah IUI ataupun  IVF. Antara yang menarik perhatian k.fiezz, tips IVF yang dikongsi salah seorang ahli dalam group IUI/IVF ni. K.fiezz dah minta kebenaran pada tuan punya badan untuk berkongsi tips  IVF ni kat blog k.fiezz. Terima kasih empunya badan bagi kongsi ilmu,  moga dimurahkan lagi rezeki & moga sentiasa dipermudahkan urusan dalam kehidupan..

Jom tengok apa dalam tips IVF ni. Boleh jadi rujukan pada k.fiezz & juga yang merancang untuk mencuba kaedah iui/ivf untuk hamil. Tips IVF ni sebelum & juga selepas transfer..Apapun sentiasa pegang, kita berusaha Allah yang menentukan selebihnya..

TIPS IVF

Dalam tips IVF ni, ada beberapa yang k.fiezz amalkan masa sebelum & juga selepas transfer cuma lebih kepada pengambilan supplement dan makanan. Selain dari tu, k.fiezz tak buat macam akupuntur, berurut. Pengalaman k.fiezz untuk IVF kali pertama tahun lepas, k.fiezz rasa tak selesa sebelum dan selepas transfer sebab macam-macam  jenis ubat masuk dalam badan plus sekitar peranakan sakit kesan dari cucuk-cucuk ubat masa proses untuk besar & matangkan telur. Jadi masa transfer embrio kali pertama tu, k.fiezz rasa tak selesa sangat. Itu yang k.fiezz tak ada buat urut ke, akupuntur ke sebelum transfer embrio. Lepas dah healing proses ni, baru k.fiezz start buat akupuntur. Bukan lah kata buat akupuntur ni confirm berjaya ke tak cuma macam kita tahu akupuntur ataupun berurut ni untuk lancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi sis cuba untuk bagi perjalanan darah dalam badan ni smooth je supaya embrio transfer kali ke-2 nanti, memudahkan embrio melekat kat dinding rahim k.fiezz cukup sampai 9 bulan..Aamiin..

Eh membebel pula sis ni. Jomss kita tengok tips IVF ni...

tips ivf

So untuk yang planning untuk buat kaedah IUI/IVF nanti, boleh lah cuba tips ni sebelum & selepas proses transfer embrio...

4 Comments

  1. Satu ilmu baru pasal IVF ni.

    ReplyDelete
  2. Takut juga dengan jarum. Sudah cuba akupuntur ya?
    Semoga berjaya berusaha

    ReplyDelete
  3. jgn putus asa fiez, bykkan doa insya allah kita semua doakan

    ReplyDelete