Lama tak kongsi resipi baru yang k.fiezz dah cuba masak. Ni resipi terbaru yang k.fiezz dapat dari Tik Tok. Resipi apa k.fiezz cuba ni?Resipi ayam bawang uolls..Asyik lalu lalang kat fyp Tik Tok k.fiezz. Aihh tertarik pula nak cuba. Sekarang ni, banyak lalu lalang video orang kongsi resipi kat fyp k.fiezz. Bulan puasa kan. Orang mencari resipi je lah. Ni sekarang kalau rajin share resipi kat Tik Tok, ada possibility naik view. Nasib kakak fiezz ni tak berapa rajin nak rekod video bagai sebab nak masak cepat untuk berbuka. Kalau idak, banyak video resipi kat Tik Tok k.fiezz..hehe..Okey,  jom tengok cara masak ayam bawang yang simple bangat ni. Untuk k.fiezz resipi ayam bawang ni simple lah yea. Tak tahu lah kat orang lain, renyah pula..Nak tahu simple ke idak, cuba lah sendiri..hehe

Resipi Ayam Bawang Simple


Macam biasa lah k.fiezz ni kalau nak cuba resipi baru, sis cari yang simple-simple je. Mengejor nak masak untuk berbuka jadi masak yang simple je. Okey, udah membebel k.fiezz. Jom tengok bahan & cara masak resipi ayam bawang ni.

resipi ayam bawang, ayam bawang


Bahan-Bahan AYAM BAWANG


Bahan Utama 
  • Ayam 
(k.fiezz guna kepingan ayam (filet) sebab ter salah defrost.. Malas nak tukar lain, masak je lah hat ni..)
  • 1-2 Bawang Besar (hiris nipis)
    Untuk di kisar
    • 1-2 Biji Bawang Besar
    • Beberapa ulas Bawang Putih
    • Sikit halia
    • 1 Sudu Kecil Jintan Manis
    • 1 Sudu Kecil Jintan Putih
    • Air secukupnya
    Bahan lain
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang
    • Buah Pelaga
    • Daun Kari
    • Sehelai Daun Pandan (di simpul)
    • 1 Sudu Besar Serbuk Cili
    • 1 Sudu Besar Rempah Kari Daging/Ayam
    • 1 Sudu Besar Sos Tiram 
    • 1-2 Sudu Besar Sos Cili
    Cara Masak 

    Sebelum tu, 
    • *Goreng dulu ayam yang dah di gaul serbuk kunyit & garam. Tos & ketepikan sekejap. k.fiezz guna air fryer untuk goreng ayam. 
    • *Goreng bawang merah yang dah di hiris untuk jadi bawang goreng (tabur atas ayam lepas dah siap masak nanti). Bawang ni k.fiezz goreng guna minyak macam biasa.
    Dah siap goreng dua-dua ni proses berikutnya - 
    1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun kari & daun pandan. Kacau-kacau kejap. 
    2. Kemudian masukkan bahan kisar & masak sampai naik bau. 
    3. Dah naik bau, masukkan pula rempah kari, serbuk cili, sos tiram & sos cili. Letak air secukupnya kemudian kacau sebati. Biarkan sekejap. 
    4. Lepas tu, baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Taburkan garam, gula & bawang goreng (yang telah digoreng secara berasingan).
    5. SIAP!!!

    SEDAP TAK AYAM BAWANG NI?


    Untuk k.fiezz rasa dia not bad. Boleh di terima tekak. Cuma k.fiezz rasa tak sesuai guna portion kepingan ayam ni sebab bila makan jadi macam muak pula. hehe. K.fiezz rasa kena guna bahagian ayam lain yang ada tulang-tulang macam peha, kepak, dada dan seangkatan. Baru rasa best nak ratah & gigit-gigit tulang-tulang ayam yang dah bersalut dengan rempah ratus.  

    K.fiezz guna kepingan ayam sebab tersalah defrost. Lepas sahur, k.fiezz dah siap-siap keluarkan bahan mentah yang nak masak untuk berbuka, letak kat bahagian bawah peti ais. Ater main ambil je. Sekali balik kerja tengok bekas yang k.fiezz keluarkan kepingan ayam.. Ghasak lahhh..Nak tunggu defrost ayam yang lain, ambil  masa lah pula. Masak je lah apa yang ada..

    Overall rasa ayam bawang ni sedap. Boleh lalu kat tekak.  

    Mr hubby tak ada komen sedap ke?

    Tak. Rasanya tak kena dengan tekak mr hubby. Time makan pun, mr hubby tak ulang ambil. Lain orang lain citarasa. Untuk k.fiezz okey je rasa ayam bawang ni. Secukup rasa dengan gabungan rempah kari, serbuk cili & lain-lain. Just nice gitu..Ni ikut lidah k.fiezz lah yea. Orang lain tak pasti. Sebab sedap ni subjektif, ikut selera masing-masing. Nak tahu, sila lah cuba sendiri..


    SELAMAT MENCUBA!!!


    3 Comments

    1. Wah..menarik..macma yang selalu Mak Pah masak..bahan pun lebih kurang...bleh la cuba buat weekend ni...x pun masak masa sahur nanti...kan?

      ReplyDelete
    2. sedapnya lahai...blh cuba ni..:)

      ReplyDelete
    3. feveret mama ni mmg sedap oo

      ReplyDelete