Happy birthday mak yang ke-6*..hehe. Rahsia. Umur mak pun nak rahsia rahsia tau. Overrr. haha. Kisahnya semalam birthday mak k.fiezz. Tak plan nak buat surprise hot air balloon chocolate bouquet ni sebab RM dalam akaun rimau k.fiezz dah menipis. Adeh. So memang nak call je wish birthday kat mak. Nak dijadikan cerita mr hubby pula tanya, tak ada bagi mak apa-apa ke?K.fiezz cakap je lah tak sebab ongkos dah kurang dalam akaun. So mr hubby kata tak apa nak order apa-apa untuk bagi mak, ambil je lah duit dalam akaun rimau dia Wahhhhh blink blink mata k.fiezz dengor. haha. Dasar mata RM. Terus laju-laju masuk kat Instagram, cari surprise delivery kuala kangsar. 

ladysurprisedelivery area Kuala Kangsar


Cari punya cari, k.fiezz jumpa ladysurprisedelivery yang cover area Kuala Kangsar ni. Masuk kat IG ladysurprisedelivery ni & tengok semua hasil kerja, k.fiezz suka sebab cantik-cantik. Nampak curlass yang dia buat macam KL punya design. Pilih satu dua design yang k.fiezz berkenan & whatsapp tanya harga. Tak lama pun tunggu, ada balasan. Dah dapat harga, k.fiezz tanya mr hubby yang mana okey. Chocolate bouquet @ fruit bouquet. Mr hubby cakap beza harga tak jauh pun antara dua ni. Mr hubby suruh pilih hot air balloon chocolate bouquetBaikkk..Saya yang mengikut perintah. haha. Terus deal dengan ladysurprisedelivery ni. 

dan ni hasilnya. Tadaaa.. Cantik tak. Hot Air Bubble Balloon Chocolate Bouquet bertema gold black untuk mak.  

surprise delivery kuala kangsar,ladysurprisedelivery,hot air balloon chocolate bouquet


surprise delivery kuala kangsar,ladysurprisedelivery,hot air balloon chocolate bouquet

Mak & Abah k.fiezz


surprise delivery kuala kangsar,ladysurprisedelivery,hot air balloon chocolate bouquet

Ni gambar yang ladysurprisedelivery bagi lepas dah siap decoration & dalam proses nak hantar kat mak k.fiezz

Harga hot air balloon chocolate bouquet ni - RM180 + RM20 (penghantaran ikut kawasan) = RM200

Senang Tak Berurusan Dengan ladysurprisedelivery ni?


Sejujurnya senang sangat walaupun k.fiezz masuk order last minute. Tak banyak karenah. Lepas k.fiezz dah pilih hot air ballon chocolate bouquet ni, terus dia tanya nak tulis apa kat belon, warna apa dan seterusnya buat bayaran. Lepas buat bayaran hantar bukti & isi form melalui whatsapp nama penerima, nama penghantar, ucapan, tarikh nak hantar, alamat & lain-lain maklumat berkaitan untuk proses penghantaran. 

Setel tu, tunggu je pihak ladysurprisedelivery buat penghantaran kepada mak k.fiezz. 

Cuma waktu penghantaran, ladysurprisedelivery ni yang tentukan untuk elak bertindih dengan order surprise delivery pada tarikh yang sama. K.fiezz lupa nak tanya sebelum tu pukul berapa diaorang nak hantar kat mak k.fiezz. Ooo sebelum tu k.fiezz memang dah beritahu dengan mak ada hantar something tapi k.fiezz tak spesifik apa barangnya. K.fiezz inform mak sebab takut mak berjalan gi mana-mana. haha. Itu yang beritahu awal. Jadi mak memang menunggu lah kat rumah. Siap letak handphone kat tempat yang dapat coverage kot orang yang nak hantar barang ni call untuk tanya lokasi rumah. Rumah kampung, biasa lah line tak clear, lepas tu nombor rumah pun tak ada. haha. Memang orang tu kena call mak k.fiezz sebelum datang. Tunggu punya tunggu, sampai petang tak ada khabar berita. Cuak k.fiezz. Kena scam ke sis ni. haha. K.fiezz whatsapp ladysurprisedelivery ni, tanya pukul berapa hantar. Barulah dia inform lewat sikit dalam pukul 6 lebih sebab banyak order surprise delivery tarikh yang sama. So okey je lah. 

Pukul 7 lebih time berbuka baru dia sampai kat rumah untuk hantar hot air ballon chocolate bouquet yang k.fiezz order untuk mak ni.  Legaaa. Sis tak kena scam. haha. Risauuu..

Ucapan Untuk Mak


Happy birthday mak. Semoga berterusan di beri kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki & happy selalu. Juga makin ceria dengan kehadiran bakal cucu-cucu. hehe.

Happy Birthday Mak. Love youuu. Muah Muah Muah....

6 Comments

  1. happy birthday untuk mak fieza.. semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia...

    ReplyDelete
  2. semoga makcik diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usianya

    ReplyDelete
  3. hepi besday to mak k fiezz... semoga sentiasa hepi2 , sihat selalu

    ReplyDelete
  4. Happy birthday mak kak fieza.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah perlindungan. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Happy birthday makcik semoga makcik dimewahkan rezeki sentiasa

    ReplyDelete
  6. wah cantik la gift tu. happy birthday makcik semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete