Bulan lepas k.fiezz beli mini chopper untuk mak tapi sampai-sampai kat mak, tak berfungsi. Masa mak beritahu, sampai je mini chopper tekan-tekan butang tak berpusing langsung. Aihh kepelikan di situ sebab sebelum tu k.fiezz ada beli juga mini chopper tapi jenama lain, sampai je kat k.fiezz bila tekan butang dia elok je berfungsi. Bila mak punya ni tak berfungsi, k.fiezz suruh mak caj dulu takut bateri dah out. Tapi lepas dah caj pun sama. Memang tak berpusing. Sabor je lah. Benda nya kat kampung sebab k.fiezz terus hantar ke alamat rumah mak di kampung. Ater macamana cara nak refund di tiktok pula weiii..K.fiezz beli mini chopper ni kat Tik Tok..Udah lah first time pula jadi macam ni. Dah berapa kali k.fiezz beli barang-barang kat Tik Tok, elok je tak ada masalah barang-barangnya. Hat ni pula problem

CARA REFUND BARANG DI TIK TOK SHOP

First time ni nak refund barang beli dari Tik Tok Shop. Macam biasa cari cara refund barang di tiktok shop kat Mr Google. Jumpa orang kongsi video cara refund di tik tok..Legaa..Kalau tak pening juga weiii...


cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok
Ni mini chopper yang k.fiezz beli kan untuk mak. Saiz 250ml...
Sampai-sampai kat mak, memang tak berfungsi langsung.

Apa lagi, minta refund lah kan..

Cara Refund Di TikTok

Klik ORDER kat aplikasi Tik Tok contoh seperti di bawah ni. Cari barang yang kita beli & bermasalah tu.. 

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Kemudian klik pula REQUEST REFUND. Kat mana nak cari butang request refund ni, klik kat barang berkenaan.

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Dah klik request refund, dia akan keluar macam kat bawah ni. Ada 2 pilihan samaada REFUND ONLY @ RETURN & REFUND.

Pilih lah yang mana korang nak. K.fiezz pilih Return & Refund. Lepas dah klik ni, dia akan keluar pula sebab kenapa kita nak return & refund barang. Tulis lah apa sebab dia. Macam k.fiezz punya ni, k.fiezz tulis barang tak berfungsi langsung walaupun selepas di caj. Masa hantar permohonan untuk request & refund ni, k.fiezz sertakan sekali video & gambar sebagai bukti. 

Mula-mula k.fiezz nak pilih refund tapi duk fikir, sat gi seller tak percaya barang rosak sebab kita minta refund je, nanti seller reject request nak refund. Lagipun buat apa nak simpan barang rosak. Kita hantar balik barangnya kat seller

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Lepas dah submit permohonan untuk return barang & minta refund. Kena tunggu samada seller terima atau tolak permohonan kita. Tempoh menunggu approval seller ni pun ambil masa beberapa hari juga, yea. Bukan lah hari ni kita hantar permohonan, esok diaorang terima. Tunggu je lah update dari seller kat aplikasi Tik Tok...



cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Tik tok tik tok..Tunggu approval dari seller

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Selepas beberapa hari, dapat notification permohonan return & refund diluluskan. Kena hantar semula barang kepada seller dalam masa 5 hari. Alamat seller  akan disertakan sekali. 

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Dalam masa 5 hari, kena hantar semula barang yang rosak ni kepada seller & lepas tu update nombor tracking dalam aplikasi tik tok. Ni k.fiezz guna J&T & kos penghantaran semula ditanggung oleh kita (pembeli). Kalau korang rasa tak berbaloi atau 'eh apahal kos shipping kita tanggung pula', korang boleh cuba minta refund saja dari seller. Untuk penghantaran semula barang, pastikan kita hantar dalam masa yang ditetapkan, kalau tidak request kita akan dibatal. 

cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

K.fiezz guna J&T untuk hantar semula barang kepada seller. Kurier ni boleh pilih dari senarai yang diberi pada kita.. 


cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Lepas dah hantar barang, update nombor tracking (rujuk gambar diatas)..Refund akan dibayar selepas barang diterima oleh seller & pihak diaorang check barang yang dihantar semula dalam keadaan elok (tak pecah). Keseluruhan proses untuk dapat semula duit kita hampir 2 minggu..K.fiezz return barang pada seller 2hb Feb.2023 & dapat semula refund terus bank in ke akaun k.fiezz pada 13hb Feb. 2023.. 



cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Notification dari Tik Tok, refund sedang di proses. Semalam k.fiezz check, duit dah masuk dalam akaun bank. Setel...



cara refund barang di tiktok shop,cara refund di tiktok

Ni refund issue & bawah tu rating dari pengalaman proses return/refund ni. K.fiezz bagi je 5 bintang sebab dapat duit semula. Idak burn..hehe...

So ni cara refund di tiktok shop yang k.fiezz baru experience sendiri. Tak susah cuma ambil masa sikit sebab kena hantar semula barang pada seller & menunggu setiap proses ikut prosedur Tik Tok. Untuk k.fiezz, kalau rasa berbaloi nak refund barang beli dari Tik Tok Shop ni korang boleh buat sekiranya tetiba dapat barang rosak. Kalau rasa macam 'eh tak berbaloi sebab kos penghantaran untuk hantar semula barang pada seller, ditanggung oleh kita tak payah lah buat'. Ikut pada masing-masing. Macam sis yang kerja government ni, walaupun harga belas-belas je mini chopper ni tetap duit juga. hehe..Jadi k.fiezz tak kisah return je barang, as long dapat balik duit barang. Tak apa lah rugi sikit dari rugi banyak, yea tak..hehe

Psst..Awal entry ni k.fiezz ada cakap kan beli mini chopper juga untuk diri sendiri. Elok 2 minggu, baru guna beberapa kali udah rosak..Aihhhh..Memang tak tahan rupanya mini chopper ni..

 
RISIKO BILA MEMBELI SECARA ONLINE...

4 Comments

  1. mls tau klu beli brang nak kna return balik..:)

    ReplyDelete
  2. Memang tidak tahan lama ya pengisar mini itu. Alamak kena cari lain.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu beli barang di tiktok shop. Boleh rujuk entry akak ni kalau jadi benda yang sama

    ReplyDelete
  4. bagus juga ada return refund kat tt.. rasa secure sket

    ReplyDelete