Sebelum k.fiezz & mr hubby positif covid 2 minggu lepas, kitaorang ke butik Skechers & beli kasut Skechers. Kebetulan ada offer Skechers masa yang kitaorang beli kasut kat sini. K.fiezz ingat nak share lah kat blog sebab offer Skechers ni sampai 13hb Mac. Sekali k.fiezz kena covid pula. Memang tak larat lah nak ngadap laptop ke, tab ke..Udah terbaring je kerjanya sebab badan tak sihat. Dengan melayan hidung tersumbat, sakit kepala, sakit tekak. Huh memang tak ada mood nak menaip kat sini. Ni alhamdulillah k.fiezz dah okey, baru boleh share offer skechers ni. Tapi sorry lah dah lepas dari tarikh offer

OFFER 50% SKECHERS


Menarik gila weii offer skechers ni hah. 50% hokay... Rugi. Rugi tak beli haha. Mr hubby yang mula-mula nak temankan k.fiezz je, tersangkut 3 pasang kasut. Haha. Itu nak temankan je. Kalau memang mr hubby yang nak beli, mau 5 pasang sekali mr hubby beli. haha. Kisahnya k.fiezz yang mula-mula nak beli kasut sebab kasut kerja k.fiezz, tapak bahagian dalam dia dah terkoyak. Sakit pula kaki bila pakai kasut tu. Nasib baik ada pakai stokin tapi tak selesa juga sebab boleh rasa bahagian yang terkoyak tu bila berjalan. So mr hubby ajak ke Skechers sebab kasut kat sini memang dah diakui jenis tahan lama dan lasak. Buktinya Mr hubby ada sepasang kasut Skechers untuk pakai gi kerja. Memang elok sampai sekarang. Itu yang mr hubby suruh beli jenama Skechers ni juga. K.fiezz okey je tak kisah jenama cuma risau tak ada saiz sebab kaki k.fiezz ni comel. Tapi tak apa lah, try tengok dulu ada ke idak saiz k.fiezz kat Skechers ni.  

So kitaorang ke Butik Skechers kat  IOI Puchong nak usya kasut. Ada saiz & design yang berkenan, onzz...

Masa duk pilih kasut k.fiezz, staff Skechers tu beritahu ada offer skechers 50%. Cuma masuk website skechers & daftar jadi member. Nanti boleh dapat offer 50% ni. Masa nak bayar tunjuk kat cashier baucer atau kod lepas dah register. 

Mr hubby dengar ada offer ni, laju dia daftar jadi ahli.

Lepas dah daftar tu, apa lagi mr hubby suruh k.fiezz pilih kasut dia juga. Sebabkan mr hubby yang bayor. So layan je karenah mr hubby yang malas nak bangun sebab dia duduk kat kerusi dalam butik Skechers tu. Hat mana berkenan atau dekat dengan mr hubby, dia main tunjuk-tunjuk je lepas tu suruh staff skechers ambil saiz. haha. Nasiblah staff tu okey, layan je. 

Sambil-sambil cari kasut mr hubby, k.fiezz cari juga kasut k.fiezz. Tujuan utama nak cari kasut kerja k.fiezz, kan. haha. Tetiba mr hubby menyelit nak juga sebab ada offer 50%. haha..Dasar tak boleh dengar offer. haha. 

PILIHAN HATI KASUT SKECHERS


K.fiezz cari kasut skechers yang sesuai pakai untuk gi kerja. Jadi kena pandai pilih design & warna yang sesuai. 


offer skechers,kasut skechers

Pilihan pertama k.fiezz. Berkenan design dia. Tanya staff  ada tak saiz yang kecil. Paling kecil saiz 2 tapi ketat sangat kat kaki k.fiezz. So ambil saiz 3 ni. 


offer skechers,kasut skechers

Pilihan kedua k.fiezz. Hat ni ambil warna hitam & saiz 3 juga. Sebab pilih warna hitam, senang matchy-matchy dengan baju tak kisah warna apa. 


offer skechers,kasut skechers

2 pasang ni mr hubby punya. Untuk pakai gi kerja. Mr hubby saiz 11 (US)..


offer skechers,kasut skechers

Ni satu lagi untuk pakai time exercise. Kata mr hubby lah kan. Iya kan je. haha...


offer skechers,kasut skechers

Total  membeli belah di Skechers 5 pasang kasut. 4 bag bawa keluar dari sini. Penangan 50% diskaun...


offer skechers,kasut skechers

Total sebenar cecah RM1,700++ tapi lepas offer 50% cuma bayar RM800++ sahaja. Yeayyy jimat...

SELESA KE IDOK?


Sepasang yang warna hitam k.fiezz dah rasmi pakai sebelum positif COVID 2 minggu lepas. Lagi sepasang minggu depan baru rasmikan. hehe. 

Memang selesa hokay yang warna hitam tu. Tak sakit kaki langsung. Berbaloi lah harga dia tu. Mahal tapi sedap di pakai. 

K.fiezz hari-hari kena jalan kaki ke ofis dari stesen LRT. Anggaran dalam 15-20 minit untuk sampai ke ofis.  Jadi untuk berjalan kaki dalam masa 15-20 minit tu, memang kasut kena selesa & tak menyakitkan kaki. 

So bila pakai kasut hitam tu memang tak sakit kaki langsung & tapak dia lembut. Sedap bila berjalan kaki. Lagi satu biasa kasut baru ni bila kita pakai, mesti melecet kan. Hat ni idak yea. Elokkk je..

Warna kelabu tu minggu depan start kerja, baru rasmi guna. hehe. Maklumlah baru sihat semula dari COVID. Alhamdulillah...

Overall berbaloi beli kasut skechers ni. Tambah ada offer skechers macam 50% ni, rugi tak grab hokay...Wajib beli bila ada offer macam ni. Berbaloi-baloi...

MAHAL TAPI BERBALOI, WHY NOT!!!


3 Comments

  1. teringin nak gak pakai kasut gni..tp nak g kmana pakai kasut..haha..klu takat ke pasar..selipar jepun mmg selesa..haha..murah tu fieza..mmg rugi klu xgrab..:)

    ReplyDelete
  2. ha Skechers memang brand pilihan kami sebab nak jaga kaki. Suka beli time sale tu. Tak tahu pula kena download app pula sekarang ni ya

    ReplyDelete
  3. Haa tudiaa..sekali kak fieza borong 5 pasang terus .. Alang2 dah ada diskaun kan ..time ni laa berbaloi utk beli

    ReplyDelete