Sizzling Yee Mee siap untuk dimasak, uolls..Senang bangat ada Premium Yee Mee Sizzling Cikgu ni. K.fiezz ni memang peminat Sizzling Yee Mee. Kalau gi makan kat food court yang ada jual sizzling yee mee ni memang wajib pilih hat ni. Tak pandang menu lain..hehe..

Biasanya nak makan sizzling yee mee ni, k.fiezz buat je. Tapi ni saja try yang dah siap untuk dimasak. Cuma tambah sayur dan telur je.. 

Kat mana nak beli Sizzling Yee Mee yang siap untuk dimasak ni?Nanti di bawah k.fiezz akan bagi link

YEE MEE SIZZLING SIAP UNTUK DIMASAK


Sebelum tu jom berkenalan dulu dengan  Yee Mee Sizzling siap untuk dimasak ni? Bagi yang belum kenal lagi, nama produk ni adalah Premium Yee Mee Sizzling Cikgu. Jangan tanya kenapa ada cikgu belakang tu. Mungkin founder nya seorang cikgu. Kebetulan pula k.fiezz beli premium sizzling yee mee cikgu ni dengan agen yang merangkap kawan blogger k.fiezz bekerja sebagai cikgu juga. hehe..

Apa yang menariknya sizzling yee mee ni yang sebabkan k.fiezz ter beli. haha. Ter beli konon padahal memang ngan gemor Sizzling Yee Mee ni. Sebab apa yeak beli?Sebab bahan semua dah ada, tinggal nak panaskan je tak sampai 15 minit...

Dapat apa dalalm kotak Premium Yee Mee Sizzling Cikgu ni, k.fiezz?

Let's check it out!!!


sizzling yee mee,Yee Mee Sizzzling, premium yee mee sizzling cikgu, siap untuk dimasak

Dalam kotak ada 
- 2 Pek Yee Mee
-1 Pek Ayam & Cendawan Shitake
- 1 Peket Kecil Cili Flakes
- 2 Set Chopstick

Sebelah kotak, kuah untuk yee mee sizzling

Anggaran hidangan : 2-3 orang 
Harga : RM29.00

sizzling yee mee,Yee Mee Sizzzling, premium yee mee sizzling cikgu, siap untuk dimasak

Beberapa cadangan cara sediakan Yee Mee Sizzling Cikgu  ni..

K.fiezz ada kongsikan cara masak Yee Mee Sizzling Cikgu ni di You Tube. 


Cara Masak Sizzling Yee Mee ni style k.fiezz

  • Rebus dulu yee mee, lepas tu tos & ketepikan kejap
  • Dalam periuk/kuali berasingan masukkan kuah diikuti ayam & cendawan shitake. 
  • Kalau suka, boleh buh sayur juga. Tapi sayur tak ada dalam pakej ni ler yea.. Sila beli sendiri di kedai. hehe. 
  • Yee Mee Sizzling, harus lah ada telur kan. Telur pun tak ada lah dalam pakej ni. Beli sendiri di kedai. hehe..
  • Dah siap masuk semua bahan-bahan, kacau & biar kejap sampai telur masak. 
  • Kuah & yee mee dah siap, gabungkan dua-dua ready untuk di makan.
Simple ke idok nak masak Yee Mee Sizzling Cikgu  ni. Tak sampai 15 minit pun, uolls.. Semua dah siap. Masak kejap & tunggu untuk ngap je. hehe


sizzling yee mee,Yee Mee Sizzzling, premium yee mee sizzling cikgu, siap untuk dimasak

Hasilnya. Sorry gambor tak berapa nak lawo. Masa masak ni, dah lapar sangat. Ater main snap je lah. hehe


Review Premium Yee Mee Sizzling Cikgu 


Sedap macam yang biasa k.fiezz masak. hehe. Rasa dia tak lari. Sebab ada setengah pes yang dah siap macam ni, bila di masak ada yang rasa dia jadi kureng sikit. Premium Yee Mee Sizzling Cikgu ni, idak yea. Tetap rasa dia sama macam k.fiezz masak, atau yang kat food court. Cuma ayam tu je sebab di pek sekali dengan cendawan, ayam tu jadi bau macam pelik sikit. Eh tapi boleh je makan. Mungkin sebab cendawan tu bau dia kuat, bila gabung sekali dalam 1 pek bau tu melekat kat ayam. Ini  ikut deria bau k.fiezz lah yea, mungkin kat orang lain elok je. Mr hubby pun tak ada complaint pasal bau ayam tu. K.fiezz je sensitif terlebih. hehe..Tapi jangan risau, boleh makan ayam tu tau. Sat gi korang beli, pi buang plak ayam tu. Rugiii..haha..

Overall dari segi rasa semua okey. Lulus ikut tekak k.fiezz & mr hubby. Personally memang k.fiezz suka premium yee mee sizzling Cikgu siap untuk dimasak ni sebab tak payah nak berdiri lama kat dapur untuk sediakan bahan-bahan untuk dimasak. Cuma panaskan je dah siap..Dasar pemalas memamg macamni..haha..

Hidangan Mudah Sediakan


Macam sekarang ni kita baru mula berpuasa, idea nak masak untuk juadah berbuka banyak lagi. Tunggu dah pertengahan sampai dah nak habis puasa, hah kebuntuan  nak masak apa. Jadi sesuai sangat standby premium yee mee sizzling cikgu ni kat rumah. Selain sesuai untuk jadi juadah berbuka, membantu kita  juga untuk masak juadah berbuka dengan cepat sebab Yee Mee Sizzling ni siap untuk dimasak. 


Nak beli kat mana Yee Mee Sizzling Cikgu ni, k.fiezz? Klik link bawah :


SIAPA SUKA YEE MEE SIZZLING, sep sikit...

1 Comments