Perjumpaan Antara Pemaju dan Pembeli Rumah LSH 33 Sentul
Sis pernah share kat sini pasal rumah LSH 33 Sentul yang k.fiezz & mr hubby beli tahun 2021. Masa PKP, pembinaan rumah ni terbantut sekejap. Jangkaan siap awal tahun depan sepatutnya tapi pemaju ada hantar surat rumah ni akan lewat sikit siap. Macam k.fiezz & mr hubby, jangkaan dapat kunci Februari tahun depan tapi di anjak hingga hujung tahun depan. So tak apa lah nak buat macamana, kan. As long rumah ni siap juga..
PERJUMPAAN DENGAN PEMAJU
Sabtu lepas ada perjumpaan pihak pemaju dengan pembeli sebab ada masalah dengan rumah LSH 33 Sentul yang kitaorang beli ni. Mr hubby joint group whatsapp LSH 33 Sentul ni, jadi dapat info rumah ni ada masalah dengan penggantian brick wall kat koridor luar rumah. Ikut plan dan model asal, sepatutnya sepanjang koridor laluan di bahagian luar adalah brick wall iaitu batu tapi ada pembeli yang tengok brick wall tu telah di tukar kepada besi. Aikk. Sudah tukar ke?Tapi kitaorang tak di maklum awal pun oleh pemaju. Jadi ni lah sebabnya perjumpaan antara pemaju & pembeli.
Ramai yang tak puas hati sebab tak di maklumkan awal oleh pemaju satu hal, lepas tu tukar pasang kepada besi membahayakan. Risau keselamatan budak-budak, ada yang mengalami masalah anxiety , gayat tengok dari tempat tinggi. Aihh..Masalah sangat tu.
Unit k.fiezz & mr hubby beli kat tingkat rendah tapi kitaorang datang juga masa perjumpaan ni untuk support pembeli-pembeli yang membeli unit kat tingkat tinggi membantah penggantian batu kepada besi di sepanjang koridor. Biar pemaju nampak ramai penduduk yang tak menyokong penggantian ni..
4 Comments
gayat oo dok tingkat tinggi2..:)
ReplyDeleteBagus juga pemaju buat perjumpaan dengan pembeli, dengar keluhan atau pandangan.
ReplyDeleteInsya Allah harap tukar kepada besi yang diingini. Haah kadang rasa macam hendak jstuh ke bawah pula kalau nampak lubang besi.
Hopefully pemaju tukar besi mengikut kehendak pembeli. Sebagai pembeli kita ada hak untuk tahu progress rumah yang kita beli.
ReplyDeletemama rasa besi ok juga cuma pemaju kenalah bgtau kalau ada perubahan
ReplyDelete