Kes lupa nak share perfomance blog k.fiezz untuk bulan Februari 2022 yang lepas. hehe. Faktor usia gitu lah. Terlupa je kerjanya. K.fiezz share ni untuk rujukan diri sendiri juga. Jadi k.fiezz boleh tahu apa entry yang selalu hit atau mengena di Mr Google & membawa korang masuk ke blog k.fiezz ni. Dah tahu apa entry yang menarik perhatian korang masuk ke blog ni, k.fiezz boleh lah perbanyakkan niche entry yang lebih kurang sama. Jom tengok entry hit yang membawa orang masuk ke blog k.fiezz masa bulan Februari yang lepas ni. 


perfomance blog, google search console

Overall perfomance for February 2022

perfomance blog, google search console

Apa orang cari kat blog k.fiezz?Untuk bulan Februari ni, 3 yang paling hit entry general. 
1. Entry lifestyle 
2. Entry review movie dari Netflix
3. Entry masalah barang sangkut kat J&T (haha). 
Mesti ramai kena masalah yang sama macam k.fiezz ni. Itu ramai cari solution apa nak buat bila jadi macamni..



perfomance blog, google search console

Keyword yang banyak orang cari di Mr Google & jumpa blog k.fiezz.. Ooo chintahati tu, nama blog k.fiezz mula-mula \start blog ni. hehe. ChintaHati tu maksudnya - cahayamata. Dulu k.fiezz start blog ni untuk tulis pasal kisah trying to conceive k.fiezz & mr hubby dalam usaha kitaorang untuk dapatkan zuriat dan masih lagi sehingga sekarang cuma entry berkaitan TTC ni k.fiezz dah kurang up. Tapi lepas ni k.fiezz akan up banyak entry pasal TTC sebab k.fiezz & mr hubby dalam proses rawatan di hospital. Jadi wajib lah kongsi kat sini...

perfomance blog, google search console

Antara entry hit yang orang cari di Mr Google & jumpa blog k.fiezz ni pasal Inai. Ramai rupanya geng suka inai rambut macam k.fiezz. Sep sikit..hehe

perfomance blog, google search console

Entry kedua yang melekat dalam carian adalah minuman tambahan untuk banyakkan susu badan ibu. Ramai ibu-ibu yang cari info atau produk yang boleh bantu banyakkan susu badan. Susu MaMom ni memang antara yang paling hot juga k.fiezz tengok. Betul ke berhasil?Tak pasti uolls. Sis belum ada pengalaman lagi part susu badan ni. Nanti dah ada experience k.fiezz share. haha..

Overall perfomance untuk bulan Februari 2022 ni untuk k.fiezz memberangsangkan. I'm proud. Ewah..haha. Kena lah bangga sebab hasil penulisan sendiri, orang baca. Bukan senang tau nak mengarang ayat tu. Jenuh pikior. Sebab minat apa ada hal. Small the matter orang cakap. So keep up the consistency k.fiezz. Moga lebih banyak entry lain yang melekat carian di Mr Google.


4 Comments

  1. Assalam Fiza, sallam Jumaat
    Kak Mah tak tau pulak boleh tengok perkara macam ni, nak kena belajar ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, mantap..keep on blogging

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Teruskan share entri yang menarik

    ReplyDelete