Bolehkah ibu hamil berpuasa dan Ada Effect Pada Kandungan Tak
Amboi k.fiezz, adik ipar yang mengandung sis pula over. haha. Asyik up topik pasal mengandung je. hehe. Idok lah over pun. Saja cari info pasal ni pula?Bolehkah ibu hamil berpuasa sebab ramai yang share pasal topik ni di sosial media. Tertarik pula nak tahu boleh tak ibu hamil berpuasa. Sebenarnya topik ni setiap kali ketibaan bulan Ramadan, mesti akan jadi topik yang jadi perhatian di kalangan ibu hamil, betul tak? Jadi k.fiezz nak kongsi sikit info untuk ibu hamil yang mengandung ketika bulan puasa macam sekarang ni.
BOLEHKAH IBU HAMIL BERPUASA?
Kenapa persoalan ini selalu menjadi pertanyaan ibu hamil masa bulan puasa ni?Sebab semasa berpuasa, kita tak makan & minum dalam waktu yang lama (siang hari) jadi kerisauan ibu hamil ni macamana baby dalam kandungan nak dapat nutrien atau zat makanan sedangkan tengah berpuasa. Sebenarnya walaupun ibu hamil berpuasa, baby dalam kandungan masih boleh mendapat zat makanan untuk keperluan dia dengan menyerap zat yang disimpan dalam tubuh ibu melalui tali pusat.
Jadi tak perlu risau ibu-ibu semua yang hamil masa tengah puasa ni. Cuma tak digalakkan berpuasa sekiranya mengalami beberapa masalah kesihatan seperti di bawah ni.
KESAN SAMPINGAN IBU HAMIL BERPUASA
Sebelum tengok apa masalah kesihatan yang membenarkan ibu hamil tidak berpuasa, tengok dulu apa kesan sampingan yang mungkin di alami bagi ibu hamil berpuasa?Senang cerita sebelum nak puasa tengok keupayaan badan dan nasihat dari doktor masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak boleh nak berpuasa. Fikir diri sendiri dan juga baby dalam kandungan tu.
Kenapa tak digalakkan berpuasa bagi ibu hamil ni sebab boleh mengalami kesan sampingan hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal) & juga dehidrasi.
Risiko ini lagi tinggi sekiranya masih di trimester pertama sebab ketika fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan. Biasanya doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang masih berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa. Tapi belum ada satu nasihat yang standardize boleh diguna pakai untuk semua ibu hamil yang nak berpuasa. Jadi disarankan ibu hamil yang nak berpuasa untuk berjumpa & dapatkan dulu nasihat dari Doktor untuk periksa keadaan ibu samaada boleh berpuasa atau tidak. Kalau doktor kata tak boleh, itu yang terbaik. Nanti ganti lah puasa tu pada hari biasa, yea. Sayang baby ke tak?
Berbalik pada masalah kesihatan yang k.fiezz beritahu atas tadi, ini antaranya :-
- Kencing Manis
- Penyakit Hati yang tak berfungsi
- Asma yang teruk
- Tekanan darah tinggi tidak terkawal
- Kehamilan kembar
- Risiko kelahiran pra-matang
- Masalah-masalah serius yang lain berkaitan kehamilan
IBU HAMIL BERPUASA ADA SIMPTOM DI BAWAH, ELAKKAN BERPUASA
Ramai ibu hamil yang happy dapat berpuasa penuh semasa bulan puasa sebab tak ada kunjungan dari 'kawan baik' setiap bulan datang menjengah tu. Seronok memang seronok ibu-ibu semua cuma perhatikan beberapa tanda di bawah ni supaya tak memudaratkan diri ibu & baby dalam kandungan .
- Pening kepala, letih, lemah atau pengsan. Cuba rehat setengah jam & sekiranya masih tiada perubahan, segera berjumpa dengan Doktor.
- Loya atau muntah
- Kandungan yang lebih 20 minggu, perhatikan gerakan baby (tidak menendang / kurang bergerak)
- Terlalu dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini tanda dehidrasi.
- Berat badan berkurangan
- Rasa sakit macam nak bersalin
- Sakit kepala atau demam
TIPS PEMAKANAN IBU HAMIL BERPUASA
- Utamakan makanan yang protein tinggi seperti daging, telur sebab protein boleh disimpan lebih lama dalam badan berbanding vitamin lain.
- Banyakkan ambil makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan segar supaya boleh menahan lapar.
- Jangan lupa ambil vitamin tambahan masa sahur untuk kekalkan kesegaran badan sepanjang hari.
- Lewatkan waktu sahur. Cuba bersahur hampir ke waktu imsak untuk elakkan cepat lapar masa siang hari.
- Usaha untuk minum 2L air putih masa berbuka sampai waktu imsak. Minum sikit tapi kerap untuk elakkan dehidrasi waktu siang.
4 Comments
Betul. Seorang ibu yang hami kalau nak berpuasa rujuk doktor terlebih dahulu. Ibu mengandung ini semua benda kena berada dalam keadaan baik.
ReplyDeletegood sharing fieza..:)
ReplyDeletesetuju kena check dulu keadaan kesihatan kandungan
ReplyDeletesemuanya bergantung pada masing-masing dan pada trimester mana kandungan. ammi pernah puasa diakhir kehamilan dan alhamdulillah takde masalah. rasanya kalau diawal kehamilan tu yg leceh sikit sebab alahan, perut takleh kosong
ReplyDelete