Wajib Pakai Sunscreen Sekarang, Bertukar Kepada Biore Sunscreen
Rasanya sekarang ni ramai dah tahu kepentingan pakai sunscreen walaupun kita duduk di rumah saja. Dulu k.fiezz pun tak tahu wajib pakai sunscreen bagai ni. Ingat bila pi picnic je baru pakai. Rupanya salah tanggapan k.fiezz itu. haha. Dah tua-tua ni baru tahu wajib pakai sunscreen yea. Ada ke yang masih tak tahu kenapa kena pakai sunscreen ni?
Untuk yang masih tak tahu wajib pakai sunscreen, ni serba ringkas sebab kenapa kena pakai sunscreen ni walaupun tak keluar rumah.
Entry berkaitan < Wajib Pakai Sunscreen Setiap Hari Ke >
KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN?
Sebab paling utama kenapa kena pakai sunscreen ni untuk elakkan jeragat muncul bila dah makin meningkat usia, kulit kusam, sunburn, cegah tona kulit warna tak sekata, kurangkan risiko kanser kulit.
Ini lah sebab kita wajib pakai sunscreen yea walaupun duduk di rumah tak ada ke mana. Duk kat rumah pun, takkan tak keluar rumah langsung untuk sidai kain ke, ambil barang dari budak kurier ke, berkebun ke, mesti ada kan. Jadi melangkah keluar je dari rumah, wajib pakai sunscreen ni.
Macamana Nak Pilih Sunscreen Yang Sesuai Dengan Kulit
Ramai tak berani nak guna sunscreen sebab tak tahu nak pilih yang mana sesuai?Konsep k.fiezz pilih sunscreen ni try & error. Takat ni mana-mana sunscreen yang k.fiezz cuba, semua serasi tak kisah jenama apa. Walaupun risau juga benornya tau. Takut tersalah pilih, lagi teruk pula muka sis. Untuk yang tak berani nak main cuba-cuba sebab melibatkan muka kita, ni sikit tips pilih sunscreen yang sesuai mengikut jenis kulit.
Kulit Kering - Pilih suncsreen yang ada formula untuk lembabkan kulit muka. Cari sunscreen yang ada bahan untuk lembabkan kulit seperti lanolin, ekstrak minyak buah-buahan @ bijian macam almond atau juga yang mengandungi dimethicone sebab elok untuk kulit.
Kulit Jerawat - Pilih sunscreen jenis tekstur light krim supaya senang meresap pada kulit dan tak menyebabkan berminyak. Elakkan sunscreen jenis gel. Seeloknya bagi jenis kulit ni cari fizikal sunscreen yang mengandungi titanium oxide sesuai untuk kulit acne prone, sensitif.
Kulit Gelap - Pilih sunscreen jenis light krim & hanya sapu sikit saja. Pastikan sunscreen di sapu secara rata pada keseluruhan muka. Kulit gelap bukan bermaksud pengecualian dari pakai sunscreen yea. Tetap kena pakai juga sebab setiap jenis kulit, ada pigmentasinya sendiri.
Fizikal & Kimia Sunscreen
Mula-mula k.fiezz berjinak dengan sunscreen ni, tak tahu pun ada 2 jenis sunscreen. Halahhh dah satu kerja pula kena study apa beza dua jenis sunscreen ni & yang mana satu sesuai untuk guna ikut kulit k.fiezz. Jom tengok dulu apa beza dua ni.
Fizikal Sunscreen - Jadi perisai pada kulit kita sebab dia stay atas kulit dan memantulkan sinaran UV dari kulit. Bahan utama terdiri daripada titanium oxide & zinc oxide. Biasanya ada kesan white cast yang nampak muka jadi putih. Bagi kulit jenis acne prone dan sensitif, sesuai guna jenis sunscreen ni.
Kimia Sunscreen - Berfungsi tukarkan sinaran UV kepada haba dan lepaskan haba daripada kulit. Jadi sinaran UV tidak menyerap ke dalam kulit kita. Bahan utama octinoxate, oxybenzone, Octisalate, Avobenzone. Sebabkan kimia sunscreen ni dari pelbagai jenis campuran bahan kimia, semak dulu kandungannya sebelum beli sebab ada bahannya yang active ingredient boleh sebabkan alergi pada kulit muka jenis sensitif.
Bagi yang ada reaksi panas, merah-merah ataupun melekit selepas guna \sebarang jenis sunscreen, berhenti gunakan sebab itu bermaksud sunscreen tersebut tak sesuai dengan jenis kulit kita.
Ada setengah sunscreen pula akan sebabkan kulit muka rasa panas bila di pakai. Dalam kes ni, cari sunscreen yang berasaskan zinc oxide sahaja sebab ia berfungsi untuk pantulkan sinar UV, tak seperti bahan lain yang menyerap sinar UV dan jadikan kulit kita rasa panas.
Mana satu antara dua jenis sunscreen ni yang bagus. Dua-dua bagus. Cuma kita kena pastikan guna sunscreen yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing. Konsep k.fiezz try & error. Alhamdulillah, setakat ni sunscreen k.fiezz tak kisah dari jenis jenama mana pun, serasi. Kebanyakan sunscreen yang k.fiezz guna jenis fizikal sunscreen. Serasi & tak sebabkan kulit k.fiezz naik jerawat kecuali time nak datang period. hehe. Hat ni tak boleh nak elak lah ceritanya. Rutin setiap bulan seorang perempuan..Betul tak..
Cuba Biore Sunscreen
Sebelum ni k.fiezz guna sunscreen dari jenama Nutox sebab k.fiezz nak 1 set dengan skincare. Okey tu okey sunscreen nutox yang k.fiezz guna ni cuma harga dia RM4x.xx..Ater mahai lah weii..Tahan memang tahan. Lebih dari 1 bulan. Tak pasti lah sebab k.fiezz guna sikit ke apa tapi memang saiz je kecil tapi isi dia banyak. Eh nak kata k.fiezz guna sikit idak juga (ikut ukuran standard untuk pakai sunscreen [2 jari] ). 2x k.fiezz reapply setiap hari . Pagi & tengahari lepas solat Zuhur.
Part tahan lama memang k.fiezz okey sangat cuma part harga dia tu je weiii..Haih..So mencari sunscreen lain yang harga lebih murah sikit. Cari punya cari, k.fiezz jumpa Biore Sunscreen yang cinonet ni (30ml) harga belas-belas sahaja. Dari segi harga lulus dah tu. Moh lah try.
Selepas lebih 2 bulan mencuba, yeayyy serasi dengan k.fiezz Biore Sunscreen ni. Legaaa..Jimat sikit RM. haha.
Tekstur Biore Sunscreen ni cair macam susu & tak melekit lepas apply pada muka. Walaupun ada tulis tak ada effect white cast tapi k.fiezz rasa ada juga sikit macam nampak cerah (putih) lepas apply biore sunscreen ni kat muka. Tapi lepas blend dengan foundation & loose powder, dia jadi sekata ikut ton kulit k.fiezz. Fungsi utama biore sunscreen ni harus lah untuk melindungi kulit dari UVA, UVB & mengandungi SPF50+ PA+++.
Biore Sunscreen ni ada 2 jenis - moisture & cool. K.fiezz guna moisture.
Tempoh tahan - Anggaran 2 bulan juga untuk 1 botol cinonet ni. Berbaloi dengan harga dia belas-belas sahaja.
So lulus tak Biore Sunscreen ni dengan bajet dan kesesuaian kulit k.fiezz. Yeszaa. lulus sangat..
Nak beli kat mana Biore Sunscreen ni?
Watson, Guardian
Eh jap, kat celah mana nak pakai sunscreen ni dalam rutin skincare?Meh k.fiezz bagi langkah-langkah dia.
- Cleanser - Cuci muka dulu
- Toner - Untuk seimbangkan semula ph kulit selepas cuci.
- Serum (kalau ada guna) - Tepek serum kalau ada guna untuk perbaiki masalah kulit masing-masing
- Moisturizer - Lepas tu baru tepek pula moisurizer untuk kunci skincare yang kita guna sebelum ni & juga lembabkan kulit muka
- Sunscreen - Tadaa, baru lah tepek sunscreen ni. Paling last sekali dalam rutin skincare. Lepas 3-4 jam, reapply semula sunscreen hokay...
Penjagaan kulit tanpa guna sunscreen sama juga dengan sia-sia sebab sunscreen bukan setakat untuk bagi kulit kita cantik tapi juga melindungi kulit kita sentiasa sihat.
JADI WAJIB APPLY SUNSCREEN SETIAP HARI...
5 Comments
Betul, sunscreen ni penting utk kesihatan kulit & elakkan penuaan kulit. Saya pulak suka pakai sunscreen sekali dengan moisturizer brand Alpa-H sebab sejenis suka cepat bersiap hehe. Sebotol cinonet harga dekat RM200 tapi pakai berbulan2 jadi rasa berbaloi jugak.
ReplyDeleteRabia pakai jgk
ReplyDeleteKinah pun baru berjinak pakai sunscreen ni. Kinah pakai yang tengah viral tu 3W Clinic. Pun best jugak,
ReplyDeletejarang guna sunscreen..sbb jarang jgk kluar rumah..hihi
ReplyDeletemama penah pakai biore ss ni mmg best
ReplyDelete