Ramai kaum wanita yang alami masalah period tak teratur ni, kan?K.fiezz sebelum ni antara salah seorang yang ada masalah period tak teratur ni. Aihhh, dulu sebelum kahwin tak ambil tahu pun period lambat keluar ke apa. Cycle day period pun tak ambil tahu. Bila dah kahwin & ada masalah untuk preggy sampai sekarang, baru lah k.fiezz ambil tahu cycle day period & macamana cara atasi period tak teratur ni. Idak lah sekarang k.fiezz baru buat. Lepas kahwin dalam setahun-2 tahun macam tu, k.fiezz dah start ambil tahu cara atasi period tak teratur. Sebab utama untuk preggy. Bila period teratur, senang nak cari waktu subur. Itu yang penting untuk tahu cycle day period kita berapa hari & macamana nak bagi period keluar setiap bulan tanpa gagal. 


cara atasi period tak teratur,period tak teratur
Gambar tak ada kaitan dengan topik. Saja letak sebagai penyeri gitu dalam entry. hehe...

PERIOD TAK TERATUR, ELOK JE PREGGY

Eh ada je orang yang period tak teratur, elok je preggy k.fiezz?

Betul ada je orang preggy dengan senangnya walaupun period tak teratur. Ada yang period datang setahun berapa kali, elok je pregnant. Apapun berbalik pada rezeki. Allah dah kata kun fa ya kun maka jadi lah benih dari suami isteri yang membentuk zuriat masing-masing. 

Adik ipar k.fiezz pun baru berjaya pregnant. Dia pun dalam kategori period tak teratur. Alhamdulillah dah sampai rezeki dia & adik k.fiezz. K.fiezz memang happy giler masa tahu adik ipar ni dah preggy sebab ni cucu pertama mak & abah k.fiezz. Of course i'm happy. Jealous. Nope. Sebab ni official anak buah dari adik beradik k.fiezz sendiri. Why should i jealousInstead i'm happy for them..Alhamdulillah...

Berbalik pada cerita period tak teratur ni, apa nak buat. Ada ke cara atasi period tak teratur?Ada caranya. K.fiezz terbaca dari info di PinterestJadi k.fiezz share kat sini untuk general info dengan wanita-wanita yang ada masalah period tak teratur. K.fiezz, alhamdulillah sejak amalkan 1 produk ni period memang keluar on time. Tak lah exact cycle day tapi boleh agak tarikh bila period nak keluar kalau kata bulan tu tak berjaya preggy lagi..

Sebelum tu jom tengok dulu apa PUNCA PERIOD TAK TERATUR ni?

PUNCA PERIOD TAK TERATUR

  • Kurang atau Terlebih Berat Badan
  • Masih menyusu badan
  • Menjalani kemoterapi
  • Ada masalah reproduktif (PCOS)
  • Tak cukup tidur
  • Ada kencing manis atau masalah kesihatan yang lain seperti tiroid
  • Ada ambil pil atau suntikan terancang
  • Tekanan/Stress
  • Tersilap kira cycle day
  • Menopause
  • Ada ambil apa-apa ubatan
  • Berlebihan hormon prolaktin
Ni antara punca period tak teratur. Untuk yang masalah kesihatan, memang kena consult dengan Doktor. Tapi untuk punca lain, mungkin boleh cuba cara atasi period tak teratur yang k.fiezz nak kongsikan dibawah ni.

  1. Amalkan HALIA - Masukkan halia dalam makanan atau minuman semasa tengah period.
  2. Amalkan KAYU MANIS - Campurkan sikit serbuk kayu manis dalam air lemon untuk atasi period tak teratur
  3. Amalkan ALOE VERA - Minum jus aloe vera setiap hari untuk regular period dan dapat melegakan cramps semasa period juga.
  4. Rajin BERSENAM (BERJALAN) - Amalkan senaman ringan seperti berjalan atau apa-apa aktivi untuk melegakan perut semasa period
  5. BERTUNGKU - Guna  tungku tradisional atau moden. Haba panas dari tungku dapat bantu kendurkan otot mengecut dalam rahim yang menjadi punca sakit semasa period
Selain dari penjagaan makanan, amalkan juga tips ni :-

  • Jaga pemakanan dengan diet seimbang - Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan dapat nutrien yang cukup dan berfungsi dengan normal.
  • Kawal berat badan & kekalkan berat badan yang ideal - Elakkan badan naik atau turun secara mendadak
  • Amalkan gaya hidup sihat - Selalu bersenam sebab baik untuk kesihatan. Bersenam juga membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik cuma elakkan senaman yang keterlaluan dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.
  • Elakkan stress - Amalkan hidup secara seimbang. Uruskan segalanya dengan sama rata supaya kita tak stress
  • Amalkan supplement tambahan - Untuk membantu stabilkan & memperbaiki paras hormon dalam badan dan menggalakkan haid lebih teratur

K.fiezz nak share experience sendiri sebagai salah seorang PCOS-er untuk regular period kurangkan makanan/minuman manis. Selain tu rasanya sebab k.fiezz hari-hari berjalan kaki dari LRT ke pejabat yang ambil masa 15 minit, kira macam senaman ringan. Jadi mungkin ni juga antara faktor yang jadikan period k.fiezz lebih teratur. Di samping amalkan produk bawah ni.

Entry Berkaitan < SUSU >

So sesapa yang ada masalah PCOS macam k.fiezz, meh sikit info untuk pengetahuan am. 

DIET UNTUK PCOS


PENTING :
  • Hadkan pengambilan makanan/minuman manis - Gula menjadi penyebab lonjakkan gula dalam darah & paras insulin yang sebabkan gejala PCOS semakin teruk.
  • Fokus pada maksimumkan nutrien & bukan cut pengambilan kalori - Misi kita untuk tingkatkan kesihatan badan & bukan menyekat badan dari segala nutrien yang penting.
  • Pilih karbohidrat GI rendah - Karbohidrat GI rendah ambil masa lebih lama untuk terurai yang membawa kepada lonjakan gula darah lebih rendah
  • Ambil protein dalam setiap hidangan - Pengambilan protein menyokong metabolisme yang sihat & kurangkan selera makan

PALING PENTING UNTUK PCOS BERKAITAN PENGAMBILAN MAKANAN:

  • Tak apa buat salah  - No one is perfect. Sesekali kita tak ikut plan itu ada lah biasa. Jangan stresskan diri sendiri dengan terlalu kontrol pengambilan makanan
  • Makanan untuk jiwa bukan setakat badan - Makanan untuk kita nikmati terutama bila makan di luar. Jadi jangan terlalu kontrol bila makan di luar. Just enjoy the food & sesekali cheat day apa salahnya.
  • Makanan bukan untuk stress - Makanan yang kita ambil sepatutnya tak menyebabkan kita jadi tertekan atau risau tak tentu pasal. Kena ingat, diet kita juga perlu sihat untuk kesihatan mental sendiri.
  • Badan kita ikut peraturan kita bukan orang lain  - Mungkin ada benda yang berkesan pada orang lain tapi tak sesuai untuk kita. Jadi kita sendiri kena kaji apa yang sesuai dengan badan kita. Bukan orang lain yang tentukan. 
Tapi apapun usaha yang kita buat, paling penting konsisten. Jangan tengok beberapa bulan dah cuba tak berjaya, kita stop. Rezeki orang berbeza. Ada yang cepat & ada yang lambat. Apapun percaya pada rezeki dari Allah.

KUN FA YA KUN...

5 Comments