Dapur FiezaSani - Perencah Nasi Goreng Kampung Adabi
Bila perut lapar & nak makanan yang cepat di masak?Apa yeak?Apa lagi, kita cari perencah nasi goreng kampung adabi yang sedap rasa dia ni. Ingatkan tak sedap. Main beli je perencah nasi goreng kampung ni. Eh bila dah masak, sedap weii. Okey rasa dia. Kena dengan tekak k.fiezz & mr hubby. Nak lagi sedap boleh tambah sayur, baru nampak macam nasi goreng kampung kat kedai. Hehe. Biasa kat kedai order nasi goreng kampung, kan complete ada semua termasuk sayur tapi sebab k.fiezz tak makan kangkung, jadi tak letak lah sayur dalam nasi goreng kampung adabi ni.
PERENCAH NASI GORENG KAMPUNG ADABI
Perencah nasi goreng kampung adabi ni haritu main beli je uolls. Saja cuba. Ambil 1 pek dulu. Baru nak try kan. Sat gi tak sedap, idak lah rugi sebab beli satu pek je. Harga 1 pek ni pun idak lah mahal pun. Jadi konsepnya try & error je. Sedap, alhamdulillah. Tak sedap, telan juga lah walaupun tak sedap. hehe. Cumanya idak lah nak ulang beli perencah ni lain kali. Tapi nasib baik rasa dia sedap weiii..
Hasil guna perencah nasi goreng kampung adabi
Senang masak nasi goreng segera ada perencah siap macam ni
CARA MASAK NASI GORENG ADABI
Untuk menyedapkan nasi goreng kampung adabi ni, k.fiezz tambah ayam. Kalau suka boleh juga letak ikan bilis.
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan ayam secara berasingan, tos dan ketepikan kejap.
- Guna kuali yang sama, masukkan nasi putih & taburkan perencah nasi goreng kampung adabi ni sekali.
- Gaul sekata. Taburkan ikan bilis & ayam yang dah digoreng tadi.
- SIAP.
Komen mr hubby - Sedap. Yess, k.fiezz setuju. Lagi sedap, tambah telur mata satu..hehe.. (Ni kalau rajin lah). Tak rajin, ni pun dah okey..
SELAMAT MENCUBA!!!
4 Comments
jarang guna perencah..biasa buat perencah sendiri jer...hehe
ReplyDeletesyu kdg2 guna paste nasi grg adabi. sedap dan senang..
ReplyDeleteSedapp
ReplyDeleteyum yum sedap. mama pun penah cuba
ReplyDelete