Alhamdullilah..hormon prolaktin k.fiezz dah normal. Untuk yang tak faham, boleh baca dulu kat < SINI >. K.fiezz & mr hubby dah start rawatan kesuburan kali ke-2 di HPUPM. Masa ke sini kali pertama bulan Februari 2022 yang lepas, k.fiezz & mr hubby kena buat beberapa test dan keputusan k.fiezz, salah satu bacaan darah untuk hormon prolaktin tinggi. Masa check kali pertama bacaan 762. Doktor buat test kali kedua & keputusan lebih kurang sama, naik lagi 1 jadi 763. Bacaan normal untuk hormon prolaktin ni sepatutnya 300 saja kecuali untuk wanita yang mengandung dan menyusu sebab untuk produce susu. Jadi bila k.fiezz yang tak termasuk antara 2 kategori ni, bacaan hormon prolaktin tinggi, Dr risau ada masalah tumor di otak sebab hormon prolaktin ni dirembeskan oleh kalenjar pituitari, salah satu struktur kecil di otak yang merembeskan hormon. Salah satu fungsi utama hormon prolaktin untuk meningkatkan pembesaran payudara & untuk penyusuan. 

Bila bacaan hormon prolaktin k.fiezz tinggi, Dr risau ada sebarang ketumbuhan di kalenjar pituitari ni. Minta dijauhkanlah. Seriau dengar Dr explain masa dapat result bulan April lepas. 

Jadi Dr tak nak proceed IVF dulu. Dr nak bagi hormon prolaktin k.fiezz turun/normal dahulu baru boleh proceed IVF.

Dr di gynae rujuk k.fiezz pada pakar yang berkaitan untuk rawatan lanjut (kena buat MRI sebetulnya).

MAKAN UBAT UNTUK TURUNKAN HORMON PROLAKTIN


Tapi sebelum jumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut , Dr gynae bagi ubat bawah ni (rujuk gambar) untuk bantu turunkan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz. 

hormon prolaktin tinggi

Ubat yang k.fiezz makan untuk turunkan bacaan hormon prolaktin ke paras normal. Kecil je ubat dia. Kena makan 2x seminggu. Ubat dia bujur & patahkan dua setiap kali makan. K.fiezz start makan ubat ni bulan April - Jun 2022..Masa dapat ubat ni, Dr memang tak bagi banyak. Ada 8 biji, lebih kurang untuk makan dari April - Jun 2022

JUMPA PAKAR 


2hb Jun k.fiezz kena jumpa pakar untuk buat MRI sepatutnya. Nak check kalau ada sebarang tumor/ketumbuhan kat kepala yang menyebabkan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz tinggi. Tapi masa jumpa Dr kat bahagian pakar ni, Dr ada buat test secara manual (tutup sebelah mata dan Dr buat pergerakan jari dari beberapa sudut & k.fiezz nampak tak pergerakan-pergerakan jari Dr tu). Masa buat test ni, k.fiezz nampak semua pergerakan jari yang Dr buat yang bermaksud tak ada sebarang blockage kat dalam kepala menghalang penglihatan k.fiezz. Alhamdulillah. Selain dari tu k.fiezz tak ada sebarang masalah yang menunjukkan ada apa-apa simptom. Antara simptom untuk hormon prolaktin tinggi ni susu meleleh keluar dari puting.  Which is k.fiezz tak ada alami masalah ni juga. 

K.fiezz pun tak pasti apa punca hormon prolaktin tinggi dalam badan. Tak ada amalkan apa-apa yang pelik pun. Cuma minum susu efferty & makan vitamin C je. Ada juga tanya Dr sebabkan k.fiezz minum susu efferty tu ke jadi hormon prolaktin tinggi. Dr cakap tak ada kaitan pun. Jadi entah lah tak tahu kenapa boleh tinggi pula hormon prolaktin ni dalam badan k.fiezz. 

Nak tahu apa  lagi simptom hormon prolaktin tinggi selain dari yang k.fiezz mention kat atas ni, boleh baca kat bawah. 

  • Tak subur
  • Susu badan meleleh keluar dari puting
  • Period tak tetap
  • Kurang bernafsu 
  • Hubungan seks yang tak selesa atau menyakitkan
  • Faraj kering
  • Jerawat
  • Rambut badan dan muka yang tumbuh berlebihan (hirsutism)
  • Rasa panas
Dr pakar  tanya kenapa k.fiezz tangguh untuk buat proses IVF sebab tengok pada result kilang telur k.fiezz rendah. Masa perbincangan ni, Dr cakap omputih uolls. Tak berapa nak faham tapi sikit-sikit yang k.fiezz boleh tangkap gitu lah maksudnya. Disebabkan pengeluaran telur kurang memberangsangkan, mungkin sebab faktor umur. Jadi k.fiezz hanya boleh pregnant melalui kaedah IVF saja. Ditambah lagi dengan faktor umur. Bila Dr tanya gitu k.fiezz cakap lah ikut pada gynae sebab test darah k.fiezz  hormon prolaktin tinggi. So i just follow the instruction

Selepas perbincangan antara Dr2 kat situ & nasihat dari Dr senior ni, result hormon prolaktin k.fiezz selepas dah makan ubat atas ni patutnya dah normal semula. Jadi diaorang terus keluarkan surat pelepasan dari bahagian ni untuk k.fiezz proceed IVF. Tak perlu buat MRI sebab k.fiezz tak ada apa-apa simptom bermasalah seperti yang diberitahu oleh gynae.

Apa Kaitan Betulkan Hormon Prolaktin Untuk Buat IVF ni?


Tengok balik pada simptom hormon prolaktin tinggi kat atas ni. Hat no.1 sekali tu. Tak subur. Dr tak nak masalah hormon ni menganggu proses IVF nanti terutama untuk pengeluaran telur. Jadi k.fiezz rasa sebab ini Dr nak normalkan dulu bacaan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz. Selepas tu baru boleh proceed proses berikutnya. 


hormon prolaktin tinggi

Surat dari Dr pakar yang mengatakan k.fiezz tak ada sebarang simptom. Jadi dapat surat pelepasan untuk teruskan proses IVF.


HORMON PROLAKTIN NORMAL


Isnin minggu lepas (7 Jun) k.fiezz kena ke HPUPM ambil darah untuk check lagi sekali bacaan hormon prolaktin selepas makan ubat hampir 2 bulan. Nak tengok bacaan dah normal atau tidak. 13 Jun baru ni k.fiezz ke hospital jumpa Dr pula untuk tahu keputusan darah yang dah ambil 7hb minggu lepas dan alhamdulillah result normal. Yeay. So next step IVF. Memandangkan k.fiezz dah period bulan ni jadi kena tunggu next period jumpa Dr semula untuk scan rahim semula. 

Tazabarrr nak pregnant. Eh.haha..Insyallah harapnya IVF kali pertama terus menjadi. Aamiin..

0 Comments