Alhamdulillah rezeki pagi Jumaat, sampai-sampai ofis bos cakap 'fieza tak payah beli breakfast.' Mula k.fiezz ingat bos cakap tak payah beli breakfast dia sebab memang rutin k.fiezz yang belikan. Rupanya dia cakap 'tak payah beli breakfast k.fiezz sebab dia dah belikan'. Yeay..Alhamdulillah rezeki. Moga makin melimpah ruah rezeki bos..Aamiin..

K.fiezz memang nak beli nasi lemak yang bos belanja ni yang terletak berdekatan pejabat kitaorang ni tapi masa k.fiezz lalu, orang ramai beratur. K.fiezz kalau nak beli kat situ time tak ada orang je sebab malas nak beratur. Sis rushing mengejor nak thumb print (punch kad) masuk ofis..haha. Sebab nak keluar ofis cepat..haha. Kang lambat sampai, lambat lah keluornya. Itu yang kalau nak nyinggah kat tempat jual nasi lemak ni, tak ada orang baru sis singgah. Kalau ada orang, sokay..Tak nak..

Sekali harini, elok pula bos belanja nasi lemak kat situ..Rezeki..hehe...

nasi lemak ayam goreng

Kat tempat tu, pakej memang ada jual air dah siap dalam botol macam dalam gambar. Ada teh tarik, teh o, green tea (ni antara yang k.fiezz perasan) tapi biasanya kalau beli nasi lemak kat situ, k.fiezz tak beli air. Minum ayor masak je. Hehe. Untuk kesihatan. Tapi ni bos dah belanja sekali dengan nasi lemak ayam goreng..Jangan di tolak..

Nasi lemak ayam goreng. Yummy..Dap dap..K.fiezz jarang makan nasi lemak dengan ayam. Kalau beli kat tempat ni, k.fiezz suka letak begedil..Ni orang belanja, jangan banyak cerita. Makan je..Orang nak belanja pun dah syukur...

REZEKI PAGI JUMAAT...Alhamdulillah...

5 Comments

  1. alhamdulillah..rezeki pagi..sedap nmpak nasi lmak tu..:)

    ReplyDelete
  2. Macam memahami isi hati pula bos belanja nasi lemak yang diinginkan. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bos baik seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang air botol macam tu kalau nak masukkan dlm peti ais pun mudah

      Delete