Personalized tote bag ni memang glamour sekarang ni,kan?K.fiezz berkenan nak beli untuk diri sendiri sebab boleh letak nama kat tote beg ni tapi tengah pikior lagi memandangkan koleksi beg k.fiezz melambak dah weiii..haha. So bagi hadiah kat orang dulu. hehe. Alhamdulillah penerima hadiah suka sangat personalized tote bag ni. K.fiezz tengok gambar pun, oh maiiii..Fall in love sangat..Sabar sis, sabar..haha..Selalu tengok seller promote tote beg ada nama sendiri ni kat Tik Tok tapi yang ni k.fiezz beli dari Shopee sebab harga tote bag murah sikit kat situ..hehe...Design tote bag kebanyakan sama je kat mana-mana seller yang jual personalized tote bag ni cuma harga je ada yang murah, ada yang mahal. Tapi mahal pun idak lah mahai benor pun. Kebanyakan yang k.fiezz jumpa semua bawah RM70. Okey lah affordable tu..

KENAPA RAMAI SUKA TOTE BAG?


Kenapa ramai yang suka tote bag ni?Eh bag ni panggil Tote bag atau Jute Bag yeak?Ada yang panggil tote, ada yang panggil jute bag. K.fiezz, seriusly tak tahu apa perbezaan antara dua ni. Tak silap k.fiezz lah dari hasil carian di google, material jute bag macam jenis guni yang selalu orang bawa untuk shopping barang dapur tu. Untuk tote bag ni pula design dia cantik, pelbagai corak ada. Tote bag ni lebih sesuai untuk bawa ke pejabat atau jalan-jalan sebab design yang pelbagai berbanding jute bag yang kebanyakan jenis plain. Sorry kalau k.fiezz salah. Boleh tinggalkan komen kalau info k.fiezz salah.

Apa lagi yang  menarik bag ni selain dari corak dia yang cantik-cantik tu?Sebenarnya samaada jute bag ataupun tote bag ni dua-dua boleh tulis nama. Part ni yang jadi faktor utama kenapa ramai benor suka jute bag atau tote bag ni. Perempuan kan..Semua suka hat ada tulis-tulis nama ni. Letak telekung dalam bag ni untuk bawa gi surau kat pejabat atau tinggalkan kat surau pun tak risau sebab ada nama kita. Betul tak?

Kalau company yang buat event nak bagi cenderahati untuk staff pun sesuai juga untuk promosikan syarikat.  Tapi untuk syarikat, k.fiezz cadangkan jute bag sebab jenis plain. Lagi sesuai. Orang boleh nampak nama syarikat yang tertera pada bag. 


personalized tote bag,tote bag murah,tote bag, tote bag tulis nama,tote bag ada nama

Sumber Gambar - Cik Nor
Cik Nor penerima hadiah tote bag yang cantik ni sebab jadi top pengomen blog k.fiezz bulan Februari dan Mac 2022. 

PILIH YANG MANA?


So korang pilih jute bag atau tote bag? Kalau k.fiezz, pilih tote bag sebab design dia lagi cantik. Rambang mata nak pilih yang mana satu masa nak bagi hadiah kat Cik Nor ni bulan lepas. Pilih punya pilih, k.fiezz berkenan yang dalam gambar atas ni. Cantik ke idok?Cantik kan..Tengok lah sapa pilih..haha. #fliphair..

Personally k.fiezz paling suka sebab boleh letak nama sendiri tu. hehe..Haih, suka bebenor sis yang ni. Sabar sabar. Ada juga yang tetiba masuk kat shopee, add to cart tote bag ni, hah. haha..

KEGUNAAN TOTE BAG?


Banyak weii kegunaan dia. Tote bag ni boleh jadi beg untuk pakai gi kerja, jalan-jalan. Tak silap k.fiezz tote bag ni ada 2 saiz. Saiz kecil & besar. So boleh pilih ikut kesesuian kegunaan masing-masing nak guna untuk apa?Kalau untuk letak pampers anak, botol susu atau barang-barang anak bila hantar kat pengasuh, boleh ambil saiz besar. Untuk pakai gi jalan-jalan atau gi kerja, yang saiz mini pun boleh. Jadi ikut lah kreativiti masing-masing nak guna personalize tote bag ni untuk apa?

PRE-ORDER TOTE BAG?

Personalized tote bag ni kena pre-order sebab nak tulis nama kita kat bag jadi ambil masa sikit untuk dapat. Tapi macam kat seller shopee yang k.fiezz beli ni tak lah lama pun tunggu. K.fiezz order 1hb Mac. 3hb Mac courier dah pick up dari seller & 5hb Mac beg sampai pada penerima. 

Cara nak order, kena buat bayaran dulu kat shopee & lepas tu mesej dengan seller beritahu detail termasuk jenis font yang kita nak. K.fiezz pilih sekali dengan wish note untuk penerima. Bagi je ayat apa yang nak di tulis. Nanti seller akan tuliskan & selit sekali pada tote bag. 

Harga berapa tote bag k.fiezz beli ni >>RM48.98 (Saiz Mini)


MACAM NAK TERBELI JE TOTE BAG NI..hehe...

2 Comments

  1. ammi dapat 1 haritu dari SA...
    guna letak telekung bila gi berjalan

    ReplyDelete
  2. Cantiknya warna beg :) Ika suka juga custom beg. sebab nampak eksklusif.

    ReplyDelete