Mencuba Kaedah IVF Kali Pertama Untuk Hamil
Minggu lepas viral kisah Madammu Noir yang berjaya pregnant melalui kaedah IVF. K.fiezz nak share juga cerita IVF k.fiezz. Siapa yang follow k.fiezz di IG tahu lah kisah k.fiezz buat kaedah IVF ni untuk pregnant sebab k.fiezz share kat IG story saja. Di feed IG pun k.fiezz tak post apa-apa yang macam tunjukkan k.fiezz dalam rawatan IVF. Termasuk lah sosial media lain pun sama k.fiezz tak post apa-apa. Malas nak kecoh-kecoh sebab 50-50 samaada k.fiezz berjaya hamil atau tidak dengan kaedah IVF ni. Kalau menjadi, of course k.fiezz & mr hubby paling happy tapi kalau tak menjadi, sis paling sedih sangat so untuk mengelak dari di tanya soalan-soalan dari sesiapa kalau IVF kitaorang ni tak menjadi, k.fiezz elakkan share apa-apa di sosial media. Kalau kata rawatan IVF ni k.fiezz berjaya pregnant, sis akan share juga good news nya bila baby dah selamat keluar.
Masa kat k.fiezz mula buat rawatan IVF ni, kat pejabat ada 2 orang je yang tahu. Bos k.fiezz & seorang member yang baik dengan k.fiezz. Lepas dari tu ada seorang lagi yang baru tahu. Itu pun k.fiezz cakap kat dia senyap-senyap, jangan cerita kat orang lain. Alhamdulillah,tiga-tiga ni sangat menjaga rahsia..hehe..Sebab k.fiezz nak rahsia ni, sama macam di atas juga..Tak nak orang duk tanya-tanya. Tambah pula bila keputusan IVF tak seperti yang diharapkan. Bila orang tanya, lagi lah sedih...Itu yang untuk elak orang tanya, k.fiezz tak cerita kat orang lain..
So here the story.. Cerita IVF k.fiezz ni panjang tau. Kalau rajin nak baca, boleh lah baca..Tak rajin, tak apa..Nak sharing experience sis je untuk bacaan diri sendiri di masa depan..hehe..
CUBA KAEDAH IVF UNTUK PREGNANT
Februari tahun ni bermula rawatan IVF k.fiezz & mr hubby. Kitaorang kena check dulu apa yang patut untuk tahu samaada kitaorang boleh proceed ke proses IVF ni ke tak?Selain dari faktor umur paling utama. Sebelum start rawatan IVF, Dr ambil sample darah k.fiezz & mr hubby untuk tengok tahap kesihatan dalaman. Hormon & yang berkaitan dengan kesuburan. K.fiezz juga kena buat hsg untuk tahu keadaan tiub samaada ada masalah atau tidak. Sama juga dengan keadaan rahim, kalau ada sebarang cyst/fibriod atau apa-apa yang abnormal. Untuk lelaki pula, Mr hubby kena bagi sample sperm untuk tahu ada ke tak sperma. Sebab ada kes lelaki yang zero sperma atau dipanggil dengan azoospermia.
Selepas dapat semua keputusan, alhamdulillah k.fiezz & mr hubby normal. Tak ada masalah untuk teruskan rawatan IVF.
Untuk proses IVF ni ambil masa sikit tau. Bukan bulan ni datang ke hospital, cakap kat Dr nak buat IVF..Bulan depan terus proceed. Kena check dulu semua. Dari consultation sampai ke keputusan tu makan masa. Macam k.fiezz start check semua bulan Februari, tunggu dapat keputusan & bla bla..Bulan Ogos baru mulakan rawatan IVF ni..
MULA SESI CUCUK-CUCUK PADA CYCLE PERIOD BULAN OGOS
Mula dari hari ke-2 masa period bulan Ogos, k.fiezz dah mula kena cucuk untuk keluar & matangkan telur. Seriau sangat part ni benornya tapi beranikan diri juga. Cucuk ni bukan pergi ke klinik tau. Buat sendiriiii..Uwaaaa...Tak tahu lah mana datang keberanian untuk mencucuk diri sendiri..Bila ingat balik, rasa kagum dengan diri sendiri.
SELEPAS EMBRIO TRANSFER
JOINT GROUP FB - IUI,IVF & FERTILITY MALAYSIA GROUP
Masa jumpa Dr untuk ambil keputusan darah, Dr cadangkan pada k.fiezz cuba cara akupuntur sebab dia cerita ada patient dia dulu buat akunpuntur & berjaya pregnant secara semulajadi. Dr tu bagi cadangan juga pada k.fiezz untuk joint group fb IUI, IVF & FERTILITY MALAYSIA sebab dalam group tu ramai yang berkongsi tips & semua info berkaitan IUI/IVF.
K.fiezz dah joint group tu. Memang ramai share pengalaman masing-masing berkaitan persediaan/tips sebelum dan selepas IUI/IVF. Banyak juga info yang k.fiezz tak tahu. Untuk korang yang dalam perancangan nak buat IUI/IVF, cuba lah joint group fb tu untuk dapatkan info sebelum mulakan proses rawatan IUI ataupun IVF..
So dengan pengalaman pertama k.fiezz buat IVF bulan Ogos/Sept haritu & info dari group pages ni k.fiezz boleh jadikan guideline persediaan untuk IVF ke-2 k.fiezz & mr hubby awal tahun depan.
Doakan proses IVF kali ke-2 k.fiezz & mr hubby nanti embabies berjaya melekat dan membesar..Tima kaseh in advance..
Berapa kos keseluruhan k.fiezz & mr hubby buat IVF ni? Next entry lah sambung yea..Panjang sangat ni..hehe
ANYTHING FOR YOU FIEZASANI JUNIOR...
10 Comments
seriau bab cucuk tu..huhu..anyway jangan putus asa fieza..kakak cik nor 9 thn baru dapat anak..rezeki klu Allah nak bagi cepat atau lambat mesti dapat..InsyaAllah
ReplyDeleteKeep trying fiez...Allah tahu masa yang sesuai untuk fiez & hubby. Marsha pun ada pengalaman cucuk2 beberapa ubat yang fiez share tu sebab anak kedua Marsha buat iui....iui Marsha 4x baru lekat. Jadi keep trying dear...moga dipermudahkan segalanya for both of you..hugssss
ReplyDeleteAllah, kinah doakan IVF yang kedua nanti dipermudahkan ye. Be strong tau kak fiez
ReplyDeleteOh mcm tu rupanya
ReplyDeleteselalu dengar sebut ivf je
ank buah dlm.proses jga tp xtaulah mcmna
Fieza.. Semoga Allah mudahkan IVF kali kedua dan berjaya hamil. Mintak sangat korang suami isteri kuat semangat. Sbb failed IVF lain macam rasa dia sebab boleh dikatakan almost nak mengandung dah tapi failed. Pastu kena pulak dengan kos tinggi, mesti kita sang isteri sangat sedih. Doakan saya jugak. tengah buat persediaan utk IVF kali pertama. Mungkin awal tahun depan. Tengah buat persediaan fizikal dan mental
ReplyDeleteBerani kena cucuk banyak kali.
ReplyDeleteHarap berjaya buat kali ke-2. Mungkin sebelum itu ikut nasihat doktor buat akupuntur.
Allah..gigih ammi baca.
ReplyDeleteSemoga percubaan tahun depan membuahkan hasil. Kita berusaha hanya Allah yang Maha Mengetahui.
InsyaAllah ada rezeki
ReplyDeletesemoga allah perkenankan usaha fieza ni amin
ReplyDeletesemoga Allah mudahkan segala urusanmu ya kak
ReplyDelete