Alamak..Haritu k.fiezz ada cuba resipi kerabu taugeh ni. Cari kat Mr Google & jumpa banyak resipi kerabu taugeh kat blog-blog. K.fiezz pilih kat salah satu blog untuk rujuk cara buat kerabu taugeh. Cuma masalahnya bila k.fiezz nak taip entry ni, cari semula blog yang asal dah archive. So k.fiezz ingat-ingat lupa cara buat resipi kerabu taugeh ni berdasarkan dari blog tu. Jadi untuk ingatkan semula resipi kerabu taugeh yang senang giler nak buat ni, k.fiezz kena tengok rujukan blog-blog lain dan kumpulkan berdasarkan gambar menu kerabu taugeh yang k.fiezz punya ni. Apa bahan k.fiezz guna. Faktor usia. Pelupa sangat. hehe

Resipi kerabu taugeh ni simple je benornya. Bila k.fiezz rujuk dari blog lain, tak jauh beza sangat pun. Jadi k.fiezz cuba ingat-ingat cara buat resipi kerabu taugeh ni. 

RESIPI KERABU TAUGEH

Bahan :

  • Taugeh (kuantiti terpulang)
  • 1 Sudu Besar Udang Kering (Kisar kasar)
  • 1 Biji Bawang Besar **Hiris
  • 1 Biji Cili Merah  **Hiris
  • Beberapa Biji Cili Padi Merah & Hijau **Hiris
  • Bunga Kantan *Hiris
  • 1 Peket Kecil Kerisik
  • Sikit Jus Limau Nipis 
  • Sikit Garam
  • Sikit Gula 
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan

resipi kerabu taugeh, kerabu taugeh

Cara Masak Kerabu Taugeh :


  1. Celur taugeh, tak payah lama sangat sebab nanti tak crunchy bila makan. Celur sekejap je. Lepas tu tos & ketepikan sekejap masuk dalam 1 bekas.
  2. Semua bahan yang dihiris & udang kering telah dikisar, masukkan dalam bekas yang dah berisi taugeh dicelur. Gaul sekata.
  3. Lepas tu letak kerisik, garam, gula, sos ikan. Gaul lagi sekali untuk bagi rata keseluruhan & kemudian masukkan jus limau. Gaul kejap. 
  4. Boleh rasa sikit. Mana-mana yang kurang, boleh tambah tapi biasanya dah letak sos ikan ni dah secukup rasa. 
  5. SIAP

3 Comments