Sempena Merdeka, Terjah Muzium Tentera Darat Port Dickson
Masa hari Merdeka yang lepas, k.fiezz & mr hubby bawa family k.fiezz ke Port Dickson. Kitaorang gerak awal dari KL jadi sampai sana dalam pukul 12 tengahari. Nak check in tak boleh sebab awal lagi, jadi mr hubby melencong bawa ke Muzium Tentera Port Dickson ni. Sebabnya kebetulan anak buah k.fiezz follow sekali, jadi rasanya memang cun sangat bawa dia ke sini. Boleh belajar sejarah & tengok kenderaan, senjata tentera. Biasa tengok dalam tv je. Ni kita bawa tengok depan-depan. Eh anak buah k.fiezz tak sekolah ke? Ceritanya anak buah k.fiezz ni dapat mc sebulan sampai hujung bulan September ni. Dia baru lepas jatuh motor dengan adik k.fiezz. Alhamdulillah kecederaan dia tak teruk sangat tapi calar balar lah juga kat tangan & muka sikit. Dah kebetulan dia dapat mc sebulan ni, kitaorang bawa lari kejap ke KL. hehe.
KE MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON
K.fiezz pun excited juga ke Muzium Tentera Darat Port Dickson ni sebab tak pernah sampai lagi. haha. Peghak lah kejap tengok kereta kebal, kapal terbang/helikopter tentera. hehe. Teringat pula dulu pernah bercinta dengan tentera tapi putus di tengah jalan, eh terciter kisah lama pula. haha. Berbalik story jalan-jalan kat Muzium Tentera Darat Port Dickson ni. Meh kita pusing-pusing kat sini.
Masuk PERCUMA. Yeayyy. Tapi dalam muzium ada letak tabung, kalau nak bagi sumbangan pun dialu-alukan juga.
3 Comments
Aip Kak Fiez hati hati teringat kisah cinta tu. hehe (gurau). Cantik lah muzium dia. Saya suka juga tengok benda benda sejarah, rasa macam wow sangat orang zaman dahulu lagi dah ada ahli - ahli bijaksana mereka teknologi seperti ini.
ReplyDeleteHahahha lawak la terbuakk kisah lama pulak. comel je
ReplyDeletewaa lama akak tak ke sini dulu masa syafi kecik mmg suka sgt dia ke sini
ReplyDelete