Betul-Betul Tak Dengar Atau Buat-Buat Tak Dengar
Sesiapa yang follow k.fiezz di facebook mungkin ada perasan satu posting pasal k.fiezz complaint staff kat satu mini Mart tak layan masa k.fiezz ke situ Isnin yang lepas. Kisahnya k.fiezz singgah ke Mart dekat stesen LRT Muhibbah ni nak beli roti. Sampai je kat situ, k.fiezz ambil roti yang diletak kat bahagian luar & untuk bayar kena masuk ke dalam. Masuk dalam mini mart tu ada seorang je staff tengah susun barang. K.fiezz saja customer yang ada masa tu. Ada lagi seorang customer kat luar tengah pilih roti lagi. Jadi k.fiezz & staff tu saja yang ada dalam Mart. Tak besar pun mini mart dia. Kecil je. Kenapa k.fiezz mention saiz kedai?Sabar jap...
BUAT-BUAT TAK DENGAR?
Kat kaunter masa tu tak ada staff lain yang ada hat seorang tu tengah susun barang kat bahagian tengah kedai. K.fiezz pun mengadap ke arah tempat staff tu tengah susun barang & panggil dia 'adik..adik..adik..adik..adik', tak ada respons. K.fiezz panggil sebab nak bayar roti. Sekali dia buat dekkk je ko. Tak tahu lah dia betul-betul tak dengar atau buat-buat tak dengar. Ehh..dah kenapa budak ni?tak suka pelanggan masuk ke situ ke..tak nak income masuk ke?Eh macam-macam tanda soal kat kepala ni sebabnya k.fiezz panggil dia boleh buat dunno je. Mungkin dia tak dengar kot suara k.fiezz perlahan sangat sebab pakai mask tapi mesti dia boleh nampak kat hujung mata, ada orang tengah berdiri satu barisan dengan tempat dia susun barang tu. Lagipun sambil dia susun barang tu, nampak macam dia menoleh sikit-sikit ke arah k.fiezz sebab nak letak barang-barang atas rak.
Haih..geram pula k.fiezz sebab duk panggil dia, menyahut tak, menoleh pun tak.. Allah..sabar je lah sis..
Geram sangat, k.fiezz letak roti atas kaunter terus keluar dari situ. Sambil tu k.fiezz jerit 'ehhh..buat-buat pekak pulak'...Lepas k.fiezz dah menjerit macam tu, baru lah nampak dia pandang ke arah k.fiezz. Laaa dengar pun. Tadi aku panggil, buat dunno..Tapi malas lah k.fiezz nak masuk balik beli roti. Kuasa nak bagi duit bayar gaji diaorang kalau servis nak tak nak je layan pelanggan.
7 Comments
kalau cik nor..ambik jer barang banyak2 lambak kat kaunter..pastu tinggal..dah org panggil buat derk jer..huhu
ReplyDeletesaya pegang roti je masa tu..haha...
DeleteJarang kedai akan assign staff sorang sahaja bekerja kalau dia kelainan upaya.
ReplyDeleteitu lah, tak pun ada setengah tempat dia akan letak notis bitau pekerja dia ada masalah kesihatan tertentu jadi kita pelanggan boleh alert..
Deletedia tengah pakai earfon la tu kot...budak2 muda ni kan telinga memang sentiasa bersumbat je.
ReplyDeleteKalo dah lapo sangat. amek roti, letak duit roti tu kat situ. yg satu lagi bawak laa. Haha tp mcm tak elok lak
ReplyDeletebukan sebab lapor sangat pun sis..beli utk buat stok..kita pi pasaraya restok barang2 dapur, bukan sebab lapar tapi utk standby stok kat rumah. bila lapar, ada makanan..sama lah beli roti kat mini mart masa ni, nak buat stok kat rumah...
Delete