Minggu lepas family k.fiezz datang KL. Saja bawa sorang anak buah k.fiezz cuti-cuti sempena cuti sekolah minggu lepas. Dah kebetulan datang sini, mak k.fiezz ajak ke Nagoya nak cari kain barut baby. Eh bukan kain barut baby yang dah siap tu. Kat Nagoya tak ada kain yang dah siap. Situ semua kain ela nak buat baju kurung, baju melayu, langsir, cadar, lapik meja. Untuk yang pandai menjahit macam mak kak fiezz ni, Nagoya memang jadi tempat kegemaran. Macam k.fiezz yang tak pandai nak jahit ni, 'jom ke mall atau cari kat shopee je yang dah siap'. haha.. 

Jadi kitaorang ke Nagoya nak cari kain ela untuk buat barut baby. Jumaat lepas, k.fiezz apply cuti & misi ke Nagoya mencari kain ela untuk buat barut baby

MENCARI KAIN ELA UNTUK BARUT BABY


Sampai kat Nagoya, mak k.fiezz terus ke tempat kain ela yang sesuai untuk buat barut baby. Mak k.fiezz cari kain ela warna putih. Biasa barut baby warna putih kan. Melambangkan putih suci murni baby yang baru lahir. Githuuu...Hehe

Masa mak tengah pilih kain tu, kitoarang yang lain tunggu kat tepi. Adik k.fiezz tanya 'mak nak cari kain untuk apa?'. K.fiezz cakap lah mak nak cari kain untuk barut baby. Kebetulan kat situ ada seorang perempuan yang muda sikit dari mak menyampuk. Dia terdengar adik & k.fiezz bercakap pasal mak nak cari kain barut baby


kain barut baby, barut baby

Dia mencelah saja bagi pendapat sebab dia biasa buat barut baby rasanya berdasarkan pendapat dia pasal kain ela yang sesuai untuk buat barut baby. Dia cakap kain yang mak pegang sebelum tu tak sesuai sebab keras & panas. Nanti baby tak selesa. Jadi dia bawa ke area tempat kain ela yang lebih sesuai. Dia tunjuk contoh kain yang sesuai. Hat dia tunjuk tu kain cotton kalau tak silap. Lembut & sejuk. Kain yang mak tengah pegang atas ni, cadangan dari perempuan yang bagi pendapat tu & mak pilih yang ni.  Thank you whoever you are for the opinion

Kitaorang tak ada experience. First time mak nak buat barut baby ni. 

Kain ela atas ni mak beli 4 meter. Jurujual kat situ beritahu 1 meter dapat 4 helai barut, jadi mak beli 4 meter. 1 meter untuk buat tali sahaja. Lagi 3 meter untuk buat barut baby. 1 meter = 4 helai  jadi 3 meter = 12 helai barut baby. Cukup rasanya tu 12 helai. 

Siapa pemilik barut ni, nanti k.fiezz reveal bila pemiliknya dah keluar (jangkaan hujung tahun). hehe..Jeng jeng jeng....

EXCITEDDD..hehe...

1 Comments